Identiti dan profil anda sebenarnya wajar diletakkan di dalam blog kerana ianya adalah bagus untuk SEO (Search Engine Optimization). Saya ada ceritakan mengenai lima elemen statik yang penting diletakkan di dalam blog terutama blogspot bagi membolehkan Google menyenaraikan blog dan entri-entri yang anda tulis berada di top enjin carian, anda boleh baca entri sebelum ini bertajuk - Teknik Simple Menjadikan Blog Mesra SEO

Anda boleh cuba gunakan teknik meletakkan profile di bawah setiap entri seperti yang saya tunjukkan di dalam entri Kotak Mengenai Penulis Bawah Entri. Ini antara tips terbaik untuk membolehkan blog anda mendapat autoriti tinggi, apatah lagi seandainya anda letakkan kata kunci atau keyword yang sama dengan blog anda di dalam kotak mengenai penulis itu.

Identiti Profil Bagus Untuk SEO

Identiti Profil Bagus Untuk SEO

Ok. Saya dah bocorkan satu rahsia penting untuk jadikan blog anda sebuah blog yang berautoriti. Haa .. tak tahu apa itu blog yang ada autoriti, anda boleh cuba Google sendiri. Lagi banyak maklumat anda dapat mengenai teknik blog autoriti, maka lebih baik untuk blog anda.. hoho.

Google Percaya, Pengunjung Pun Percaya

Identiti diri anda dalam blog perlu ditampilkan supaya orang tahu siapa pemilik blog. Dan dalam bab SEO, kepercayaan itu satu perkara yang penting. Jika blog anda tidak dipercayai, takkan Google mahu letakkan di top rank carian mereka? Identiti blogger atau penulis blog yang diletakkan dalam blog akan menyerlahkan kepercayaan ini.

Ini adalah antara sebab mengapa Google dan Blogger.com memperkenalkan Google Plus Profile di dalam widget blogspot anda, ia adalah salah satu langkah yang diambil oleh Google agar semua pemilik blog menggunakannya bagi menjadikan ia sebagai identiti profil digunakan bagi tujuan SEO.

Letakkan tag profile diri anda di dalam meta tag blog anda seperti di bawah ini:
Cara letak profil blog untuk kelebihan SEO dan Autoriti blog
Daripada contoh di atas, anda dapat lihat saya letakkan dua identiti diri - profile Facebook, dan juga profile Google Plus. Saya letakkan kod HTML di bahagian head blogspot saya ini. Dua-dua saya hubungkan di antaranya. Di dalam profile FB saya letakkan link blog ini, dan begitu juga di dalam Google Plus.

Anda boleh gunakan cara yang sama, hanya gantikan link url untuk Google Plus Profile anda, dan gantikan numeric id FB untuk akaun Facebook anda.

Ok ye.

25 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. widget google plus profile tu berat tak bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat Gua guna ... ok je .. tu ada kat tepi tu .. hoho

      Padam
  2. Template blognya kok bagus ya, ini premium kah?

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Terima kasih. Takkan sekadar mengiklan Mas?

      Padam
  4. Balasan
    1. Terima kasih ya, kumpulan rakan2 blogger dari Indonesia.

      Padam
  5. Ena pun letak Google plus sebagai profile Blog ena... tapi meta tag tu belum ena letak.. nak buat la.. mekaceh abg HH

    BalasPadam
  6. Betul la.
    Rasa lebih percaya dan yakin pada tuan blog bila ada profile bergambar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, nak lagi yakin, letak gambar paling kacak dan paling cun pastu dengan memek muka paling kiut .. hoho :P

      Padam
  7. Betul dan langkah tepat yang sepatutnya dilakukan semua blogger..

    BalasPadam
  8. Setuju, orang lagi yakin dengan blog tu, taklah tertanya-tanya, siapakah pemilik misteri itu.

    Harus digodek sebab pakai wordpress.

    Thanks for the the tips, tn. HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini untuk tips tips ... harap dapat jadi malaysia best blog 2015 .. hoho

      Padam
  9. saya memang suka letak supaya orang kenal siapa penulis blognya

    BalasPadam
  10. Tip yang bagus... mintak ilmu ye HH

    BalasPadam
  11. identiti dah ada ... cuma perlu dikemaskini lagi... hehehe

    BalasPadam
  12. Okay baru baca. Masih newbie. Still belajar ..

    Thanks for this HH ..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement