Kualiti itu penting dari kuantiti. Sejak saya berblogging, saya dapati entri yang berkualiti lebih mudah untuk dapat hits pageviews dan juga dikongsi di laman sosial (LIKE, Google+, Tweet). Berbanding dengan entri tangkap muat sekadar mahu penuhi ruang yang adakala sehingga 5-6 post sehari.

Bukan senang nak menulis entri berkualiti. Tetapi ia juga bukanlah perkara yang sukar. Dengan banyaknya latihan dan perbanyakkan entri yang menekankan kualiti, in Sha Allah, lama kelamaan akan dapat rentak dan cara tersendiri menghasilkan sebuah entri yang ada nilai terbaik untuk pembaca.
Kualiti itu Penting dari Kuantiti

Kualiti Itu Penting Dari Kuantiti

Selama saya menulis blog, ada hari-hari yang saya post atau terbitkan sehingga lebih daripada lima artikel atau blog post. Tetapi, agak kecewa sedikit kerana jumlah pageviews terhasil dari segi puratanya agak tidak memberangsangkan.

Saya pernah menyediakan entri yang memerlukan masa yang agak lama untuk diterbitkan. Panjang entri tersebut juga boleh tahan. Dengan masa diperuntukkan untuk membuat beberapa kajian sendiri, saya dapati entri tersebut berjaya memberikan impak trafik yang sangat baik, lebih baik daripada trafik yang diberikan daripada 5 atau 6 entri lain yang tangkap muat.

Ramai pengunjung suka membaca sesuatu yang menarik bersertakan fakta serta gambar. Apabila mereka mendapati entri tersebut telah memberikan kesan kepada mereka, tanpa rasa segan silu, mereka akan LIKE, Google+ mahupun Tweet. Mereka percaya apa yang telah dibaca itu sesuatu yang unik dan tidak terdapat di blog orang lain.

Jadi, cubalah perbanyakkan entri berkualiti yang ada impak terhadap pembaca dan pengunjung anda. Anda akan tidak percaya apabila entri tersebut menjadi viral dan dibaca oleh mereka yang mahu benar-benar membacanya. :)

Untuk lihat blog-blog yang pentingkan kualiti - cuba lihat senarai Malaysia Best Blog 2015 yang telah saya tampilkan.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Betul tue.

    Lain tuan HH tulis sket ker tulis banyak ker...follower tak dan nak catch up post yg lepas.

    Blogger cap ayam mcm saya kena pelan2 kayuh baru bleh hits agaknya... :)

    BalasPadam
  2. Biasalah, yang susah nak buat tu lah yang berbaloi sekali.
    Cuma mahu kekalkan kualiti tu memang mencabar dan menguji kesabaran diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Pernah ttp blog utk bacaan umum sbb lack idea.

      Padam
  3. Aik? Sama macam blog satu lagi, tak takut kena Panda ke? hehe betul entri berkualiti lagi mudah orang nak share :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog satu lagi? Blog siapa? Kebetulan kot sbb draft entri nie dh lama....hoho...

      Ohh tak takut pun ngan Panda, sbb Panda kat zoo, nak masuk kena byr mahal.

      Padam
  4. For your info, there is no such thing as quality vs quantity. Quantity is part of quality. A simple example, takkan you nak produce one car (with full quality) per year. This come more number. A car manufacturer is considered more quality manufacturer if they produce eg 100, 000 units per year rather than another competitor manufacturing 100 units only. You can with QA people. They are more experts.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aiyo .. dont compare la dengan orang buat kereta maa ... ni saya cakap pasal kualiti vs kuantiti untuk blog. U pernah baca blog yang produce entri 100 per day tak? ada baca blog2 tu tak? If u read them ... so u know apa yang saya maksudkan.

      Btw ... antara kain batik lukisan tangan dengan kain batik cetak mesin ... mana yang better kualiti, sebb kain batik lukis tangan makan masa nak buat, berbanding mesin yang boleh produce 1000 helai kain batik dalam sehari. - if u want to compare lah

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement