Langkau ke kandungan utama

Panduan Memulakan Bisnes Online

Panduan memulakan bisnes online. Ada ramai usahawan yang ada niat untuk mempunyai bisnes online, tetapi mereka tidak tahu cara hendak memulakannya. Saya pun bukannya pandai sangat dalam bab bisnes online ni. Ilmu yang ada pun tak ada tara manapun, tetapi saya boleh beritahu ada panduan untuk memulakan bisnes online yang boleh anda peroleh.

Sebenarnya, kalau ikutkan, tidaklah susah mana untuk memulakan bisnes online. Anda boleh memulakan bisnes online ini daripada banyak platform, antaranya ialah blog, facebook, twitter mahupun trend terbaru bisnes online menerusi platform instagram. Malah, di luar negara, ramai usahawan yang telah beralih kepada platform pinterest untuk bisnes online mereka.

Panduan Memulakan Bisnes Online

Seandainya anda mahu memulakan langkah untuk berniaga dan bisnes secara online, perkara utama ialah mempunyai laman web yang boleh memasarkan produk dan barangan yang dijual. Di dalam laman web tersebut mestilah ada ciri-ciri sebuah kedai maya. Berbeza dengan blog niaga, laman web perniagaan lebih bersifat teknikal yang membolehkan ia melakukan transaksi jual-beli secara automatik tanpa memerlukan kehadiran pemilik bisnes di depan komputer.
Panduan Memulakan Bisnes Online
Antara perkara penting yang perlu ada di dalam sebuah laman web bisnes online ialah:
  1. Butiran atau spesifikasi produk
  2. Harga produk
  3. Gambar produk
  4. Cara pembelian
  5. Cara penghantaran
  6. Shopping cart
  7. Alamat perniagaan
  8. Pendaftaran perniagaan (SSM)
  9. Review produk
  10. Autoresponder

Semua ini merupakan benda-benda penting dan perlu ada. Ia mungkin bersifat teknikal tetapi menyediakannya di dalam sebuah laman web bisnes online merupakan satu kelebihan yang ketara. Cuba lihat contoh laman web bisnes online seperti Lazada dan Zalora. Segala perkara-perkara di atas memang ada di dalam laman web mereka.

Jadi, bagaimana mahu menghasilkan sebuah laman web bisnes online yang bagus? Menerusi Panduan Bisnes Online, usahawan-usahawan yang mahu beralih dari perniagaan konvensional boleh memulakan langkah untuk menjadikan bisnes sedia ada sebagai sebuah bisnes online.
Panduan Memulakan Bisnes Online
Panduan ini akan memberitahu cara-cara nak memulakan bisnes online terutama sekali dalam bab cara membina sebuah laman web perniagaan yang lengkap. Anda akan ketahui beberapa perkara penting untuk bisnes online anda:
  • Cara dapatkan laman web bisnes online.
  • Cara daftarkan nama domain untuk bisnes online.
  • Bagaimana nak dapatkan hosting untuk laman web perniagaan.
  • Cara bina laman web untuk download produk digital.
  • Cara nak memasang borang tempahan.
  • Bagaimana nak follow up dengan bakal pelanggan dan pembeli untuk proses pembelian berulang.
  • Tips untuk hasilkan grafik menarik menggunakan perisian percuma.
  • Bagaimana nak rekabentuk laman web bisnes online supaya nampak menarik.
  • Tips untuk mendapatkan trafik daripada enjin carian.
  • Cara nak bina shopping-cart sendiri untuk bisnes online.
Maka, untuk anda yang benar-benar berhasrat mahu memuakan bisnes online seperti bisnes tudung online, bisnes buat kek coklat sendiri atau mungkin jual produk drophsip, maka in Sha Allah, panduan ini amat bagus untuk dimiliki, setidak-tidaknya ada ada ilmu untuk bina laman web bisnes online sendiri tanpa perlu mengupah orang lain sehingga ratusan dan ribuan ringgit.

Ya, memang ada jalan pintas dan mudah untuk memiliki sebuah laman web bisnes online seperti yang pernah saya beritahu menerusi entri Buat dan Bina Blog Perniagaan Sendiri tetapi jika anda ada masa dan iltizam untuk belajar, maka Panduan Bisnes Online ini sangat membantu.

Selamat maju jaya dalam bisnes online anda.

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. memang artikel yang bagus..bookmark now...

    BalasPadam
  2. Nak berniaga perlu kesungguhan..kalau macam cik akak nie.....segan satu hal..haha..maka tak laris lah bisnes

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…