Harga Tambang Teksi KL, Penang, Johor Bahru Terkini 2015

Kadar harga tambang teksi terkini bagi Lembah Klang, Penang dan Johor Bahru berkuat-kuasa serta-merta 19 Mac 2015. Ramai rakyat Malaysia telah pun sedia maklum bahawa pihak kerajaan di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah bersetuju untuk menaikkan kadar tambang teksi bagi Lembah Klang, Penang dan juga Johor Bahru berkuat-kuasa serta merta.

Kenaikan tersebut melibatkan perkhidmatan teksi - Teksi 1 Malaysia (TEKS1M), teksi bajet dan juga kereta sewa yang beroperasi di Semenanjung Malaysia. Kadar kenaikan tambang yang diumumkan adalah di antara 20 peratus hingga 67 peratus.
Harga Tambang Teksi KL, Penang, Johor Bahru Terkini 2015

Walaubagaimanapun, tiada kenaikan bagi kadar tambang teksi lapangan terbang berserta teksi eksekutif. Dan hanya teksi-teksi yang telah dihantar ke PUSPAKOM untuk kaliberasi (calibrated) meter sahaja dibenarkan untuk menggunakan tambang baru ini.

Harga Tambang Teksi KL, Penang, Johor Bahru Terkini 2015


Harga terkini bagi kadar tambang teksi untuk sekitar teksi Lembah Klang, Penang dan Johor Bahru adalah seperti jadual di bawah.
Jadual Harga Tambang Teksi KL, Penang, Johor Bahru Terkini 2015

Secara amnya, mana-mana penumpang yang menaiki teksi dalam jarak 5 km, akan dikenakan tambang sekitar RM1.50 hingga RM3.50 atau lebih (tidak termasuk surcaj jika ada). Manakala bagi perjalanan atau trip berjarak 10 km, penumpang boleh jangkakan untuk membayar tambang sekitar RM3.50 hingga RM6.70 atau lebih.

Harga baharu yang ditetapkan ini adalah merupakan harga yang telah dipersetujui bersandarkan kepada kajian yang telah dilakukan oleh pihak SPAD merangkumi kos operasi, tenaga buruh, harga petrol diesel serta alat ganti teksi dan kereta sewa.

Ini merupakan harga tambang teksi terkini sejak tidak alami sebarang kenaikan atau semakan harga tambang teksi sejak tahun 2009.

4 comments.. read them below or add one

Dunia Zumal Dunia Zumal March 20, 2015
Kalau kat Perlis zumal naik teksi pergi hospital RM10 dah lama walaupun jarak hanya kurang 3km dari rumah. Meter tak ada, tambang ikut mulut dorang jew. Lepas kenaikan nie entahkan naik juga tambangnya ^-^
Afidah Azmi Afidah Azmi March 20, 2015
Ada kebaikkan dan keburukkannya.
izzeyda izzeyda March 20, 2015
wahh lepas nih nak naik teksi kat Penang nih, kena pikir banyak kali laa.. hari tuh naik teksi pun kena bayar rm40 dari umah ke stesen bas tak ingat jaraknya.. tapi tak laa jauh sangat pun..
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah March 21, 2015
lama tak naik teksi sejak dapat pindah ke banting ni, dulu masa duk KL memang ni la pengangkutan wajib CN

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.