Panduan Masuk Kolej Komuniti Untuk Lepasan SPM

Panduan masuk Kolej Komuniti untuk lepasan SPM. Keputusan SPM 2014 telah diumumkan, maka ramailah mencari peluang untuk melanjutkan pengajian. Ada yang keputusan elok, bolehlah sambung belajar ke IPT atau IPTS, yang mana cemerlang dapat tajaan Bursary KPM lagi.

Namun, bukan semua calon lepasan SPM 2014 itu bernasib baik. Jadi, salah satu alternatif sambung belajar ialah Kolej Komuniti. Saya kongsikan panduan untuk masuk Kolej Komuniti untuk lepasan SPM, in Sha Allah dapat melorongkan peluang untuk tingkatkan kemahiran diri.
Panduan Masuk Kolej Komuniti Untuk Lepasan SPM

Panduan Masuk Kolej Komuniti Untuk Lepasan SPM

Info Ringkas Kolej Komuniti

Kolej Komuniti bermula dari sebuah konsep yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan pada Julai 2000. Ia kemudian dilaksanakan atas persetujuan jemaah menteri. Konsep Kolej Komuniti adalah mudah iaitu memberikan peluang kedua untuk pelajar lepasan SPM di setiap kawasan parlimen. Ia lebih kepada pendidikan dan pengajian berbentuk kemahiran.

Secara amnya, Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Panduan Masuk Kolej Komuniti Untuk Lepasan SPM

Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Sehingga Julai 2007, sebanyak 35 buah Kolej Komuniti telah beroperasi di seluruh negara. 2 lagi kolej baru telah mula beroperasi bermula Sesi Januari 2008 menjadikan jumlah keseluruhan kolej komuniti adalah sebanyak 37 buah. Ia diuruskan di bawah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah.

Kolej Komuniti - Pilihan Terbaik Tingkatkan Kemahiran Lepasan SPM

Nampaknya Kolej Komuniti telah diperkasakan dengan baik oleh kerajaan, jadi stigma bahawa kolej komuniti untuk lepasan SPM 'second grade' perlu dilempar jauh-jauh. Ia sebenarnya satu institusi yang gah melahirkan lepasan pelajar yang bermutu tinggi, cekap kemahiran dan menjadi asas kepada pembangunan negara. Seharusnya, Kolej Komuniti wajar dijadikan antara pilihan terbaik lepasan SPM untuk menyediakan diri dalam pasaran kerja yang semakin mencabar kini.

Kepada yang berminat mahu meneruskan pengajian ke peringkat lebih baik, saya syorkan anda untuk kemukakan permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti.

Panduan Masuk ke Kolej Komuniti 2015



Panduan di atas boleh anda cetak, atau anda download dengan percuma. Jika tidak dapat akses paparan di atas, anda boleh klik pautan ini - Panduan Masuk Kolej Komuniti 2015 Untuk Lepasan SPM

Semoga bermanfaat, dan salah sukses.

3 comments.. read them below or add one

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid March 06, 2015
perkongsian yang sangat bermanfaat buat semua yang ingin memohon dan di dalam proses memohon...
Mayang ABDUL RAZAK Mayang ABDUL RAZAK March 06, 2015
saya mmg kerap singgah kk ni sbb suka amik kursus jangka pendek.. maklumla nak membaking.. kos belajar pn murah dan sesuai untuk org bekerja macam saya (kursus untuk ari sabtu dan ahad)
Maria Firdz Maria Firdz March 06, 2015
mmg bagus kolej komuniti.. yg kurg cemerlang dr segi akedemik.. inilah peluangnya..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.