SMS Maki Suami oleh Isteri Jadi Viral

Satu deretan SMS seorang isteri memaki suaminya kini mula jadi viral di laman sosial. Ohh budaya apakah ini? Terkedu saya baca setiap SMS yang ditulis. Samada betul atau tidak, kurang dapat dipastikan. Walau apapun, tindakan sebegini adalah sangat tidak wajar sama sekali.

Baru sahaja semalam saya menonton satu slot drama di TV9, tajuk ceritanya Izinku Kembali, lakonan Tiz Zaqyah dan juga Azhan Rani. Memang ada ayat-ayat yang lebih kurang sama dengan SMS maki suami oleh isteri yang jadi viral ini.
SMS Maki Suami oleh Isteri Jadi Viral

SMS Seorang Isteri Memaki Suami

SMS Maki Suami oleh Isteri Jadi Viral
Apa silapnya dengan instistusi kekeluargaan sekarang sehingga ada isteri yang sanggup keluarkan kata-kata kesat dan makian ini?

Secara peribadi, sebagai seorang suami, apabila si isteri mula ungkit perkara yang dikongsi bersama dan kemudian sumpah seranah, maki dan berkata kesat pada suami, ia sudah boleh dianggap sebagai seorang isteri yang menderhaka walau apa jua alasan.

Cara seperti ini tidak akan selesai masalah, malah akan mengusutkan masalah. Kerukunan rumahtangga itu sangat penting. Apa guna hadir ke kelas nikah kahwin yang berbayar puluhan ringgit tetapi tidak guna pakai segala ilmu mengenainya untuk bina sebuah keluarga yang diredhai Allah S.W.T?

Hmm .. berbayar pun begini jadinya, apa pula andai Kursus Kahwin Sepatutnya Percuma

Semoga kita semua dihindarkan dari menjadi seperti ini. Doa banyak-banyak, mohon petunjuk dari Allah S.W.T. In sha Allah, setiap masalah ada penyelesainya.


{ 17 comments.. read them below or add one }

yoorin melacolea yoorin melacolea March 10, 2015
takut nak baca.. jangan lah sy jd macam tu.. insyaa Allah..walaupon bekerja , sy redha & halal kan semuanya..
Ayuni Rafilah Ayuni Rafilah March 10, 2015
Biasanya berlaku jika suami seorang yang tidak mempunyai pekerjaan atau pemalas. Tetapi bila membaca SMS ini nampak bahawa si isteri yang bersalah kerana suaminya memang bekerja dan ada gaji, dan isterinya yang memandai-mandai buat loan untuk memiliki kereta dan berbelanja sakan menggunakan kredit kad. Ayuni pernah terjumpa kes yang sama begini, tetapi situasi berlainan - yang bekerja cari rezeki ialah anak, manakala yang boros berbelanja dan memaki-hamun anak itu ialah ibunya sendiri. Wallahu a'lam.
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ March 10, 2015
Astagfirullah. Minta simpang dari jadi isteri sebegitu rupa. Allah. Takut tak cium syurga. Hurmmmm
tenku butang tenku butang March 10, 2015
Pernah dengar kes macam ni.. tapi kes tu memang salah lelaki tu.. sebab menganggap duit isteri adalah duit dia sehingga dia lepas tangan jalankan tanggungjawab dia sebagai suami.. tapi kes yang atas ni perempuan tu la salah sebab memandai mandai guna duit suami dan boros beli macam-macam tak ikut kemampuan... pastu maki suami.. hemm.. dosa besar tu..
Julia Johari Julia Johari March 10, 2015
SubhanaAllah....ampunkan dosa2 wanita itu...serius rasa sedih bro HH...
Fiza Rahman Fiza Rahman March 10, 2015
Kalau marah sekali pon, jangan lah keluarkan ayat yg mcm tu. Malu lah baca.
si bongkok si bongkok March 10, 2015
Terkedu saya membaca entri tuanHH ini...

Bila takde duit pon merana...bila ada duit pon terngaga sebab takde masa bersama keluarga..

Entri yang amat penting utk peringatan diri saya...
AnonymousAnonymous March 10, 2015
dah biasa sangat orang cover kesalahan dengan ayat islamic... dah la makan minum pun bini yang tanggung.. ni mesti kes simpan perempuan lain, xpun duit habis join skim cepat kaya etc...
izzeyda izzeyda March 10, 2015
ishh sms nih boleh mengaibkan mereka.. apapun semoga ianya menjadi pengajaran buat pasangan suami isteri diluar sana dalam berkata2 dan juga tanggungjawab masing2..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 10, 2015
SMS ini boleh mengaibkan jika ada nama dan nombor telefon. Entri ini sekadar pengajaran terbaik untuk para suami dan isteri supaya JANGAN SESEKALI kongsikan masalah menerusi laman sosial. :)

- intipati tersirat.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 10, 2015
Apa jua perlakuan dan tindakan si isteri perlu minta izin suami, walaupun suami itu hanya seorang kerani di pejabat sendiri.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 10, 2015
Apa yang penting ialah si wanita harus menjadi isteri yang terbaik untuk suami. Ada jalan penyelesaian jika merasakan si suami itu ada buat perkara tidak elok.

Lagi satu, percaya dengan Allah atas apa jua perkara. Jangan lupakan Tuhan walau susah dan senang.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 10, 2015
In Sha Allah. Ada sebab musabab perkara ini menjadi viral.
idzwa kamaruddin idzwa kamaruddin March 11, 2015
masya Allah..kenapa sampai mcm nie..
AnonymousAnonymous March 26, 2015
Mungkin sebenarnya diaorang laki bini dah macam ni yang bini kaki menyumpah..lakinya suka buat derk..kaki baran or kaki terajang ke..tapi macam kes kat atas saya rasa bini dia tak habis benggang lagi..dah puas gaduh sgt dah ni..laki nyer pulak dah surrender..gaduh2maki2 tahun depan beranak sorang lagi..
AnonymousAnonymous March 26, 2015
sebelum berumahtangga..semasa berumahtangga isteri dan suami mesti ada pegangan agama yang kukuh,solat lima waktu.baca al quran barulah aman rumah tangga,takdelah jadi macam ni..jiran saya..sisuami suka bergaduh,menyumpah,maki isteri,esoknya bila isteri dah malu.mengata suami itu dan ini..dua2 sama je..bila bergaduh.isteri nampak rileks tp esoknya mengata suami pada jiran2..sesungguhnya isteri yang baik mesti untuk suami yang baik..allahuaalam..sekadar pedoman..selalu bergaduh..selalu maki,sekarang tengah tunggu due nak bersalin...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.