Statistik blog HASRULHASSAN.COM untuk bulan Februari 2015. Apa yang lebih apa yang kurang? Alhamdulillah, statistik blog sejak awal tahun maintain dengan kehendak saya. Walaupun tidak berapa hebat dibandingkan dengan blog-blog lain yang lebih banyak pengaruh, tapi saya cukup puas hati. Rasa berbaloi dengan usaha saya selama ini.

Statistik blog untuk Februari 2015, kalau dibandingkan dengan statistik dan jumlah trafik blog bulan Januari 2015 nampak tak banyak beza sangat. Cuma nampak kenaikan dari segi jumlah pageviews walaupun jumlah Users yang direkodkan sedikit rendah.

Statistik Blog Februari 2015

Bounce rate juga nampak masih rendah, nampak ada sedikit peratus pengurangan. Ini mungkin disebabkan bulan Februari ada beberapa entri video dan juga melibatkan pdf saya tampilkan. Memang mujarab teknik tersebut untuk rendahkan kadar bounce rate. Kalau anda nak rendahkan kadar bounce rate blog, anda perlu cuba 2 teknik terbukti rendahkan kadar bounce rate ini.

Dari segi umur, nampaknya ramai rakan blogger belia yang singgah baca blog saya ini. Mungkin mencari tips dan panduan blogger untuk mantapkan blog yang sudah sekian lama ada. Alhamdulillah, harap-harapnya perkongsian ilmu yang saya berikan dapat bantu mereka.

Dan, memandangkan saya seorang blogger house husband, pasti sekali menarik perhatian pengunjung-pengunjung wanita .. hoho ... tentu ada awek cun melecun yang dok usyar diam-diam ni (perasan tak hingat) .. hahaha... apapun terima kasih sangat-sangat sebab menyumbangkan trafik blog ini tidak henti-henti.
Statistik blog penting untuk melihat kemajuan sesebuah blog. Sebagai blogger yang mahu melihat blognya maju, seharusnya blogger kena ambil prihatin perkara ini. Bila nampak sesuatu yang pelik, maka lakukan apa yang patut untuk perbaiki.

Inilah cara saya untuk memastikan blog saya ini tidak mengecewakan. Anda juga harus begitu. Walaupun ia agak remeh, tetapi cuba sekali dalam masa 3 bulan lihat pencapaian blog anda menerusi Google Analytics.

Semoga bermanfaat.

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih atas pengkongsian ni abam HH.!

    BalasPadam
  2. terbaik bro semoga terus maintain dan naik lagi

    BalasPadam
  3. Terbaik semoga sda pengiklan yang sudi mengiklankan produk mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah. Terima kasih bro sebb mendoakan. Moga rezeki untuk bro juga dipermudahkan hendaknya.

      Padam
  4. Terbaik sekali terutama kadar bounce rate yang sangat kecil...tahniah

    BalasPadam
  5. wow hebat sekali bounce rate nya,,, terbaik bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Susah juga nak dapat bounce rate macam tu. Lepas usaha bertahun baru dapat tu

      Padam
  6. wahhh! blog hebat jugaq ni rupenyer :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement