Statistik Blog Februari 2015

Statistik blog HASRULHASSAN.COM untuk bulan Februari 2015. Apa yang lebih apa yang kurang? Alhamdulillah, statistik blog sejak awal tahun maintain dengan kehendak saya. Walaupun tidak berapa hebat dibandingkan dengan blog-blog lain yang lebih banyak pengaruh, tapi saya cukup puas hati. Rasa berbaloi dengan usaha saya selama ini.

Statistik blog untuk Februari 2015, kalau dibandingkan dengan statistik dan jumlah trafik blog bulan Januari 2015 nampak tak banyak beza sangat. Cuma nampak kenaikan dari segi jumlah pageviews walaupun jumlah Users yang direkodkan sedikit rendah.

Statistik Blog Februari 2015

Bounce rate juga nampak masih rendah, nampak ada sedikit peratus pengurangan. Ini mungkin disebabkan bulan Februari ada beberapa entri video dan juga melibatkan pdf saya tampilkan. Memang mujarab teknik tersebut untuk rendahkan kadar bounce rate. Kalau anda nak rendahkan kadar bounce rate blog, anda perlu cuba 2 teknik terbukti rendahkan kadar bounce rate ini.

Dari segi umur, nampaknya ramai rakan blogger belia yang singgah baca blog saya ini. Mungkin mencari tips dan panduan blogger untuk mantapkan blog yang sudah sekian lama ada. Alhamdulillah, harap-harapnya perkongsian ilmu yang saya berikan dapat bantu mereka.

Dan, memandangkan saya seorang blogger house husband, pasti sekali menarik perhatian pengunjung-pengunjung wanita .. hoho ... tentu ada awek cun melecun yang dok usyar diam-diam ni (perasan tak hingat) .. hahaha... apapun terima kasih sangat-sangat sebab menyumbangkan trafik blog ini tidak henti-henti.
Statistik blog penting untuk melihat kemajuan sesebuah blog. Sebagai blogger yang mahu melihat blognya maju, seharusnya blogger kena ambil prihatin perkara ini. Bila nampak sesuatu yang pelik, maka lakukan apa yang patut untuk perbaiki.

Inilah cara saya untuk memastikan blog saya ini tidak mengecewakan. Anda juga harus begitu. Walaupun ia agak remeh, tetapi cuba sekali dalam masa 3 bulan lihat pencapaian blog anda menerusi Google Analytics.

Semoga bermanfaat.

{ 10 comments.. read them below or add one }

ctmz ctmz March 02, 2015
terima kasih atas pengkongsian ni abam HH.!
blogger lelaki blogger lelaki March 02, 2015
terbaik bro semoga terus maintain dan naik lagi
kamil salleh kamil salleh March 03, 2015
Terbaik semoga sda pengiklan yang sudi mengiklankan produk mereka.
Rossa Calla Rossa Calla March 03, 2015
Terbaik sekali terutama kadar bounce rate yang sangat kecil...tahniah
calrase patrick calrase patrick March 03, 2015
wow hebat sekali bounce rate nya,,, terbaik bro
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 03, 2015
In Sha Allah. Terima kasih bro sebb mendoakan. Moga rezeki untuk bro juga dipermudahkan hendaknya.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 03, 2015
Terima kasih. Susah juga nak dapat bounce rate macam tu. Lepas usaha bertahun baru dapat tu
✿ pink velvet ✿ ✿ pink velvet ✿ March 04, 2015
wahhh! blog hebat jugaq ni rupenyer :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.