Senarai Barang Tidak Dikenakan GST 1 April 2015

Berikut saya kongsikan senarai barang dan produk yang tidak dikenakan GST 2015. GST atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015. GST menurut kerajaan adalah merupakan sistem percukaian yang telus, dan lebih adil kepada rakyat. Ia akan menampakkan bahawa pengguna akan hanya dikenakan cukai ke atas perbelanjaan ke atas barang dan perkhidmatan yang digunakan sebanyak 6%.

Kadar 6% cukai ini dianggap rendah berbanding dengan sistem cukai yang lama di mana pengguna terpaksa membayar sebanyak 16% ke atas cukai.

Senarai Barang Tidak Dikenakan GST 1 April 2015


Senarai Barang Tidak Dikenakan GST 1 April 2015

Senarai barang yang tidak dikenakan GST mulai 1 April 2015 ialah:
  • Semua jenis bahan bacaan - kamus, buku latihan, buku rujukan, buku teks, buku agama, buku bergambar, buku lukisan termasuk surat khabar.
  • 4,215 jenama ubat-ubatan meliputi semua dos dan kaedah pengambilan
  • Yuran penyelenggaraan dan sinking fund meliputi semua jenis bangunan kediaman yang dipegang di bawah hak milik strata.
  • Perkhidmatan pendidikan termasuk pendidikan kemahiran yang disediakan oleh penyedia latihan kemahiran yang menjalankan program yang diluluskan dan ditauliahkan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).
  • Perkhidmatan jagaan kesihatan oleh hospital, klinik, pusat rawatan dialisis dan seumpanya
  • 120 jenis peralatan perubatan yang dibeli oleh hospital, klinik atau mana-mana kemudahaan jagaan kesihatan swasta.
  • Susu formula bayi di bawah umur 36 bulan
  • Semua jenis beras dan gula

Saya harap lebih banyak senarai barang dan servis yang tidak dikenakan GST mulai 1 April 2015 diumumkan oleh kerajaan. Ramai yang mahu tahu dan clear tentang apa yang kena GST, dan apa yang tidak dikenakan GST.

GST adalah sesuatu perkara yang sangat baru untuk rakyat Malaysia, maka sangat penting penyampaian mengenai kebaikan dan keburukan GST diberikan secara telus dan jujur, tak ada selindung-selindung supaya semua orang faham dan rakyat seperti saya akan dapat merancang kewangan serta perbelanjaan dengan lebih baik dan berhemah.

Anda juga boleh baca - Senarai Lebih 300 Barangan Runcit yang Tidak Dikenakan GST dan Dikenakan GST Mulai 1 April 2015

Boleh juga download dan baca senarai lengkap barang dan produk barangan pengguna yang dikenakan GST.

{ 15 comments.. read them below or add one }

Afidah Azmi Afidah Azmi March 27, 2015
Tulah..kalau ada penenrangan yang lengkap tentu semua pengguna tak konfius kan
AnonymousAnonymous March 27, 2015
Yuran pengajian pn kena GST... :(
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue March 27, 2015
Kerajaan tidak menerangkan dengan langsung kepada rakyat sebelum melaksanakannya
hpmurah2u hpmurah2u March 27, 2015
baru tahu barang ape yang tidak kenakan gst..bagus...
yang baik yang baik March 27, 2015
banyak yang tidak jelas... tentu sukar bagi rakyat marhaen nak memahami isu gst...
yang baik yang baik March 27, 2015
sekarang ni... dalam seminggu dua ni dah terasa kesan kenaikan harga barang. peritnyer rasa...
aRz MoHa aRz MoHa March 29, 2015
panadol pun ada perbezaan GST...menurut rakan yang bekerja di farmasi. jika beli 10 tiada GST tetapi jika beli bnayak kena GST
Supernifz Supernifz March 30, 2015
memang berguna info-info yang macam ini, baru lah pengguna tidak akan mudah di tipu nanti...
Cukai GST Cukai GST April 01, 2015
Wah..Bagus list ni..
Bleh buat rujukan.
Anyway, Happy GSTing Malaysians.
http://www.youtube.com/watch?v=X07ddQ5G-Fs
AnonymousAnonymous April 01, 2015
topup pn dikenakn gst x?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 01, 2015
Top up menerusi pihak ketiga tertakluk dengan GST.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 01, 2015
Harap entri panduan ini dapat viral.
Johan Johan April 02, 2015
Makin kempis poket disebabkan gst ni :(
AnonymousAnonymous April 14, 2015
Harap ada list detail ubatan dikeluarkan yg x kena gst...jenis n kategori skali..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.