Tarik Trafik Menerusi Entri Menyentap Emosi

Tarik trafik ke blog menerusi entri yang menyentap emosi bakal pengunjung. Salah satu cara untuk mendapatkan trafik tinggi ke blog ialah dengan menulis sebuah entri yang boleh menyentap emosi bakal pengunjung blog anda. Emosi ini pula bergantung kepada kategori umur, jantina, latar belakang dan beberapa faktor lain; yang disebut sebagai demografi pembaca blog.

Untuk ketahui mengenai demografi blog anda, seharusnya anda gunakan tools yang disediakan di dalam Google Analytics yang ada perincian dan butiran mengenai faktor ini.

Apa maksudnya mengenai menulis entri menyentap emosi bakal pengunjung blog ini?

Ok.

Tarik Trafik Menerusi Entri Menyentap Emosi

Tarik Trafik Menerusi Entri Menyentap Emosi
Saya berikan contoh entri yang berikan trafik tinggi untuk mudahkan anda faham mengenai cara dan kaedah tarik trafik ini.

Cara Buat Rayuan BR1M 2015 - Tajuk entri ini nampak biasa-biasa, tetapi sebenarnya ia mengundang kelompok golongan pembaca yang beremosi mengenai perasaan terdesak. Emosi pengunjung yang mahu berjaya lulus permohonan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Ada rasa ingin tahu bagaimana cara untuk buat rayuan dalam BR1M.

Borang Rayuan BR1M 2015 - Entri yang terkait dengan tajuk entri dalam contoh pertama tadi. Apabila pengunjung dah baca entri Cara Buat Rayuan BR1M 2015, mereka akan ada rasa mahu cepat-cepat dapatkan borang rayuan BR1M, emosi mereka digunakan supaya klik entri ini dan muat turun borang rayuan berdasarkan cara-cara yang telah diceritakan di dalam entri pertama.

Ada pemohon yang gagal dapat BR1M 2015, emosi mereka nak tahu kenapa permohonan ditolak, lalu entri 36 Sebab Permohonan BR1M 2015 pula menjadi sasaran pengunjung dan pembaca.

Anda faham tak maksud saya? Anda mengunakan tajuk entri yang menarik emosi pengunjung untuk baca entri-entri anda.
Tarik Trafik Menerusi Entri Menyentap Emosi
Seperti saya katakan di awal tadi, untuk berjaya menulis entri menyentap emosi ini, anda perlu lihat siapa pembaca blog anda. Demografi yang disediakan di dalam Google Analytics akan dapat bantu anda untuk menyediakan entri seperti ini.

Tulis Entri Berkaitan Emosi Menggunakan Stats Demografi Blog

Jika demografi blog anda menunjukkan ramai pembaca blog anda adalah remaja, maka entri berkaitan BR1M 2015 adalah tidak relevan untuk mereka. Mungkin anda boleh kongsikan entri-entri berkaitan drama atau movie berkaitan cinta remaja, atau movie action dengan tajuk seperti - "Kecewa Tonton Movie Doraemon". Anda boleh juga menulis mengenai puisi, novel dan sebagainya yang menjadi tarikan emosi pengunjung blog remaja.

Teknik yang sama juga digunakan untuk pancing pengunjung dan pembaca dari luar negara - contohnya entri mengenai MH17, entri MH370 yang boleh mengundang trafik dari China dan juga penulisan yang bermain emosi rasa ingin tahu dan juga ketakutan. Entri yang menggunakan tarikan emosi ketakutan (fear) adalah seperti entri mengenai virus ebola, denggi, tsunami, MERS, gempa bumi dan macam-macam lagi.

Anda boleh lihat dan baca entri-entri yang menyentap emosi yang telah saya tulis ini:

Contoh-contoh entri ini semuanya mendapat jumlah trafik yang tinggi, melebihi 1000 pageviews, dan ada di antaranya melebihi 10,000 pageviews dalam masa seminggu.

Saya harap tips blogging kali ini boleh membantu ramai blogger Malaysia untuk hasilkan sebuah entri yang boleh mengundang trafik dan membantu hidupkan blog.

2 comments.. read them below or add one

Nurul Hidayah Nurul Hidayah March 11, 2015
Terimakasih HH.. mendapat ilmu disini pagi ini..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.