MSMW 2015 kali ini saya anggap satu event atau acara untuk blogger yang membosankan. Mengapa? Sebab kemeriahannya sudah luntur. Saya bukan nak kondem, tapi sejak ia dimasyhurkan oleh blogger-blogger Malaysia, tiada pulangan yang setimpal pun yang diberikan kepada blogger-blogger ini, apatah lagi yang berjaya merangkul gelaran blog terbaik Minggu Media Sosial Malaysia atau Malaysia Social Media Week ini.

Ya, saya pernah bertanding dengan pertaruhkan blog ini pada tahun 2013. Blog ini cuma berjaya menjadi top 3 dalam MSMW 2013, dan kategori yang dipertandingkan itu dimenangi oleh rakan blogger saya Encik Titan.
MSMW 2015 Bosan - Hanya Eksploitasi Blogger Malaysia

MSMW 2015 Bosan - Hanya Eksploitasi Blogger Malaysia

Saya menulis MSMW 2015 sebagai bosan bukan kerana saya gagal memang dalam kategori dipertandingkan pada tahun 2013, tetapi kerana apa yang saya nampak, setelah masuk tahun keempat ianya dibuat, tidak nampak perngiktirafan sebenar yang diberikan kepada blogger Malaysia.

Tahukah anda, bahawa calon-calon yang layak bertanding perlu menulis mengenai MSMW di dalam blognya? Jadi, secara tidak langsung ia mempromosikan event ini yang memang bajet besar dan mendapat penajaan yang banyak dari syarikat ternama. Jadi, takkanlah hadiah untuk para pemenang hanya sebuah trofi dan sijil? Jika trofi itu bersalut emas tulen tak mengapalah juga.

Dahla tu, kena promote sebanyak tiga kali - pre, during dan post event ini.

MSMW 2015 Bosan - Hanya Eksploitasi Blogger Malaysia
Untuk kesekian kalinya, saya melihat ramai blogger yang menyertai event dan pertandingan untuk mendapat anugerah yang diwujudkan - World Bloggers and Social Media Awards. Ia satu event besar kerana ramai tokoh-tokoh dunia online akan berada di dalam MSMW. Malah, ia menjadi satu event yang sangat grand apabila pernah dihadiri oleh Perdana Menteri dan menteri Malaysia.

Saya fikir, pihak yang menganjurkan event MSMW 2015 dapatlah kiranya memberikan sedikit imbuhan pada kerja keras para blogger yang cuba memeriahkan suasana Minggu Media Sosial Malaysia ini. Mereka perlu sedar bahawa pengaruh blogger amat kuat di dunia online. Jadi, jangan sampai tiba ketika akan ada blogger yang nampak bahawa MSMW hanyalah satu platform untuk pihak tersebut mendapat keuntungan sebelah pihak, walhal yang antara memberikan impak pada kehebatan MSMW itu sendiri datangnya dari blogger dan pengamal media online.

Berilah Sedikit Imbuhan Buat Top Blogger Malaysia

Anugerah World Bloggers and Social Media Awards 2015

Apa salahnya jika pihak MSMW 2015, selain memberikan sijil pengiktirafan dan trofi; diberikan hadiah sampingan lain agar dapat memotivasikan blogger-blogger yang bertanding. Paling tidak berilah hadiah yang relevan dengan usaha mereka sebagai blogger yang menjadikan event ini satu event must attend, must participate setiap tahun.

Harapnya akan ada perubahan, dan dapatlah kiranya pihak MSMW mengambil perhatian akan apa yang telah saya tulis ini. Elakkan jangan sampai ada yang benar-benar menyangka bahawa penganjuran MSMW dan pemberikan anugerah World Bloggers and Sosial Media Awards hanyalah untuk eksploitasi blogger Malaysia bagi memberikan coverage, promosi dan iklan percuma untuk Minggu Media Sosial Malaysia.

Saya menulis ini adalah sebagai respon kepada penulisan rakan blogger saya yang turut bertanding di dalam MSMW 2015 kali ini dalam dua kategori iaitu Encik Titan. Anda boleh rujuk entri beliau bertajuk - MSMW 2015 Blogger Awards - Makin Meriah atau Makin Bosan? untuk membaca pandangan darinya yang merupakan bekas pemenang anugerah ini.

Saya harap penganjuran di tahun akan datang akan ambil perhatian mengenai perkara ini. Semoga Minggu Media Sosial Malaysia sukses tahun 2015, dan berharap ia akan dimanfaatkan oleh blogger Malaysia untuk penjenamaan dan meletakkan blog sebagai sebuah 'perniagaan'.

