Karektor Warna Untuk Popularkan Blog Dengan Mudah

Satu tips blogging yang mahu saya kongsikan. Ia mengenai karektor warna. Karektor warna yang kuat boleh bantu anda untuk mempromosi dan mempopularkan blog. Ia salah satu teknik penjenamaan blog supaya lebih mudah dikenali dan diingati.

Sebelum ini, saya dah bercerita tentang pentingnya memilih nama blog yang mudah, pendek dan diingati. Nama blog sahaja tidak cukup untuk berikan impak yang kuat bagi mempopularkan blog anda. Selain nama blog, URL blog anda adalah perkara asas penting untuk bantu anda jenamakan dan mempromosikan blog.
Karektor warna untuk jenama, promosi dan perkenalkan blog
Bayangkan blog anda nama - Ini Adalah Kisah Kehidupan Aku Di Kampung Kacak Lelaki. Lepas tu, URL blog pula - kisahkehidupandikampungkacaklelaki.blogspot.com. Panjang betul. Nak tulis dalam kad nama blogger pun tak muat. Jadi, kena pilih nama blog dan URL blog yang sesuai dan bertepatan.

Itu adalah 2 perkara asas awal menulis blog sendiri yang perlu anda tahu. Jika asas ini salah, maka segala proses untuk memperkenalkan blog dan mempromosikan ia akan bawa satu masalah nanti. Ia mungkin penyebab blog anda sukar mendapat tempat dalam dunia blogger Malaysia.

Ok.

Karektor Warna Popularkan Blog

Karektor Warna Popularkan Blog
Tadi saya ada katakan mengenai karektor warna. Tahukah bahawa warna boleh simbolikkan blog anda untuk orang ingat dengan mudah? Contohnya blog saya, menggunakan warna oren untuk proses dikenali dan promosi. Saya gunakan warna ini kerana jarang ada blog yang gunakan. Lagipun ia merupakan warna terang yang mudah mata kita menangkap lalu disimpan dalam korteks otak yang simpan maklumat berkaitan warna.

Warna Buatkan Blog Itu Unik

Saya pernah kata, warna boleh jadikan blog anda unik dan punyai tarikan tersendiri. Tak perlu saya nak ulas panjang, anda boleh lihat bagaimana pengaruh warna ini telah mempromosikan blog RedMummy sehingga dikenali seluruh Asia Tenggara.
teknik promosi dan popularkan blog menggunakan karektor warna
Begitu juga dengan blog AbangEnsem.com; karektor warna merah jambu sedikit sebanyak beri impak pada memori kita. Ingat blog merah jambu, terus terbayang blog AbangEnsem.com yang ada karektor warna ini. Kita dah tak fikir mengenai awek, tetapi seorang lelaki bermisai yang pakar dalam bidang buat duit hartanah ini.

Tidak Perlu Tukar Nama Blog atau URL Blog

Itulah juga konsep yang saya cuba buat untuk blog ini. Saya tidak tukar URL blog atau tukar nama blog kepada Blog Oren atau Blog Lelaki Oren. Tetapi cukup sekadar menyerlahkan warna oren itu di header blog ini. Biar ia nampak sangat ketara daripada yang lain.

Pengunjung buka blog saya akan nampak warna oren.  Profile di Facebook Page juga saya gunakan oren. Pengulangan oren yang mengaitkan diri dan blog saya telah membuatkan orang akan ingat - blog oren - blog hasrulhassan.com. Simple.
Penjenamaan dan promosi blog menggunakan warna
Saya juga letakkan warna oren dalam kad bisnes blogger saya. Warna oren yang dominan, yang menyerlah, bila dikuis-kuis deretan kad bisnes, akan nampak kad bisnes saya yang kaler oren. Oren akan tambat mata untuk melihat lagi dan lagi.

Maka, gunakan karektor warna untuk jenamakan blog anda. Gunakan dalam apa jua ciri yang menjurus kepada diri dan blog anda. Warna latar profile Facebook. Google Plus, Facebook Page dan sebagainya, termasuk twitter.

Jadikan ia warna milik anda di dalam dunia blog Malaysia.

{ 18 comments.. read them below or add one }

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid March 02, 2015
saya masih setia pada pink dan juga pada bubblynotes... ringkas dan mudah...
DYatie ABakar DYatie ABakar March 02, 2015
Thank yoy for this tip sifu!
Bisnis Borneo Bisnis Borneo March 02, 2015
keren bro info nya saya juga setuju dengan warna yang anda sampaikan ni..... salam visit juga bisnis borneo dan ditunggo koment balik ^_^
Lyssa Faizureen Lyssa Faizureen March 02, 2015
nice color of blog hasrulhassan.com ^^
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 02, 2015
Yeah. Itu yang buatkan blog bubblynotes makin dikenali sekarang.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 02, 2015
No problem. Semuga dimanfaatkan pengetahuan ini untuk majukan blog dengan lebih aktif lagi.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 02, 2015
Terrima kasih Lyssa .. ehemm dah mula menulis balik ehh?
blogger lelaki blogger lelaki March 02, 2015
salah satu faktor tu bro
Amir Aiman Akashah Amir Aiman Akashah March 03, 2015
blog bersawang sy pun kaler oren gak bang
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah March 03, 2015
blog saya hitam putih..belum ada perubahan warna yang melampau..
Lyssa Faizureen Lyssa Faizureen March 03, 2015
yuppp . dah mula menulis blk , since dah tak berapa nak busy sgt skrg ... tapi tak de laa seaktif macam dulu2 :)

^_^
SN #ARSENALTEGAR SN #ARSENALTEGAR March 04, 2015
Tips berguna yang padat! Terima kasih :)
si bongkok si bongkok March 04, 2015
ooo..kena pilih kaler gak heh baru ngancam blog..

saya tak pasti laa kenapa tuan hh pilih kaler oren sbg warna tema tapi saya andaikan mungkin tuan hh minat arjen robben dari negara oranje tue kott..

Blog cap ayam saya kaler biru2 cair campur kelabu asap sket...ngancam aa bagi saya..tp orang lain mcm tak suka jek...hmmm

Maklum aa minat mario balottelli dari italy..tue pilih kaler biru2 pucat lesu nie..
Bisnis Krakatau Bisnis Krakatau March 22, 2015
mantabz gan informasinya, saya sependapat dengan warnanya...salam visit juga bisnis krakatau dan ditunggu komen baliknaya :D
jakc forest jakc forest March 23, 2015
wah,, info rmasi yang menarik nih gan, mau coba juga ntar kalau ada waktu... mampir ya di blog sederhana saya ^_^
AST AST July 02, 2015
saya lebih suka color putih! :D
Ide bisnis camilan unik dan murah dari tahu Ide bisnis camilan unik dan murah dari tahu November 17, 2016
Salam admin, Setelah membaca artikel Anda Saya suka dengan topik Anda. Sangat membantu sekali dan bisa dijadikan sumber referensi . Saya berharap orang lain dapat merasakan manfaat yang sama seperti saya, saya akan menunggu update artikel berikutnya. Terima kasih untuk berbagi

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.