Permohonan Diploma Jururawat USM 2016/2017 Online

Permohonan Diploma Kejururawatan USM Sesi Akademik 2016/2017. Saya sukacita nak maklumkan bahawa permohonan secara online untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang Diploma Kejururawatan di USM telah dibuka untuk sesi akademik 2016/2017.

Permohonan ke Program Diploma Kejururawatan USM secara online telah dibuka mulai 25 Februari 2016. Permohonan ini akan ditutup pada 4 April 2016. Dan proses temuduga akan mula dibuat sekitar Mei 2016 untuk kemasukkan pada bulan September 2016.

Permohonan Diploma Jururawat USM 2016/2017 Online

Permohonan Diploma Jururawat USM 2015/2016 Online
Kepada yang berminat untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang kejururawatan dan mengambil Diploma Kejururawatan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk sesi 2016/2017, anda perlu memohon secara online menerusi laman web USM.

USM menawarkan sebanyak 70 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu program pengajian dan maksima lapan program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2015 dan STPM 2015, manakala empat program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf.

Tatacara Permohonan Secara Online Program Diploma Kejururawatan USM

Tatacara membuat permohonan online bagi program Diploma Kejururawatan USM 2016/2017 adalah seperti berikut:
  1. Pemohon perlu mendaftar melalui laman web https://pohon.usm.my yang boleh dicapai melalui laman web rasmi USM http://www.usm.my.
  2. Pendaftaran permohonan ke Universiti Sains Malaysia adalah melalui pembelian nombor Pin USM - JURURAWAT (RM60) di mana-mana cawangan BSN. 
  3. Permohonan adalah melalui pembelian nombor PIN USM - JURURAWAT di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional BSN, mesin ATM (bagi Pemegang akaun GIRO sahaja) atau Internet Banking (myBSN).
  4. Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat berikut: 
    1. No. Kad Pengenalan / MyKad
    2. No. Pin USM - JURURAWAT
    3. Kata Laluan (Ciptaan Sendiri 5-15 aksara)
    4. Nama Ibu e. Alamat emel yang aktif dan betul 
  5. Nombor Rujukan akan dipapar dan juga di emel setelah proses pendaftaran berjaya. Sila gunakan Nombor Rujukan yang diberikan semasa berurusan dengan USM.
Permohonan Diploma Jururawat USM 2015/2016 Online

Mana-mana calon yang berjaya di dalam permohonan ini akan dipanggil untuk ditemuduga. Hebahan temuduga untuk Diploma Jururawat USM akan mula dilakukan pada hujung bulan April 2016.

[Rujukan] Jika Anda Benar Berminat Untuk Menjadi Jururawat, Dapatkan Naskah Panduan Kerjaya Jururawat Ini Sekarang .. Anda Tentu Tidak Mahu Ketinggalan!.

Sebarang kemushkilan atau pertanyaan, anda boleh berhubung dengan:

Permohonan Diploma Jururawat USM 2016/2017 Online

Seksyen Pengambilan Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar,
Aras 2, Bangunan Canselori,
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang
Hotline: 1 300 888 876
Tel: 04 653 3328
admissions@usm.my

Kerja Kosong Online Untuk STPM

{ 14 comments.. read them below or add one }

abdfatah abdfatah March 03, 2015
nak mohon jugak laaa.... lalalaaaa
fatehah eah fatehah eah March 05, 2015
Lepasan SPM boleh mohon ke??
rozila8728 rozila8728 March 10, 2015
Ada peluang berkhidmat dgn husm x
Husnun Hasan Husnun Hasan April 01, 2015
salam..sy nk tnye,slpas sy isi borang prmhonan dia ada sruh send salinan sjil n dokumen brkaitan,so ape cth dokumen brkaitan yg d ktakan?dia tak bgtahu snarai dokumen yg d prlukan..jika boleh sy hrap admin dpt mnjwb persoaln sy sblum tmat tmpoh prmhonan..atau whatsapp sy 0148492655..hrap ade yg sudi mmbantu
AnonymousAnonymous April 06, 2015
ada baca kursus diploma jururawat di usm ni xder jaminan kerja dengan usm macam yg sebelum ni..sebelum ni siap ada tajaan skrg kena biaya sendiri..baik tunggu spa lagi bagus kalo macam ni..dah la nak mohon kena bayar rm60.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 06, 2015
Untuk pengambilan kerja jururawat dengan HUSM, anda perlu memohon.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 06, 2015
Betul. Sekarang dah tak ada jaminan kerja seperti dulu, sbb HUSM dah tak macam dulu, dah saring dari start permohonan, temuduga untuk lulus jawatan yang dipohon.

SPA mohon boleh, tapi saingannya sangat ramai. Untuk mohon HUSM, kalau ada diploma daripada mereka, setidaknya sudah ada dokumen sokongan yang boleh minta semasa praktikal. Kalau SPA dokumen sokongan ini hanya boleh digunakan JIKA kita lulus ujian dia dahulu.
AnonymousAnonymous April 16, 2015
salam, mcm mna kita nk tahu sama ada dipanggil temu duga atau tidak.? akan diberi surat tawaran ataupun check online? tarikh untuk check online dan laman web nya?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN April 16, 2015
Surat akan diberikan. Boleh semak di laman web USM sendiri, tempat download borang tadi.
AnonymousAnonymous May 15, 2015
salam tuan,saya nak tanya selepas sesi temuduga Diploma Kejururawatan bilakah agaknya keputusan akan diumumkan..adakah pelajar yang telah berjaya sesi temuduga akan mendapat pembiayaan usm dan adakah pelajar yang telah tamat pengajian selama 3 tahun akan diserapkan terus kejawatan tersebut..mohon penjelasan.. jasa baik tuan didahulukan dengan ucapan terimakasih.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 15, 2015
Soalan-soalan ini anda boleh tanya semasa sesi temuduga itu dijalankan untuk lebih tepat. Saya boleh beritahu tetapi risau samada nanti apa yang akan saya beritahu ni berlainan dengan apa yang akan anda terima.

Untuk info lebih tepat, lebih baik anda tanya kepada pihak penemuduga semasa temuduga - ini juga merupakan satu tips untuk anda dijadikan calon pilihan kerana menunjukkan kesungguhan anda untuk mendapat tawaran tersebut. :)

Terima kasih.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN May 15, 2015
Tambahan lagi syarat dan terma USM berbeza dengan pengambilan yang lain. Ia juga akan berubah mengikut keperluan.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 07, 2016
Pastikan memiliki pakej rujukan untuk jawatan jururawat sebagai persediaan mengetahui mengenai kerjaya ini

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.