17 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mmg patut bagi imbuhan kepada pemenang... nak datang majlis tu pun ada yang dari jauh.

    BalasPadam
  2. trofi dn sijil.. apa yg boleh di buat dengan tu selepas kemenangan?emm..

    kalau hadiah seperti hp. komputer.. voucher ker. sekurang2 nya boleh gak di gunakan yek dak?

    Sumijelly.com

    BalasPadam
  3. Big price for big effort. Blogger byk menyumbang even bercerita di alam maya...

    BalasPadam
  4. saya pernah attend tahun 2012 dulu, free. Kali ni dah berbayar eh?

    BalasPadam
  5. antara sebab yang aku tengok mcam tak best, sebab takde pun support daripada Google Malaysia sedangkan platform blogging melibatkan Google..juga mungkin juga melibatkan pihak seperti Wordpress.org yang memang terkenal dengan platform blogging yang terkenal di dunia.

    Aku anggap MSMW ni cuma nak ambil kesempatan je terhadap blogger, apa nak kisah, bagi je trofi, kembang la depa..dari segi remarketing, mereka dapat secara percuma sahaja sambil kembangkan idung..hehehe..

    pengiktirafan dan penjurian blog-blog terbaik tu harus diadili juga dari pihak yang professional seperti dari platform blogging itu sendiri atau dari Google Webmaster..tapi ini lebih kepada blog trending yang mana blog yang mendapat jumlah voters atau pun undian tertinggi akan menang..tetapi kualiti blog dan blogger tersebut tidak penting sama sekali..:D

    apa yang penting, syarat semua dipenuhi dan aktiviti mempromosi event ini WAJIB bagi semua blogger yang tercalon..tak gitu? :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu .. aku setuju, patutnya yang join dan support mestilah dari arena blog itu sendiri ... byk yang join ni syarikat yang berteraskan keuntungan je.

      Padam
  6. setuju dgn penulisan bro
    jika sekadar bagi award dan sijil ttp perlu buat promosi mmg x berbaloi (walaupun menang) hahaha
    xkan x mampu bg hadiah sikit.. buat hotel hebat2 tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la pasalnya. Saya ingat lepas 3 tahun adalah benda yang best sikit, tapi nampaknya tak nampak pun perubahan ketara .. lebih keuntungan sebelah pihak sahaja.

      Padam
  7. Ohw hadiah trofi n sijil jer? Kesiannya,dh la nak datang jauh2

    BalasPadam
  8. Betul. Bayangkan kalau blogger dari Sabah dan Sarawak.
    Ramai blogger yang mahu diiktiraf, dan ada juga yang tak kisah langsung tentang anugerah macam ni ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ramai blogger yang tak ambil kisah pun, apatah lagi blogger yang sekadar buat blog untuk kongsi cerita semata, dan bukan bertujuan menjadikan blog sebagai sumber income.

      Padam
  9. Memang tak nafikan makin lama makin kurang menarik sebab sama sahaja. saya pun mula kurang berminat..last saya join tahun lepas. Pasal hadiah tu satu hal juga lah ada betulnya org duk jauh2 semata-mata nak ambil trofi & sijil sahaja kalau sijil tu diiktiraf takpe jugakan hehe

    Satu lg salah tu penilaian bukan 100% melalui vote..blog saya menang tahun 2013 bukan saya calonkan sendiri..percalonan saya msa tu mmg saya buat tahu je...tau2 menang..ktiteria peratusan dilihat dari banyak sudut blog juga bukan semata-mata vote dan ada tapisan cuma betul cakap hasrul hassan blogger ni ibarat macam syarat meriahkan majlis & untuk tujuan publisiti diaorg sahaja kot huhu

    Cuma satu sahaja menang MSMW salah satu cara naikkan blog supaya org kenal & dalam masa sama peluang pengiklanan tuk mudah datang..org kata satu platform to achieve performance in blogging :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uikss ... sekali kena komen panjang daa .. hahaha.. mekasih mekasih sebab berikan respon. Harapnya pihak MSMW2015 nampak la ye.

      Padam
  10. PG tak nak komen lebih-lebih, sebab diri sendiri tak pernah nak ambik tahu tentang MSMW ni uncle HH :D. Nampak dan tahu tentang pemenang, say congrats. but since uncle HH kata, da masuk 4 tahun kan MSMW ni? its look like, ada sesetengah perkara, hanya memberikan keuntungan pada sesetengah pihak sahaja. bak kata sis akma omar, setakat nak ambik sijil dan trofi. hopely ada penambahbaikan untuk MSMW diakan datang :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement