Kenapa Ramai Suka Buat Online Business? Saya suka nak kongsikan mengenai tajuk ini kerana saya dapati trend untuk perniagaan masakini ialah bisnes online atau bahasa bukunya perniagaan atas talian. Kenapa bisnes online ini begitu diminati sekarang? Siapa yang dah ada bisnes online mungkin dah siap sedia dengan beberapa jawapan serta fakta yang konkrit lagi keras .. hoho. Tapi buat mereka yang tak tahu dan mungkin nak tahu, in Sha Allah, dalam blog post ini ada jawapannya.

Ada beberapa sebab utama, dan paling utama sekali ialah ianya bermodal rendah dan keduanya ialah bisnes yang berisiko kecil.

Kenapa Ramai Suka Buat Online Business?

Ok. Saya ini bukanlah pakar hal ehwal bisnes, tetapi saya berkawan dengan orang-orang yang ada bisnes. Ada yang berjaya capai kejayaan tak sampai setahun, ada juga yang berjaya setelah bertahun-tahun berniaga. Tetapi di dalam bisnes online ini, ada satu kelebihan - anda boleh berniaga macam-macam benda tanpa gusar sangat mengenai kerugian.
Kenapa Ramai Suka Buat Online Business?

Jika mahu buat untung dengan banyak, dua perkara utama yang saya sebutkan tadi sangatlah penting. Bisnes yang bermula dengan modal yang kecil akan menarik sesiapa sahaja untuk berniaga. Apatah lagi andainya bisnes tersebut boleh menjana untung berlipat kali ganda. Jadi, itulah sebabnya mengapa bisnes online ini ramai yang mahu ceburi - kerana anda tidak memerlukan modal beribu-ribu seperti perniagaan konvensional yang lain. Malah, ada bisnes yang dilakukan secara online tidak memerlukan sesen pun modal niaga!

Perkara keduanya ialah berkaitan risiko. Perniagaan atas talian ini berisiko sangat rendah. Sudahlah anda bermula dengan modal hampir kosong, anda juga tidak memerlukan kedai untuk memulakan bisnes, malah anda tidak perlu pun daftarkan perniagaan anda (namun digalakkan anda daftar bisnes dengan SSM). Kedai tidak perlu, stok bisnes juga anda tidak perlu simpan. Dan kalau ada simpan stok sekalipun, anda tidak perlu sehingga menyewa premis untuk simpanan stok, ianya bisnes yang boleh dilakukan hanya dari rumah.

Perkara-Perkara Dikaitkan Dengan Perniagaan Atas Talian

Sebut sahaja bisnes online, perkara-perkara berikut akan terpacul dalam pemikiran:
  • Modal rendah
  • Risiko rendah
  • Tidak perlu kedai
  • Tidak perlu simpan stok
  • Kos pengiklanan murah
  • Tidak perlu masa yang lama untuk setup bisnes online
  • Mudah
  • Murah
  • Banyak pilihan
  • Boleh dilakukan di mana-mana sahaja
  • Potensi pelanggan melampaui sempadan negara dan masa
 

Bisnes Online - Jual Hampir Apa Sahaja

Namun, apa yang anda lihat adalah bergantung dengan produk yang anda mahu jual secara online. Bisnes online hampir-hampir boleh menjual apa sahaja. Anda boleh jual karipap, belacan, buku, peta, gambar, orang, kanta lekap, seluar dalam, rumah .. malah anda boleh menjual nama bisnes anda secara online. Serius. Online business anda boleh jual hampir semua benda - bezanya halal dan haram, sah di sisi undang-undang atau tidak, beretika atau tidak.

Mahu mulakan bisnes online anda sendiri - carilah produk yang mudah untuk dijual dan terjual. Jangan menjual sesuatu yang sukar untuk dijual, kerana bisnes online itu adalah mudah. Jadi cari produk yang mudah-mudah. Paling mudah anda nak jual ialah minat, hobi, cita-cita dan manfaat.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tak payah fikir cari tempat nak berniaga .. tak payah buka kedai. Kos sewa sekarang bukan main mahal ..

    BalasPadam
  2. betul tu... jual dr mint dan hobi

    BalasPadam
  3. yang penting biz online ni kurang risiko kerugian dan x perlu keluar modal banyak.. :)

    BalasPadam
  4. Dari pandangan saya yang cap ayam nie laa...

    Nak biz internet @ online nie nampak memang senang

    Tapi bila masuk part nak kekalkan momentum perniagaan internet @ online tue yang nampak sukar kalo ilmu setakat cap ayam mcm saya nie..

    Apa pon perniagaan internet @ online ni memang best kalo kena gaya lagi2 kalo terer mcm tuan HH.. :)

    BalasPadam
  5. ya. sebab kos lebih jimat, itu yang buat ramai orang suka benda ni.

    BalasPadam
  6. saya minat berkongsi,lama2 jadi perniagaan online . :)

    shaklee always the best

    BalasPadam
  7. Sebab ia adalah perkara paling mudah, seronok dan duduk dalam air-cond..:)

    BalasPadam
  8. zaman sekaran g ni semua orang nak senang..sebab itu perniagaan online wujud...

    BalasPadam
  9. Mitos bisnes online...kalau jual online, kompem ramai yang akan beli...ehehee

    BalasPadam
  10. Paling best bisness online ialah kedai maya sentiasa bukak 24 jam walau tgh berbaju tidur dan di mana2 sahaja asalkan ada internet. Semuanya hanya di hujung jari

    BalasPadam
  11. untuk pembaharuan sijil perniagaan, portal https://ezybiz.my ni senang je buat online

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement