Tambang Teksi Kereta Sewa Naik 20 - 67 Peratus!

Adeh. Tepuk dahi. Ramai yang tepuk dahi bila dapat tahu bahawa tambang teksi dan kereta sewa akan dinaikkan sebanyak 20-67 peratus! Lebih 50 peratus naik! Yang jadi pemandu dan syarikat teksi serta kereta sewa mungkin akan lega dan gembira, senyum sampai ke telinga. Tetapi, bagi orang kebanyakkan, rakyat marhein Malaysia, akan ada rasa gusar dan susah hati.

Bagi saya, kenaikan tambang teksi dan kereta sewa sehingga 67 peratus memang agak berat untuk diterima, walaupun secara amnya saya tidak menggunakan sepenuhnya servis dan perkhidmatan teksi mahupun kereta sewa.
Tambang Teksi Kereta Sewa Naik 20 - 67 Peratus 2015

Tambang Teksi Kereta Sewa Naik 20 - 67 Peratus!

Kenaikan dan penetapan tambang baru tersebut berkuat-kuasa serta-merta, sepertimana yang telah diumumkan oleh Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan media. Beliau berkata penetapan kadar baharu itu terpaksa dilakukan selepas kali terakhir semakan kadar tambang teksi dan bas ekspres dibuat pada 2009.

Walaubagaimanapun, kenaikan kadar tambang baharu ini tidak melibatkan teksi lapangan terbang dan teksi eksekutif, kata Syed Hamid.

Uhh, punahlah harapan nak tengok harga barang, produk serta servis makin turun, sebaliknya makin naik... nak nak lagi bila GST akan mula diguna-pakai bermula 1 April 2015.

Untuk kadar tambang baru bagi teksi dan kereta sewa Mac 2015, anda boleh lihat di entri ini - Jadual Tambang Teksi Terbaru KL-Penang-JB 2015

Ramai yang gunakan teksi dan kereta sewa di tempat pendalaman ceruk pikuk yang susah nak akses dengan bas biasa. Mereka ini bukannya orang senang, dan bukannya ada pendapatan yang tinggi, tetapi terpaksa juga hadapi. Nak tak nak, kalau nak elak, kena cari alternatif lain.

Saya di Nibong Tebal, selalu nampak pelajar-pelajar USM Transkerian di sini terpaksa sewa teksi dan kereta sewa, berapa tambangnya .. saya tak tahu, tapi kali terakhir saya gunakan ialah pada tahun 2008, ketika itu tambangnya ialah RM10-RM12 sebuah teksi, dengan jarak lebih kurang 10km (dari stesen bas Parit Buntar ke Kampus Kejuruteraan USM).

Hmm agaknya berapa ye tambang sekarang?
 

6 comments.. read them below or add one

asraff ruslan asraff ruslan March 19, 2015
memang kesian kepada sesiap yang termasuk di dalam golongan yang menggunakan perkhidmatan itu....tiket bas pun naik...komuter pun naik....macam-macam perkara naik....
Denaihati Denaihati March 19, 2015
yg 67% tu memang besar kesannya. untuk elaun pengangkutan, majikan kena naikan lah...
akma khaieri akma khaieri March 19, 2015
abg hasrul hassan mintak tolong boleh nak tanya apa tu Virus Total?nape boleh jadi macam tu..
takutla kalau dye effect pada blog saya,,huhu:'(
https://www.virustotal.com/en-gb/domain/akmahika.blogspot.com/information/
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 20, 2015
Saya dah balas dalam komen. Tak ada apa2 lah, itu hanya servis online check virus dari Virus Total.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 20, 2015
Nak tak nak kena usaha lebih cari sumber kewangan.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.