Template Blogspot Parallax Percuma

Template blogspot Parallax percuma. Trend terkini untuk rekabentuk blogspot (blogger.com) pada tahun 2015. Ramai blogger antarabangsa yang sudah bertukar kepada rekabentuk blog dinamakan Parallax. Dan saya melihat juga peningkatan bilangan blogger Malaysia yang telah bertukar kepada template rekabentuk terkini 2015.

Tempate atau rekabentuk Parallax ini sudah pun 'menakluk' ramai blogger Wordpress. Ia sangat responsif dan ringan. Ia menjadi pilihan kerana ada beberapa kelebihan yang tidak terdapat pada template blog biasa.

Template Blogspot Rekabentuk Parallax Percuma

Alhamdulillah, saya telah menemui dua template percuma rekabentuk terkini Parallax ini yang boleh digunapakai untuk mana-mana blogger blogspot yang mahu mencuba. Antara ciri terpenting template blogspot Parallax ini ialah merupakan paparan satu muka yang boleh memuatkan beberapa fungsi menarik termasuklah gambar HD yang tetap, yang menjadikan latar blog lebih menarik.

Ia sangat sesuai kepada blogger yang mahu tampil dengan portfolio atau kategori tertentu. Template Parallax membolehkan sesebuah blog itu tampilkan entri-entri lebih khusus bersandarkan kepada portfolio atau kategori.

Saya sangat syorkan kepada blogger yang mahu pergi lebih jauh, dan nampak profesional di dalam persembahan entri-entri terbaik blognya. Ia juga sebuah template yang sangat baik untuk penjenamaan diri blogger dan blog termasuk juga untuk perniagaan dan network.

Saya akan kongsikan dua template blogspot rekabentuk Parallax yang boleh anda muat turun percuma dan digunakan.

Template Blogspot Parallax - Boardmag

Template Blogspot Parallax Percuma
Demo untuk template ini boleh anda lihat di sini - http://boardmag.blogspot.com
Untuk muat turun template percuma Boardmag - Free Blogspot Parallax Template - Boardmag 
Template Blogspot Parallax Percuma

Template Blogspot Parallax - Magcro


Template Blogspot Parallax Percuma

Demo untuk template ini boleh anda lihat di sini - http://magcro.blogspot.com
Untuk muat turun template percuma Magcro - Free Blogspot Parallax Template - Magcro

Selamat mencuba.

{ 11 comments.. read them below or add one }

mrhanafi mrhanafi March 19, 2015
pening juga kepala nak pilih yang mana satu template terbaik punya!
Alin Marlini Alin Marlini March 19, 2015
tq for the info....semua best
Amran Amran March 19, 2015
Macam tak sesuai je dengan konsep blog.. Mungkin belum menjiwai sepenuhnya konsep paralax kot..
Mieza Everdeen Mieza Everdeen March 19, 2015
bestnya dua-dua template ni, thanks bro HH sebab share!
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 19, 2015
Template berubah2 ikut trend, dan ia semakin lebih baik daripada versi terdahulu.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 19, 2015
Kalau nak naikkan jenama, atau jadikan blog lebih kepada blog yang buat duit, template ini sesuai.
akubiomed akubiomed March 19, 2015
Sudah ada versi blogspot. Beri kelebihan kepada yang suka browse mengunakan mobile phone dan tablet. Pengguna desktop pun boleh manfaatkannya.
Sentiasa Panas Sentiasa Panas March 19, 2015
Boleh dicuba. Cuma rasanya agak berat kalau talian internet tak laju kan. Siapa yang dah cuba template ni boleh kongsi pendapat..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 19, 2015
Tak. Template ini ringan .. ianya minimalist ... sbb semuanya dalam satu page dan hanya akan keluar bila kita scroll ke bawah.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 19, 2015
Betul. Banyak blog yang BUAT DUIT mula gunakan template ini sekarang ... :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.