RevenueHits. Siapa pernah dengar? RevenueHits merupakan salah satu daripada ribuan platform pengiklanan di blog yang boleh anda cuba. Ia digambarkan sebagai salah satu alternatif pengiklanan menggantikan Adsense.

Saya pernah menggunakan RevenueHits. Alhamdulillah, agak baik juga income yang saya dapat menerusi RevenueHits. Ini adalah kerana ia membayar dalam matawang USD. Jadi, satu kelebihan untuk blog yang boleh membawa ribuan trafik, in Sha Allah, dapat income yang baik menerusi RevenueHits ini. Namun begitu, ada pro dan kontranya ye .. baca entri ini sehingga habis untuk ketahui mengenainya.
RevenueHits Alternatif Pengiklanan Adsense

RevenueHits Alternatif Pengiklanan Adsense Dalam Blog

Platform pengiklanan menerusi RevenueHits memberikan banyak pilihan untuk anda meletakkan iklan di dalam blog anda. Terdapat lapan jenis pilihan iklan yang boleh anda gunakan, iaitu
  1. Banner
  2. Popunder
  3. Slider
  4. Shadow box
  5. Top banner
  6. Button
  7. Footer
  8. Interstitial

Dalam lapan jenis atau placement iklan di dalam blog ini, saya cuma pernah menggunakan banner, popuder, slider, shadow box, footer dan top banner, untuk beberapa blog saya yang lain. Tak susah memasang kod banner atau placement iklan Revenuehits ini. Sama juga seperti medium pengiklanan blog yang lain, anda hanya perlu copy-paste sahaja kod yang disertakan.

3 Cara Bayaran Income oleh RevenueHits

Bayaran income menerusi RevenueHits pula dibuat menerusi 3 cara - pindahan ke akaun Paypal, pindahan terus ke bank atau menerusi Payoneer. Anda hanya perlu pilih salah satu dan isi butiran bayaran income di bahagian Billing.

Cuma ada beberapa perkara yang harus anda ingat apabila menggunakan RevenueHits ini sebagai platform buat duit blog menerusi iklan.
  • Iklan tidak boleh control - ia mungkin papar iklan yang singgung perasaan pengunjung blog anda.
  • Paparan iklan adakala keluar sehingga ganggu pembacaan dalam blog.
  • Tidak sesuai untuk blog yang kebanyakkan pembaca daripada peranti mudah alih.

Cara RevenueHits Jana Income Blog Anda

Kiraan income pula adalah menerusi 3 cara iaitu CPC (Cost-per-Click), CPM (Cost-per-Thousand impressions), dan CPA (Cost-per-Action) .

  1. CPC - income berganda bila ada orang klik iklan tersebut.
  2. CPM - income dijana mengikut jumlah view.
  3. CPA - income terhasil bila ada satu tindakan dilakukan pelawat blog (contohnya mendaftar ke satu-satu akaun).

Perkongsian keuntungan atau perolehan yang RevenueHits boleh berikan - boleh sampai ke 70% nilai iklan.

Jika berminat nak mencuba, anda boleh daftar secara percuma dan dapatkan kod-kod iklan bersandarkan kepada lapan pilihan yang saya sebutkan tadi.

Pendaftaran RevenueHits boleh dilakukan menerusi pautan ini - RevenueHits Online Registration

Pendaftaran adalah mudah, tidak seperti pengiklanan Komli Ads atau Innity yang agak cerewet dan memerlukan kriteria tertentu.

Selamat mencuba.


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kalau ada iklan nuffnang gabung dengan RevenueHits xpe ke?

    BalasPadam
  2. Wah saye nak cari alternative adsense, ternyata ade program iklan yang bernama RevenueHits, terima kasih bang, telah bersedia memberi tahu.

    BalasPadam
  3. seneng baca infromasi disini,,, sangat menambah ilmu dan wawasan walaupun saya belum paham mengenai ilmu internet

    BalasPadam
  4. dibikin dong gan video tutorialnya, biar lebih ngerti dan cara" pasang iklannya juga sekalian

    BalasPadam
  5. tips yang bagus tuan....
    tapi alangkah baiknya jika diterangkan lebih detail tentang jenis iklan tu,tak semua orang tahu jenis iklan tu macam i.....hehee.....maklum newbie.
    by the way,makasih banyak dah bagi info..

    BalasPadam
  6. kenapa ada entry tuan hasrul ada kolum untuk komen dan ada entry yang saya tidak jumpa butang komen?

    saya ingin tahu mengenai google analytic. Sehingga kini saya tidak pandai menggunakannya termasuk mencari jumlah visitor untuk bulanan.

    Saya sudah lama mendaftar google analytic tetapi perkara basic pun saya masih blur. Saya harap tuan hasrul hassan boleh menulis sedikit sebanyak mengenai google analytic.

    Terima kasih

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement