Langkau ke kandungan utama

Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2014

Semakan keputusan SPM 2014. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 akan dikeluarkan mulai jam 10 pagi, 3 Mac 2015. Semakan keputusan SPM tahun 2014 ini boleh dilakukan menerusi dua kaedah, iaitu menerusi semakan keputusan SPM SMS dan semakan keputusan peperiksaan menerusi online.

Semakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2014 boleh dilakukan menerusi semakan terus di sekolah masing-masing, semakan SPM 2014 menerusi SMS, dan semakan keputusan SPM secara online.

Semakan Keputusan SPM 2014

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan penuh daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada 3 Mac 2014. Manakala untuk calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar dahulu.

Cara Semakan Keputusan SPM 2014 melalui SMS

Terdapat dua cara membuat semakan keputusan peperiksaan SPM 2014 melalui SMS. Kedua-dua perkhidmatan ini disediakan oleh mySMS:
Cara Semakan Keputusan SPM 2014

Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10:00 pagi 3 Mac dan tamat pada 11:59 malam 9 Mac 2015.

Cara Semakan Keputusan SPM 2014 Secara Online

Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2014 Secara Online
Anda hanya perlu ke laman web Semakan SPM 2014 Online - http://lp.moe.gov.my/semakan. Masukkan nombor kad pengenalan dan juga angka giliran. Kemudian klik papar keputusan.

Keputusan dipaparkan adalah hanya ringkasan. Keputusan penuh walaubagaimanapun perlu mendapatkannya di sekolah atau di JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) masing-masing.

Kepada adik-adik yang mengambil keputusan SPM 2014, saya doakan kejayaan buat anda semua. Pastikan anda berusaha lebih lagi untuk terus berjaya ke peringkat lebih tinggi. In Sha Allah.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Tadi masa lepak kedai makan ramai budak-budak lepasan SPM ada. Tunggu masa untuk ambik result SPM. Awal diorang datang. Result keluar pukul 10, pukul 8 lebih dah ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak keluar lagi rumah hari ni. Tak nampak kemeriahan tu .. kejap lagi lepas jam 1 baru keluar dengan anak2 ...

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…