Mengingati MH370 Setelah Setahun

Mengingati MH370 setelah setahun. Setahun lalu, siapa yang tidak akan lupa akan tragedi kehilangan MH370 pada 8 Mac 2014. Pesawat penumpang Boeing 777-200ER MH370 ini ghaib secara tiba-tiba dari radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke China. Berlepas dari KLIA pada jam 12:41 pagi dan dijadualkan tiba di China pada jam 6:30 pagi hari yang sama, ia kali terakhir dilihat menerusi radar sedang berpatah balik semasa ia baru sahaja memasuki perairan Laut China Selatan.

Mana hilangnya MH370? Jika dikatakan terhempas, mana bangkainya? Jika anak kapal dan penumpang terkorban, mana jenazahnya? Banyak tanda tanya yang sebenarnya masih tidak terjawab.

Mengingati MH370 Setelah Setahun

Semua persoalan ini hanya akan terjawab bila jumpanya 3 perkara paling penting dalam kehilangan MH370 iaitu bangkai pesawat MH370, mayat anak kapal dan penumpang serta akhir sekali kotak hitam yang merekodkan apa yang berlaku pada pesawat malang ini dari segi teknikal.
Remembering MH370

Tiga perkara ini masih belum ditemui, justeru itu apa yang sebenarnya berlaku pada MH370 tidak dapat dipastikan dengan sebenar-benarnya.

Informasi Terkini Mengenai MH370

Pelbagai teori dan andaian telah muncul, malah disebar luas menerusi media massa, media alternatif serta laman sosial. Namun, semuanya itu hanyalah andaian yang tidak ada satu pun yang benar-benar mempunyai bukti yang konkrit lagi sahih. Segalanya masih kabur antara teori dan hakikat kehilangan MH370.

Sehingga kini, baik keluarga mangsa tragedi MH370 mahupun dunia masih lagi mencari informasi terkini mengenai MH370.

Pihak yang terlibat dalam pencarian bangkai pesawat MH370, masih mempercayai bahawa pesawat malang ini hilang di selatan Lautan Hindi; bersandarkan kepada bukti-bukti teknikal yang telah dikumpul dan diperolehi menerusi radar, simulasi dan pengalaman beberapa pakar penerbangan.

Sehingga entri ini ditulis, pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi telah merangkumi 40 peratus daripada 60,000 km persegi kawasan pencarian; dan kira-kira 208,000 km persegi dari Lautan Hindi telah dipetakan.

Pihak kerajaan Malaysia menegaskan bahawa tiada sebarang informasi yang disembunyikan kepada pengetahuan umum, malah pada 8 Mac 2015, satu laporan interim mengenai tragedi ini telah dikeluarkan sebagai bukti bahawa segala usaha pencarian MH370 adalah telus dan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

Pihak kerajaan Malaysia juga menerusi Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan Factual Information - Safety Investigation of MH370 untuk merujuk kepada prosedur penyiasatan yang dilakukan untuk menentukan kehilangan MH370, yang akhirnya menjurus kepada deklarasi yang telah dibuat pada 29 Januari 2015.

Download Interim Statement of MH370
Download Factual Information - Safety Investigation of MH370

Kami Sentiasa Mendoakan MH370

Mengingati MH370 Setelah Setahun
Mengingati MH370 setelah setahun berlalu bukan sesuatu yang mudah dalam ingatan. Apa yang ada di dalam ingatan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung ialah gambaran bit-bit titik MH370 berpatah balik dan hilang dari radar di Laut China Selatan. Apa yang berlaku selepas itu segalanya hanyalah teori dan bersandarkan kepada data-data yang tidak dapat diterima secara kekal di dalam benak mereka terlibat, kecuali oleh mereka yang berpakaran dalam soal teknikal aviasi pesawat.

Saya dan keluarga akan terus ingat tragedi malang ini. Dan setiap kali kami melihat lambang Wau Bulan di awan biru, pasti kami akan mengingati apa yang telah berlaku kepada MH370.

Al fatihah.


2 comments.. read them below or add one

si bongkok si bongkok March 10, 2015
Misteri yang masih belum terjawab...

Doa kami buat kalian - MH370 Setahun Sudah Berlalu

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.