Ada rakan blogger bertanyakan kenapa saya memilih warna oren untuk blog ini, dan kenapa saya jenamakan warna oren itu agar orang ingat blog oren, akan ingat blog ini. Sebabnya ialah ....

Oren bukan berkaitan dengan pasukan pilihan saya semasa Piala Dunia FIFA2014. Ia tidak berkaitan. Sebenarnya warna oren saya gunakan semasa nak menjenamakan blog ini menjadi sebuah blog panduan untuk blogger blogspot.

Kenapa Pilih Oren Untuk Blog?

Kenapa Pilih Oren Untuk Blog?
Cuba anda perhatikan logo blogspot. Bukankah ia logo berwarna oren yang cun?

Maka, saya kemudiannya menciptakan satu logo untuk blog ini. Saya pernah beritahu, salah satu cara untuk memudahkan penjenamaan dan promosi blog samada secara online dan offline ialah menerusi logo. Logo boleh tempek di dalam kad bisnes, pada pelekat kenderaan, pada banner dan macam-macam lagi ikut kreativiti masing-masing.

Strategi Membawa Tuah

Lepas seketika, saya fikir warna oren telah berjaya membawa blog ini dikenali. Alhamdulilah, satu strategi yang tidak sangka membawa tuah kepada blog ini.

Dan, sementelaah mencari ilmu mengenai kesan warna blog kepada pembaca dan pengunjung; saya telah terbaca satu entri ditulis oleh seorang pakar SEO daripada India. Saya lupa nama dia, rasanya ada bunyi-bunyi Patel .. hehehe. Blogger ini pernah mengatakan bahawa warna boleh memberikan kesan kekal kepada pengunjung blog.

Kesan Warna Terang Seperti Oren

Warna yang dimaksudkan ialah warna-warna terang contohnya oren, biru terang, merah, merah jambu, hijau lumut dan banyak lagi. Warna ini adalah warna-warna yang nampak kontra pada pandangan biasa mata pengunjung tetapi pada masa yang sama ianya menarik.
Kenapa Pilih Oren?
Jadi, inilah sebab kenapa saya memilih oren, walhal hakikatnya ialah saya lebih sukakan warna biru dalam hidup saya, dan saya suka melihat warna kuning pada seorang wanita.

Namun, bila diperiksa isi kandungan gerobok buruk di rumah saya, banyak warna yang ada adalah hitam dan putih, tetapi baju warna oren, kuning, hijau adalah baju paling kerap saya pakai - sehingga ia jadi lusuh walaupun baru enam bulan dibeli hasil duit blogging.

Nah. Dah dapat jawapan kenapa dan mengapa memilih oren. Saya harap anda dapat serap beberapa tips berkaitan blogging di dalam entri ini.

Chaiyok.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya pun oren juga.....walaupun sakit mata tengok tapi saya cabar diri untuk kekal warna oren sejak dari memula beblog sampai sekarang ni. oren dan saya berpisah tiada...haaaa....gituuuuuuu....hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeahh .. geng oren memang kaki ambil gambar .. hahahaa

      Padam
  2. Kalau hyperactive ni, doctor mesti tak sarankan warna oren ni. hehehe

    BalasPadam
  3. oren memang cantik..ada aura tersendiri . :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Air oren pun sedap diminum time2 panas terik ni .. hehehe

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement