Langkau ke kandungan utama

Majlis Pernikahan Nooryana Najwa - Daniyar Kessikbayev

Majlis Pernikahan Nooryana Najwa - Daniyar Kessikbayev. Diberitakan bahawa anak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa, akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev pada 19 Mac 2015.

Pasangan ini telah pun bertunang pada Jun tahun 2011 di Seri Perdana, Putrajaya.
Foto tunang Nooryana Najwa - Daniyar Kessikbayev

Majlis Pernikahan Nooryana Najwa - Daniyar Kessikbayev

Majlis pernikahan pasangan ini akan dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia di Seri Perdana, Putrajaya. Dinyatakan juga majlis akad nikah itu akan dilakukan sendiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala, majlis resepsi perkahwinan pasangan Nooryana Najwa - Daniyar Kessikbayev akan diadakan pada 28 Mac 2015 di Kuala Lumpur dan juga di Pekan, Pahang. Anak Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, Nooryana Najwa, 27, merupakan graduan School of Foreign Service lepasan Georgetown University, Washington pada tahun 2011 dan kini sedang berkhidmat dengan sebuah syarikat iaitu Venture Capital.
Anak gadis Perdana Menteri Malaysia keenam ini mengenali Daniyar, berumur 27 tahun, ketika masing-masing menuntut di Amerika Syarikat. Daniyar berasal dari Kazakhstan dan menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.

Keliru Dengan Nama Tunangan Nooryana Najwa

Sebenarnya saya agak keliru sedikit dengan tunangan anak perdana menteri kita ini, dalam laporan terdahulu semasa majlis pertunangan pada tahun 2011, dilaporkan bahawa Nooryana Najwa bertunang dengan Daniyar Nazarbayev; tetapi laporan berita terkini menyebut nama tunangan Nooryana Najwa adalah Daniyar Kessikbayev ... hmm ..

Untuk melihat gambar majlis pernikahan Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev, anda boleh lihat di entri ini - Foto dan Gambar Pernikahan Nooryana Najwa - Daniyar Kessikbayev

Ada sapa-sapa boleh clarify tak? Manalah tahu kot-kot yang baca blog ini orang dari mereka yang lebih tahu .. hoho..




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Tahniah la kepada PM kitew kan..
    Dah nak dapat menantu....
    Mesti majlis besar kan,,,bab nama bakal menantu Pm tu..Kitew tak tau..heheheh

    BalasPadam
  2. ok...tahniahla..dah jodoh gitu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah pada mereka, harap jodoh berpanjangan ..

      Padam
  3. tahniah laa.. sori tak tahu nama bakal menantu PM tuh..

    BalasPadam
  4. ooo... tahniah buat PM kita ... dah dapat menantu.

    BalasPadam
  5. HH...kalau tak silap akak pernah baca tp lupa sumber kt mana,ibu Daniyar telah berkahwin lain setelah berpisah dgn ayah kandung Daniyar, Kesikbayev...Ibu Daniyar kemudian berkahwin dgn Bolat Nazarbayev , masa tu surname ditukar sbb nak guna surname sblh bapa tiri dia...iaitu abg kpd Presiden Kazakhstan..Nursultan Nazarbayev...:)

    BalasPadam
  6. Perkahwinan 2 negara.
    Boleh menyatukan 2 negara.
    Tahniah..

    BalasPadam
  7. Macam seiras la muka diorang kalau senyum..

    BalasPadam
  8. Betul dah tu nama pengantin lelaki tu.
    Daniyar Kessikbayev.
    Tahniah untuk kedua-duanya :)

    Tips Murah Rezeki

    BalasPadam
  9. owh..inilah anak pm kita ye

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …