Siapa yang sebenarnya berhak untuk tentukan populariti sesebuah blog? Ehemm .. bila sebut soal populariti sesebuah blog, ada banyak takrifan bersandarkan beberapa aspek tertentu. Kalau nak cerita bab populariti sesebuah blog, memang jenuh.

Dalam entri ini, saya cuba nak bincangkan dan kongsikan pandangan mengenai siapa berhak tentukan populariti sesebuah blog. Apakah faktor yang menyebabkan ianya popular?

Ok. Bila cakap soal populariti, ada beberapa perkara yang diangkat sebagai penyebab blog itu popular. Antara faktor penyebab itu adalah jumlah follower (pengikut), jumlah pageviews, jumlah backlinks, jumlah subscribers dan beberapa faktor lain yang semuanya berkaitan dengan nombor. Nombor dari beberapa faktor ini telah dijadikan asas untuk mereka menilai bahawa blog itu popular.
Siapa Berhak Tentukan Populariti Sesebuah Blog?
Popular bagi saya adalah suatu yang subjektif. Ia tak sama pada pandangan dan pendapat setiap orang.

  • Seseorang yang sering baca blog A mungkin akan kata blog A itu adalah blog popular - kerana pembaca ini merupakan pengikut dan pembaca setia blog A.
  • Seseorang yang merupakan seorang blogger mungkin katakan blog B pula adalah blog popular - kerana seseorang itu sering membuat rujukan di blog B untuk menulis dan mendapakan panduan blogging.
  • Seseorang yang sering cari informasi menerusi Google pula mungkin akan nampak blog C sebagai blog yang popular - kerana sering nampak entri blog tersebut bila membuat carian di Google.
  • Seseorang yang nampak jumlah pageviews di blog D mungkin akan katakan blog itu adalah popular.
  • Seseorang yang nampak jumlah followers sehingga puluhan ribu di blog M pula mungkin akan nobatkan blog M sebagai blog popular.

Makanya, blog popular itu boleh apa-apa sahaja blog, tak kiralah samada blog itu blog baru, blog lama, blog otai, blog lelaki kacak, blog awek cun atau blog yang berjaya buat duit ribu-ribu dengan blog.

Adakala, seseorang itu menilai sesebuah blog itu popular kerana ramai penulis blog yang angkat dan sering sebutkan di dalam blog, walhal kalau pengunjung pertama kali atau pengguna internet yang baru nak kenal internet .. haram tak kenal dan tak tahu blog tersebut wujud. Agak-agak anda, jika anda tanya jiran anda, agak-agak blog apakah yang akan terpacul di mulut mereka bila soalan - "Mana blog paling popular?"

Dalam tahun kebelakangan ini, ramai yang kata blog yang popular adalah blog yang sering muncul di TV dan majalah. Walhal hakikatnya, TV dan majalah itu angkat blog itu sebagai popular kerana ianya telah terlebih dahulu diangkat oleh penulis-penulis blog di Malaysia sebagai sebuah blog yang popular. Blogger yang sebenarnya telah membantu sesebuah blog itu menjadi popular dan dikenali samada di dunia maya mahupun dunia realiti sepertinya dalam 15 Blog Terbaik Pilihan Blogger Malaysia.

Ramai blogger yang dah masuk majalah ini - Entri berkaitan Blogger Masuk Majalah

Seorang pembaca majalah Remaja, nampak satu blog dipromosikan di dalam majalah tersebut mungkin akan kata blog yang dipaparkan itu blog yang sangat popular. Walhal blog itu tidak popular pun di kaca minda seorang blogger yang dah ada blog sejak 2008! Ia hanya nampak glamor dan seolah popular di mata blogger remaja. Apatah lagi di mata mereka yang selama ini menjadikan blog sebagai satu sumber untuk jana income - mereka tak lihat blog yang masuk majalah Remaja itu popular, kerana minat dan rasa itu tidak sama.

Populariti blog itu awal tadi saya katakan adalah dinilaikan dari segi faktor nombor.
  • jumlah pageviews
  • jumlah followers
  • jumlah fb page likes
  • jumlah beberapa kali keluar media massa arus perdana (tv, akhbar, majalah)

Realiti Pemilihan Blog Paling Popular

Tetapi sebenarnya, apa yang saya dapati faktor populariti itu adalah bersandarkan kepada minat dan rasa mereka yang 'undi' dan katakan bahawa sesebuah blog itu popular. Jarang sebuah blog informasi akan angkat blog masakan seperti Dapur Tanpa Sempadan sebagai blog paling popular, dan jarang juga sebuah blogger remaja cun akan diangkat sebagai sebuah blog popular oleh seorang blogger yang hari-hari jana income blog menerusi affiliate.

Jiran A dan jiran B rumah anda akan tidak sama kategori blog popular mereka. Itu antara satu yang pasti. Blogger A dan blogger B tidak akan nampak blog C sebagai sebuah blog yang popular kerana mereka tak minat nak baca pun memadangkan blog C adalah blog kisah anak beranak dari A sampai Z.

Maka, seandainya nak menobatkan sesuatu blog itu adalah popular, kena fikir banyak aspek. Cuba anda lihat senarai pilihan blog-blog terbaik di dalam Malaysia Best Blog 2015. Jika blog tersebut tidak popular, takkanlah ia berada di dalam senarai tersebut? Tapi, bukan semua orang menilai dari aspek yang sama; kerana itulah terdapat banyak blog yang boleh diangkat sebagai blog pilihan.

Jadi, bagaimana pula dalam pencarian blog terbaik dalam Minggu Media Sosial 2015? Adakah populariti akan membolehkan blog tersebut menjadi blog terbaik - lebih-lebih lagi soal pencalonan dan pemilihan akan dibuat menerusi undian.

Adakah blog popular itu adalah blog terbaik? Siapa pula yang berhak tentukan populariti sesebuh blog?

Kedu? Kongsikan pendapat anda.

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mungkin mengikut tahap pengetahuan dan bidang masing2..huhu

    BalasPadam
  2. Gelaran blog popular sangat subjektif. Semuanya sudah dihurai diatas jadi bagi SP, kesimpulannya, blog ibarat ranting dan dedaunan kayu, tidak diketahui yang mana satu terbaik, yang jelas semuanya saling melengkapi..:)

    BalasPadam
  3. Saya tak kisah pada popularnya sesuatu blog.tapi saya menggunakan blog sebagai sumber informasi utama tak kira siapa pemiliknya.janji apa yang saya cari adalah maklumat yang bagus.

    Penulis yang bagus adalah pemberi maklumat yang bagus.samada baru atau lama,bila tersenarai dalam injen carian dan kita mudah temuinya,itulah yang popular bagi saya.

    BalasPadam
  4. Populariti apabila sampai masanya, pasti akan pudar kerana penilaian populariti bersandarkan kpd sesuatu yg subjektif dan hanya bersesuaian pada satu-satu ketika... tetapi kualiti akan terus kekal bertahan selamanya...
    Sebab itu agak kurang setuju dgn pencalonan dan penilaian terbaik di MSMW. (pandangan peribadi jer ye)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kualiti memang akan bertahan lama, maka itulah yang perlu jadi asas untuk nobatkan sebuah blog yang hebat ..

      Padam
  5. Sudah namakan blog popular tentulah yang disukai ramai. Bergantung kepada format juri sama dengan cara mengundi atau juri professional pada nisbah peratusan yang berbeza.

    Jika blog 'most valuable" pada pandangan saya perlu juri professional yang juri secara teknikal.

    BalasPadam
  6. popular itu subjektif, cukupla blog CN popular dikalangan pelajar masa musim PT3..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus popular dalam kebaikan dan kebajikan ..

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement