Gambar dan foto pernikahan Nooryana Najwa - Daniyar Kessikbayev. Sekalung tahniah buat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib kerana menerima menantu baru - Daniyar Kessikbayev hasil pernikahan dengan anak beliau bernama Nooryana Najwa.

Majlis pernikahan Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessikbayev telah dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya, pada malam Khamis 19 Mac 2015. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib manakala adik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Johari dan Datuk Mohamed Nizam, menjadi saksi akad nikah.

Beberapa gambar dan foto pernikahan pasangan Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessikbayev telah dikongsikan oleh portal MStar Online.

Gambar Pernikahan Nooryana Najwa - Daniyar Kessikbayev

Gambar Pernikahan Nooryana Najwa - Daniyar Kessikbayev
Gambar Pernikahan Nooryana Najwa - Daniyar Kessikbayev
Gambar Pernikahan Nooryana Najwa - Daniyar Kessikbayev
Majlis akad nikah Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev turut disaksikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr.Sirajuddin Suhaimi, yang menguruskan majlis akad nikah tersebut. Manakala, takliq lafaz nikah dibacakan Daniyar di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abd Manaf Mat yang sebelum itu membacakan doa.

Ramai tetamu hadir ke majlis akad nikah yang bermula jam 9 malam di Seri Perdana. Ini termasuklah kerabat-kerabat di raja berserta menteri-menteri kabinet. Saya difahamkan majlis resepsi akan diadakan di Kuala Lumpur dan juga di Pekan pada penghujung bulan Mac 2015.

Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Tahniah buat Perdana Menteri, dan tahniah serta selamat pengantin baru buat kedua mempelai. Amin.
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

7 Komen

Ada dapat whatsapp yang megatakan hantaran 500,00.00USD.. urmmm... banyaknyeee

Reply

bak kata ustaz kazim,kalau dah jodoh ..

Reply

tahniah kpd pm dapat menantu ;)

Reply

Semoga menjadi keluarga SAMAWA.aamiin

Reply

merasa org jauh jadi menantu PM yer....

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.