Ahhh sudah, tiba-tiba gambar tidak boleh upload ke blog untuk entri baru. Mengapa berlaku begini? Ada rakan blogger bertanyakan hal ini kepada saya, mengapa dia nak post entri baru di dalam blog tetapi tak boleh nak letak gambar.

Ok. Pertama sekali, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Jangan panik bila berhadapan situasi sebegini. Ini adalah antara perkara-perkara normal bila anda menggunakan servis blogging guna platform percuma terutama sekali blogspot.

Seperti juga saya, masalah-masalah ini akan berlaku. Tidak kerap, tetapi akan berlaku. Ada beberapa langkah penyelesaian yang boleh anda cuba. Saya sendiri telah mencuba beberapa pendekatan ini, dan alhamdulillah, ianya berjaya menyelesaikan masalah gambar tidak boleh upload ke blog. Ini adalah kerana kadangkala masalah ini bermula dengan kita sendiri, yang kita tidak sedar.

Gambar Tidak Boleh Upload ke Blog

Gambar Tidak Boleh Upload ke Blog
Masalah-masalah berkaitan gambar tidak boleh upload ke blog (blogspot) ketika mahu menulis entri baru dikesan berpunca daripada beberapa hal berikut:

Tidak Update Pelayar Internet

Apabila anda tidak update pelayar internet, kadangkala ia tidak serasi dengan editor blogspot yang baharu. Apabila hal ini berlaku, sesetengah fungsi di dalam bahagian editor terutama bahagian what you see is what you get (WYSIWSG) iaitu ruangan Compose akan tidak berfungsi dengan sepatutnya. Fungsi yang saya maksudkan termasuklah bahagian untuk upload gambar dan video. Malah, kadangkala fungsi alt dan description pada gambar juga tidak boleh dimasukkan dalam entri.
Gambar Tidak Boleh Upload ke Blog
Tidak pasti samada pelayar internet anda itu adalah yang terkini? Uninstall dan install semula.

Memori Komputer Tidak Cukup

Salah satu sebab lain gambar tidak boleh upload ke blog ialah kerana memori komputer anda yang sudah kritikal. Segala sumber berkaitan grafik telah memenuhi ruang memori komputer anda, maka seharusnya anda samada clear memory ataupun menambah keupayaan memori komputer. Cara paling mudah, ringkas dan cepat ialah dengan kosongkan memori RAM komputer anda.

Saiz Gambar Terlalu Besar

Saiz gambar yang terlalu besar kadangkala menjadi masalah apabila anda mahu letakkan gambar di dalam entri baru anda. Maka, pastikan saiz gambar anda adalah mengikut keperluan entri dan saiz yang tidak membebankan memori komputer mahupun blog anda.

Jenis Gambar

Ada blogger yang kurang peka dengan perkara ini. Bukan semua jenis gambar atau video boleh dimuatkan di dalam blogspot. Sila periksa dan tentusahkan jenis gambar anda samada dalam bentuk Tiff, Jpeg, Gif atau PNG.

Ok. Itu adalah antara beberapa sebab yang boleh saya terfikirkan mengapa gambar tidak boleh upload ke blog atau dimuatkan ke dalam entri baru.

Kadangkala juga, ia ada kaitan dengan masalah HTML blogspot anda yang mempunyai koding menghalang pemuatan gambar dalam ruangan compose. Jadi, pastikan anda membuat backup terkini terhadap template blogspot anda.

Ingatan penting. Jangan panik kalau tiba-tiba masalah ini berlaku. Cuba lakukan tips yang telah saya berikan, dan berikan masa selama beberapa hari. Dalam pada itu, teruskan menulis entri seperti biasa sehingga keadaan pulih seperti sediakala.

Jika ia berlarutan agak lama, cari template lain, atau muat naik backup template yang telah anda buat sebelum ini.

Semoga bermanfaat.


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Pernah sekali tak boleh upload gambar dalam blog, baru saya perasan saiz gambar tu besar sangat, lepas kecikkan baru boleh upload.

    BalasPadam
  2. saya hadapi masalah ni sekarang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement