11 Mac 2015

Senarai Syarikat dan Laman Web Pelaburan Haram Terkini BNM

Berikut adalah senarai syarikat dan laman web yang telah dikenalpasti oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai menjalankan urus-niaga yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang. Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberitahu orang ramai mengenai senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Senarai ini disusun berdasarkan maklumat, aduan dan pertanyaan yang diterima oleh Bank Negara Malaysia (Bank) berhubung dengan aktiviti individu dan entiti yang berkenaan. Senarai ini bukan senarai lengkap (not exhaustive) dan Bank akan mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa. Senarai ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada orang ramai.

Senarai Syarikat Laman Web Terkini Pelaburan Haram oleh BNM


Untuk paparan lebih besar, anda boleh klik pada imej di atas, atau muat turun senarai tersebut di pautan di pautan ini - Dokumen BNM - Senarai Terkini Syarikat dan Laman Web Disahkan Melakukan Urusniaga Tidak Sah

Senarai di atas adalah terkini, dikemaskini oleh BNM terakhir pada 31 Disember 2014.

Orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia di bawah undang-undang yang berkaitan. Mereka juga perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya meragui sebarang skim yang ditawarkan. Orang ramai juga dinasihati untuk merujuk kepada Investor Alert dan maklumat mengenai tindakan penguatkuasaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Semoga anda semua tidak tergolong dari mereka yang melakukan aktiviti ini. In Sha Allah.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

2 Komen

infi dah ada...jadi baca dan jangan terpedaya

ada yang tak kisah pun dengan senarai ni..sebab bagi depa duit lagi penting..:D


EmoticonEmoticon