Langkau ke kandungan utama

Tips Hasilkan Entri Advertorial Terbaik

Bagaimana nak hasilkan sebuah entri advertorial atau review terbaik? Bagi seorang blogger sepenuh masa seperti saya yang menjadikan blog sebagai lubuk rezeki setiap hari, maka sangat penting untuk mengetahui teknik-teknik penulisan terbaik, terutama apabila sebuah blog post atau entri itu melibatkan entiti pihak ketiga. Entiti pihak ketiga yang saya maksudkan ialah pihak pengiklan yang telah memberikan kepercayaan untuk saya menulis sebuah advertorial atau review bagi produk, jenama dan apa sahaja.

Alhamdulillah, sehingga ke saat entri ini ditulis, ramai pengiklan sama telah ulang mendapatkan servis perkhidmatan menulis advertorial daripada saya. Bayaran yang diberikan pula memang cukup lumayan.
Tips Hasilkan Entri Advertorial Terbaik

Ada dua cara pengiklan menghubungi dan mendapatkan khidmat penulisan advertorial daripada saya. Satu menerusi ruangan contact me yang disediakan di blog ini, dan cara kedua adalah menerusi platform Advertorial.MY.

Satu perkara penting yang saya telah belajar berkaitan memberikan servis menulis advertorial terbaik ialah - menjalinkan hubungan antara blogger dengan pengiklan. Saya pernah ceritakan tips ini menerusi satu entri lain, yang mana saya telah menggunakan Advertorial.MY sebagai satu landasan untuk saya mempunyai senarai pengiklan seluruh Malaysia yang berminat dengan perkhidmatan penulisan advertorial. Ia juga membolehkan saya berkongsi rezeki dengan beberapa blogger lain yang juga memberikan servis yang sama.

Ok.

2 Tips Penting Hasilkan Entri Advertorial Terbaik

Berbalik kepada tips menghasilkan sebuah entri berbentuk advertorial terbaik. Apakah tips yang boleh menjadikan sebuah entri advertorial itu disenangi pengiklan, yang membuatkan mereka terus terusan mendapatkan khidmat blogger untuk melariskan jenama dan produk mereka?

Ada dua perkara penting.

Pemasaran dan Copy Writing.

Dah baca mengenai Copy Writer? Saya ada ceritakan di sini - Blogger perlu jadi seorang copywriter yang handal.

Sebagai seorang yang mahu bantu usahawan untuk melariskan produk mereka, dan memperkenalkan jenama mereka kepada pengunjung dan pembaca blog, anda seharusnya tahu mengenai teknik-teknik pemasaran, terutama sekali teknik pemasaran online.

Saya bukanlah pakar bab tu, tetapi saya telah mendapatkan dan mempelajari mengenainya. Setiap hari saya belajar mengenai pemasaran online dan juga teknik copy writing. Ada beberapa perkara penting untuk hasilkan advertorial terbaik, antaranya:

  • Teknik menulis tajuk entri.
  • Cara mengolah ayat memaksa memujuk kepada ayat simpati.
  • Teknik emosi perasaan sehingga membuatkan pelanggan rela bayar harga mahal.
  • Teknik menulis yang boleh menghasilkan income.
  • Tips membuatkan pelanggan teruja.

Dan macam-macam lagi.

Aqif Azizan adalah guru saya. Menerusi ebook Panduan Menjadi Penulis Bebas, saya belajar banyak mengenai pemasaran dan juga teknik copy writing. Anda juga seharusnya melakukan perkara yang sama!

Mahu belajar dan dapatkan ilmu ini? Info lebih lanjut di sini - Rahsia Penulis

Dua jalinan teknik pemasaran dan teknik menulis inilah yang selama ini saya gunakan supaya blog  menjana income setiap bulan. Ditambah pula ilmu SEO yang seharusnya blogger baca Kitab SEO Merah Jambu, dan juga teknik Adsense untuk hasilkan income daripada sumber seperti program affiliate.

Dah ada pengetahuan dan ilmu tersebut, pastikan anda gunakan setiap hari samada di blog, di laman sosial malah di dunia realiti sekalipun.

Lakukan Promosi Luar

Saya sendiri mempromosikan blog kepada rakan-rakan dunia realiti saya untuk advertorial dan review, walaupun ketika itu blog saya hanya peroleh 500-1000 pageviews sehari! Satu rahsia - mereka tak tahu pun apa itu pageviews, dan tak tahu pun mengenai penulisan advertorial, yang mereka tahu ialah anda promosikan produk dan bisnes mereka dalam blog - dalam dunia online tanpa fikirkan pun kekuatan blog anda!


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. drastik sungguh Aqif skang ni..memang banyak ilmu ada pada dia..masa SBB2014 aritu pun dia ada, tapi dia balik awal kalau perasan..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ye ke? tak perasan pulak dia ada datang masa SBB2014 hari tu ... tapi tips dia memang best betul

      Padam
  2. Terima kasih sifu untuk perkongsian tipsnya.

    BalasPadam
  3. bro hasrul anak murid aqif azizan... kita semua ni pula anak murid Hasrul Hassan ;)

    BalasPadam
  4. Oh begitu caranya nak jadi penulis review produk di blog yang hebat (advertorial). semoga rezeki jadi penulis terus hebat buat tuan HH.

    Jom baca entri berkaitan:
    Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. In Sha Allah, janji kena selalu praktik .. kalau tak ... masuk angin keluar asap la jawabnya

      Padam
  5. saya pun banyak belajar dari blog tuan HH ni, dan sehingga sekarang telah berjaya hasilkan review yang dipercayai pembaca utk bekerjasama dlm pemasaran produk mereka..Alhamdulillah:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Saya suka mendengar komen berbentuk testimonial macam ni ...

      Padam
  6. Kena join class die jgk la mcm ni..huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…