Teknik curi design atau rekabentuk blogspot. Ehem ... saya bukan nak mengajar anak untuk melakukan satu perkara yang dilarang di dalam agama. Curi ini lain, sebab saya fikir ia dibolehkan. Ini merupakan teknik yang ramai perekabentuk design template blogspot gunakan. Ia satu teknik untuk anda lihat kod CSS dan HTML sesebuah blog terutama mengenai rekabentuknya.

Saya sering menggunakan teknik ini untuk customize rekabentuk blog saya yang diambil secara sah menerusi rakan blogger Indonesia, saudara Akram. Template blogspot Catatan Info bagi saya, antara banyak template blogspot yang mesra SEO, dan antara yang agak sukar juga untuk melakukan customization sendiri.

Teknik 'Curi' Design Blogspot

Teknik 'Curi' Design Blogspot
Mengapa perlu customize?

Customization sesebuah template blogspot diperlukan jika anda menggunakan sebuah template blogspot versi percuma. Sebabnya ialah apabila sesebuah template itu dah terbukti mesra SEO dan pula percuma untuk digunakan, maka akan ramailah blogger blogspot yang download dan jadikan ia sebagai template blog mereka. Bila dah ramai, maka akan banyak blog nampak sama rekabentuk sehinggakan timbul keliru tentang siapa empunya blog.

Customization juga perlu bagi memberikan identiti sesebuah blog. Ia juga penting untuk penjenamaan. Anda tidak mahu blog anda dilabel sebagai blog 'secondary' kerana rekabentuk template yang sama, ye tak?

Buat Customization Untuk Tampil Kelainan

Jadi, jika mahu tampil kelainan tetapi pada masa sama menggunakan template blogspot yang dah lengkap dari segi teknik SEO, maka customization ini diperlukan. Anda tidak ubah apa-apa yang penting, cuma penampilan blog dari segi kelebaran, jumlah widget, warna asas, warna pautan, kelebaran sidebar, bentuk header, latar belakang blog, cara blog ditampilkan dan sebagainya.

Ok.

Cara Mudah Untuk Melakukan Customization

Bagaimana nak mudahkan anda lakukan customization ini?

Caranya ialah dengan install FireBug di dalam pelayar internet FireFox. Dengan menggunakan FireBug, anda boleh pilih mana-mana bahagian di dalam blog atau laman web dan lihat CSS atau kod rekabentuk yang digunakan. Dari situ, anda boleh lakukan customization untuk dipadankan dengan blog anda.

Saya sering buka blog saya, dan lakukan trial n error rekabentuk hanya dari pelayar internet saya sahaja. Lihat anak panah di bawah ini, cuma lakukan ubahsuai kod CSS di bahagian bawah tepi dalam pelayar internet, dan anda boleh lihat hasilnya. Cubalah ye.

Bila nampak trial n error itu sesuai, barulah salin kod tersebut dan letakkan di dalam template bahagian HTML blogspot anda.
Cara buat customization template blogspot mudah

Untuk install, boleh klik pautan ini - FireBug.

Semoga bermanfaat.


24 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Rasanya ramai blogger yg pakai template Catatan Info kerana mesra CEO..hari tu ada download tp masih blh berjaya pasang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang ramai yang pakai tempale Catatan Info... nampak paparan yang cantik dan menarik

      Padam
  2. Terbaik punya cara hehe.. Nak try install dulu ..

    BalasPadam
  3. Huhh... dah bagi cara-caranya pun sya belum tentu boleh buat nih...

    http://supernifzvitamin.com/kurus-selepas-bersalin-sampai-turun-20kg-wow/

    BalasPadam
  4. hahahaha kalau lah rajin rasanya boleh belajar buat masalah vitamin M lebih menguasi vitamin R buat masa sekarang... apapun tip & tutorial yang bagus.. free2 boleh try

    BalasPadam
  5. sy da pasang firebug. tp msh belum mencubanya lg :)

    BalasPadam
  6. huhuuuhuhuu... bila la dapat buat ni..koding-koding ni ngeri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini cara paling selamat nak ubah coding (test) tanpa masuk ke dalam dashboard HTML blogspot.

      Padam
  7. Tak tertukar design blogspot baru T_T

    BalasPadam
  8. saya pula lebih selesa buat try n errot tu dekat inspect element di google chrome..sebab lama da saya tak guna firefox nie

    BalasPadam
  9. Tak sangka dahsyat juga Firebug ni. Kerja yang susah boleh jadi mudah.

    BalasPadam
  10. Assalammualaikum... bro HH,

    terima kasih teknik2 yang dikongsikan nie..

    mselim3

    BalasPadam
  11. ohh..macam itu rupanya cara mencurinya.

    BalasPadam
  12. Saya memang lama dah nak cari benda macam ini. Nasib baik bro tolong sharekan. Bukan nak tiru bro punya, cuma nak ubahsuai template saya yang baru. Harap-harap boleh membantu. TQ

    BalasPadam
  13. tak baik curi curi tau... mintak je... hehehehhee

    BalasPadam
  14. Thanks Bro HH ..Moga2 dpt buat yg terbaik utk template blog ...Nice sharing ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Semoga bermanfaat dan boleh berikan kebaikan untuk blogger Blogspot.

      Padam
  15. Thanks HH atas perkongsian. :)

    BalasPadam
  16. Mintak orang x bagi ...nak kena bayar ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu minta pun, banyak template terbaik SEO boleh dimuat turun secara PERCUMA.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement