Iklan bukan sekadar menjual. Ramai yang fikir bahawa dengan adanya iklan, ia akan menjual sesuatu. Tapi sebenarnya tujuan lain pengiklanan ialah untuk membina jenama. Ada syarikat yang tidak menjual apa-apa pun, tetapi mereka menggunakan iklan untuk menjenamakan syarikat mereka agar dikenali.

Kebanyakkan yang menggunakan iklan untuk bukan tujuan menjual ini, selalunya terdiri dari syarikat yang mahukan pendedahan mengenai kewujudan mereka. Begitulah juga dengan sesetengah rakan blogger yang mahu blog mereka dikenali. Mereka menggunakan iklan untuk memudahkan orang mengingati dan mengetahui akan wujudnya blog mereka. Contoh terbaik ialah Malaysia Best Blog 2015.

Iklan Bukan Sekadar Menjual

Iklan Bukan Sekadar Menjual

Di dalam dunia online, pengiklanan juga dibuat untuk membina backlink yang bagus. Ini bermakna, pengiklanan online akan berikan tiga kelebihan, membina backlink, penjenamaan dan sudah tentu untuk menjual produk dan servis.

Cuba anda lihat ruang pengiklanan blog ini. Samada anda perasan atau tidak, banner iklan mengenai KLEZCar sudah berada agak lama di bahagian atas sidebar blog. Tuan punya iklan tersebut bukan mahu sangat membuat jualan menerusi banner iklan yang diletakkan di blog ini, tetapi lebih kepada dua tujuan yang saya sebutkan tadi - penjenamaan dan juga untuk bina backlink yang baik.
Iklan Bukan Sekadar Menjual

Iklan KLEZCar telah memberikan impak yang bagus sehingga memudahkan laman web KLEZCar berada di page utama Google, dan sering kali muncul sebagai top rank #1 untuk kata carian tertentu berkaitan servis kereta sewa yang dijalankan.

Banner Visual Lebih Mudah Diingati

Banner iklan yang ditayang secara berterusan itu akan terus divisualisasikan di dalam ingatan pengunjung blog sehingga jenama itu kekal dalam ingatan. Apabila ini berlaku, proses penjenamaan yang telah dibuat akan memudahkan orang ingat - nak sewa kereta di KL akan ingat KLEZCar. Tak perlu nak Google, hanya terus taip KLEZCar untuk mendapat servis kereta sewa yang terbaik.

Iklan untuk penjemaan akan membina persepsi ianya adalah sesuatu yang dipercayai. Apatah lagi apabila banner iklan online ini diletakkan di blog-blog yang telahpun mempunyai pengaruh dan autoriti kepercayaan kuat para pengunjung dan pembacanya.

Syor Untuk Rakan Blogger Meningkatkan Penjenamaan Blog

Saya suka syorkan kepada rakan-rakan blogger untuk menggunakan platform iklan online ini untuk bantu dalam proses penjenamaan blog anda. Ada 2 jenis iklan online yang bagus untuk penjenamaan, satu menerusi banner iklan, dan keduanya menerusi review dan advertorial. Ambil peluang tersebut dari rakan-rakan blogger yang lain untuk menaikkan dan perkenalkan blog anda.

Di tahun-tahun awal saya menulis blog, saya sering menggunakan pendekatan giveaway dan kontest untuk tujuan penjenamaan ini. Teknik yang saya gunakan ialah cipta banner segmen atau kontest unik yang ada logo dan ada tagline. Libatkan ramai blogger samada baru mahupun lama untuk join kontest yang dianjurkan. Minta mereka letakkan banner sebagai syarat untuk sertai, in Sha Allah, selain anda bina backlinks untuk blog, anda juga sebenarnya sedang memperkenalkan blog menerusi banner 'iklan' yang dimestikan. Nah .. ini satu contoh iklan yang bukan menjual tetapi lebih untuk mempromosikan blog anda.

Harapnya anda nampak apa yang cuba saya nak sampaikan ini. Semoga berjaya.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dah nampak yang tuan HH ingin sampaikan.
    tunggu masa untuk meneruskan usaha saja... hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement