Blogger Tipu Blogger, Bukan Benda Baru Berlaku

Blogger tipu blogger. Benda dan isu yang bukan baru berlaku. Tapi memang dah berlaku sejak bertahun dahulu. Saya bukan mahu kaitkan nama sesiapa, tetapi adalah wajar sebagai salah seorang blogger yang dah ramai anggap macam pakcik derang, eloklah saya peringatkan. Kita kan mudah lupa, sebab terlupalah ada blogger yang kena tipu, dan ada blogger secara tak sengapa menipu blogger lain. Erkk ..

Blogger juga manusia. Salah silap akan berlaku. Lupa juga dah macam penyakit dah. Benda dan isu yang selalu ramai orang beritahu ulangkali tapi masih ada juga yang kena tipu dan menipu.

Blogger Tipu Blogger

Blogger Tipu Blogger, Bukan Benda Baru Berlaku
Tipu itu berdosa. Ada dua dosa - dosa pada Tuhan, dan dosa pada orang kena tipu. Berat. Sebab nak mohon dosa diampunkan kepada minta pada Tuhan, dan minta maaf pada yang kena tipu. Kalau yang kena tipu tak ampunkan dosa, tak maafkan segala perbuatan, berat nanang tu.

Blogger tipu blogger kadangkala berlaku tanpa sengaja. Kenapa saya kata begitu? Sebab ada masa isu penipuan yang berbangkit berkaitan pihak ketiga. Serius saya pun pernah berada di dalam situasi di mana orang kata saya sebagai blogger penipu. Terkesan ooo pada jiwa raga bila orang cap dan cop kita sebagai seorang blogger penipu.

Elakkan Busukkan Nama Blogger

Blogger Tipu Blogger, Bukan Benda Baru Berlaku
Nak bawa nama busuk dalam dunia blogger macam tu? Sudah tentulah tidak sesekali, ye tak? Jika mak ayah saya tahu saya perangai penipu orang lain, tentu sedih menangis mereka. Nak mak pak menangis macam tu? Lebih-lebih mak yang kandungkan kita ... sanggup lihat mak kita menitiskan air mata bila dapat tahu anaknya kaki penipu jadi blogger dalam dunia online? Hanya orang tak ada perasaan pun yang buat tak tahu.

Saya tak sanggup. Saya tak sanggup busukkan nama sendiri, dan tak sanggup orang panggil saya blogger busuk .. hoho .. buatkan mak menangis, mohon Allah S.W.T hindarkan.

Isu Penipuan Melibatkan Blogger Malaysia

Antara isu penipuan yang kerap berlaku dalam dunia blog Malaysia:

  • Anjur kontest, tapi hadiah kontest tak dapat pada pemenang.
  • Anjur giveaway, tapi dapat hadiah yang lain daripada hadiah giveaway.
  • Kata nak sponsor tapi tak jadi sponsor bila satu-satu kempen itu berakhir. Dapat promosi percuma tapi habuk pun tak ada pada yang dikatakan dapat sponsor.
  • Blogger A kata nak kerjasama dengan blogger B. Blogger A buat benda tu, tapi blogger B tak buat. (contohnya tukar backlink atau kongsi bloglist).
  • Entri letak tajuk sekian-sekian, ada tips best katanya, tapi bila sekian-sekian buat, tak jadi apa. Paling teruk, buka entri tak ada apa .. segalanya bohong, letak tajuk ke untuk pancing pelawat.

Kes penipuan blogger, ada yang kes besar seperti kes seorang blogger ini gunakan nama blogger-blogger terkenal Malaysia untuk satu projek dan kempen advertorial. Kena bayar pulak tu untuk join kempen, last-last apa yang dapat? Kena maki dengan rakan-rakan lain yang tidak tahu selok belok.

Beringatlah. Kena hati-hati dan waspada. Kadangkala ada ketika, dah cukup hati-hati dah, tapi terkena juga.

Cari Jalan Penyelesaian Terbaik

Dah terkena, saya harap tidaklah ada yang memburuk dan membusukan nama. Ada jalan penyelesaian, sebab mana-mana masalah berlaku kat dunia ni; Allah S.W.T dah beritahu ada penawar dan jalan selesai. Usaha ke arah itu. In Sha Allah, hidup akan lebih diberkati, dan Allah akan lindungi diri dari terkena tipu lagi.

Kadangkala sikap kita ini yang menjadikan diri kita selalu kena tipu oleh kaki penipu. Dan kaki penipu pula, jika kita tidak bantu dia untuk ubah, sampai ke liang lahad pun dia akan terus menipu orang lain, maka tangguangjawab kita juga untuk ingat mengingati, bukan mengeji, adu domba sehingga yang kecil jadi besar, dan besar jadi parah.

In Sha Allah. Kita usaha sama-sama jadikan dunia blog sesuatu yang seronok dan jambatan ke arah kebaikan dunia dan akhirat.


{ 8 comments.. read them below or add one }

Noah Iman Noah Iman March 01, 2015
isk2 teruknya....

singgah sebentar

http://electricalsembangkosong.blogspot.com/2014/11/buat-duit-dengan-hanya-bermain-games.html
ABD KADIR Rusdi ABD KADIR Rusdi March 01, 2015
memang banayk sekali penipuan ada juga penipuan money changer dulu sahabat saya uangnya dibawa lari
reezluv reezluv March 01, 2015
oho..banyak juga rupanya kes blogger tipu blogger ni..aha..
guliroket guliroket March 01, 2015
siapa yang kena tipu-tipu nih..
si bongkok si bongkok March 02, 2015
Puas saya fikir tapi tak dapat jawapan..

Mana lagi teruk...

blogger tipu blogger DENGAN

blogger tipu reader?

P/s : Terima kasih atas peringatan yang diberikan tuan hasrul.

HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 02, 2015
Ada kes main ribu2 seorang blogger tipu blogger lain ... :) boleh baca entri lama-lama saya mengenai kes ni ..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.