Langkau ke kandungan utama

Pencarian Blog Terbaik MSMW 2015

Pencarian blog terbaik untuk Malaysia Social Media Week (MSMW) 2015 telah pun bermula sejak 9 Mac yang lalu, dan pencalonan blog akan tamat pada 22 Mac 2015. Ramai juga rakan-rakan blogger yang blognya telah masuk di dalam senarai pencalonan - samada dicalonkan, tercalon atau mencalonkan blog sendiri. Untuk tahun 2015, tiada kategori yang sesuai untuk memasukkan blog ini di dalam senarai blog terbaik MSMW2015.

Setiap tahun MSMW akan menampilkan anugerah dalam beberapa kategori yang melibatkan blog-blog di Malaysia. Ramai rakan blogger yang hebat-hebat dan saya kenal telah berjaya unggul dan menempa nama di dalam senarai pemenang anugerah MSMW2014.
Pencarian Blog Terbaik MSMW 2015

Satu yang membanggakan apabila ada blog yang baru bertapak pun boleh unggul menjadi top 7 best personal blog 2014. Memang tabiklah. Bukan mudah untuk menang dalam MSMW, apatah lagi ia melibatkan undian awam dan juga pemilihan juri.

Blog mungkin boleh menjadi pilihan popular undian online yang dibuat, tetapi ia mungkin tidak di hati juri. Jadi, terpilih menjadi antara top 3 blog terbaik MSMW bukan sesuatu yang lekeh da mudah dibuat. Banyak aspek diambil dan dijadikan asas untuk dinobatkan sebagai blog terbaik MSMW 2015.

Pada tahun 2013, blog ini telah berjaya berada antara pilihan terbaik untuk kategori Educational Blog tetapi akhirnya tewas kepada rakan blogger lain yang juga diakui kehebatannya. Bangga jugalah bila berada sebaris dengan blog iluvislam.com dan blog ohcikgu.com. Hoho .. dapat jadi top 3 dalam MSMW2013 memang ada kesan dan pengaruhnya sendiri. Jadi top 3 pun dah kira sangat best dah weihhh ....
Pencarian Blog Terbaik MSMW 2015

Pencarian blog terbaik untuk Minggu Media Sosial Malaysia atau MSMW 2015 masih lagi terbuka, seandainya anda berasakan blog anda layak untuk dipertandingkan di dalam kategori yang ada, maka segeralah lakukan. MSMW 2015 adalah medium terbaik untuk anda jenamakan blog anda untuk lebih dikenali ramai.

Ada 10 kategori dipertandingkan untuk anuegrah blog terbaik di MSMW 2015 ini. Untuk info dan pencalonan anda boleh rujuk laman web Malaysia Social Media Week 2015.

Pencalonan akan tamat pada 22 Mac 2015, dan bermula dari 23 Mac hingga 5 April, undian untuk blog pilihan sebagai blog terbaik setiap kategori akan bermula.

Tak menang tak mengapa, asalkan anda ada usaha untuk bersaing secara sihat dan melakukan satu anjakan paradigma yang bakal angkat blogger sebagai satu kerjaya yang patut dihormati di Malaysia.

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. all the best buat semua yang bertanding untuk MSMW ini... :)

    BalasPadam
  2. wah bukan mudah untuk tercalon dalam anugerah sebegini.. apapun tahniah buat HH kerana pernah berada top 3 dalam pencalonan.. bukan mudah untuk menang kan.. sudah tercalon pun kira kemenangan kecil bagi kita..

    BalasPadam
  3. wah baru nk mencuba ni

    BalasPadam
  4. aku dapat rasakan, mereka yang femes di FB akan mudah untuk tercalon..dan seterusnya menang

    BalasPadam
  5. Alaaa asik tak boleh bukak je website MSMW tu... ramai sangat agaknya kot...

    BalasPadam
  6. bro dah halang gua nak calon blog bro nie...hmmm

    BalasPadam
  7. Bloh hasrulhassan sememangnya layak dipertandingkan..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh. Tiada kategori yang membolehkan blog ini masuk dalam senarai pemilihan.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.