Bursary penajaan untuk pelajar cemerlang SPM 2014 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bursary Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah merupakan penajaan di peringkat persediaan di dalam negara sebelum pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di universiti sama ada di dalam atau luar negara.

Bursary ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2014 yang memperoleh keputusan cemerlan g 9A+ dan ke atas. Mana-mana pelajar cemerlang yang layak untuk menerima bursary ini mestilah mendaftar dan menyemak status secara online.

Bursary Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah merupakan penajaan di peringkat persediaan di dalam negara sebelum pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di universiti sama ada di dalam atau luar negara.

Bursary Penajaan Pelajar Cemerlang SPM 2014 KPM

Bursary Penajaan Pelajar Cemerlang SPM 2014 KPM

Pelajar cemerlang SPM 2014 yang menerima Bursary KPM layak mendapat penajaan berikut:
  • Pembiayaan yuran pengajian di institusi persediaan
  • Elaun Sara Hidup sebanyak RM430.00 sebulan

Program persediaan yang boleh diikuti pelajar seperti berikut:
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
  • Matrikulasi 
  • Asasi di IPTA
  • International Baccalaureate 
  • A-Level 
Untuk pendaftaran online dan semakan status, boleh terus ke laman web ini - Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2014

Ia akan boleh diakses mulai 4 Mac 2015, iaitu sehari selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2014.

Sebarang pertanyaan berhubung penajaan peringkat persediaan , sila hubungi:
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Tajaan Pendidikan
03-8321 7086
bt.bursary@moe.gov.my

Manakala bagi pertanyaan berhubung penajaan peringkat ijazah pertama di dalam atau luar negara setelah menamatkan pengajian peringkat persediaan. Sila hubungi:

Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Talian: 03-88853550 / 0388853489 / 03-88853297 / 0388853436 / 03-88853686
bursary@jpa.gov.my.

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

1 Komen :

Alhamdulillah, suatu pengiktirafan buat lepasan SPM yang cemerlang sebelum melangkah ke IPT. Dengan adanya pengiktirafan ini diharap dapat membakar semangat adik-adik untuk menjadi pelajar cmerlang.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.