Langkau ke kandungan utama

Bila Suami House Husband Memasak Di Rumah

Siapa kata lelaki house husband macam saya tak boleh masak seaneka resepi? Hoho, memasak tak susah mana, apa yang perlu hanyalah asas untuk memasak sesuatu, kenal rempah ratus serba sedikit, tahu apa itu menumis, tahu apa itu santan, tahu jenis-jenis ikan, in Sha Allah, resepi simple boleh jadi resepi kegemaran seisi keluarga.

Ok. Apabila saya nak mudah, cepat, senang dan pada masa sama semua selera dipenuhi, maka saya akan sediakan resepi-resepi mudah untuk hidangan keluarga.

Baru-baru ini, saya sediakan hidangan yang saya fikir ramai boleh sediakan. Resepi semuanya mudah-mudah, anda boleh Google je resepi di internet, tak pun terus sahaja rujuk beberapa blog resepi dan masakan terbaik di Malaysia antaranya Dapur Tanpa Sempadan, Kak Ina KL, dan juga laman KongsiResepi.com

Bila Suami House Husband Memasak Di Rumah

Nah bila saya memasak, inilah hasilnya. Tak macam-macam pun, kalau anda lihat pun, saya fikir boleh kot buat segalanya .. in Sha Allah.
Bila suami house husband memasak di rumah
Resepi mudah hidangan seisi keluarga ialah ikan bakar. Dalam menu di atas, saya gunakan ikan Tilapia Merah, wife saya tak makan ikan ni, tapi anak-anak saya suka sangat. Jadi, disebabkan itu, saya masakkan menu lain.
Bila suami house husband memasak di rumah
Bila suami house husband memasak di rumah
Atas request wife, saya sediakan menu ikan rebus masak sambal. Senang je resepi ikan rebus masak sambal ni. Hanya perlukan ikan rebus yang digoreng, kemudian masukkan sambal ... tak pun cili giling atau cili kisar. Bubuh bawang, dan bubuh asam sedikit. Kalau nak nampak sedikit pekat, masukkan sedikit sos cili. Perghhhh ... lagi pedas lagi syok resepi ni sebab dipadankan dengan rasa masin ikan rebus.

Disebabkan kadangkala wife tak tahan pedas, saya sediakan juga ikan goreng.

Kemudian, saya sediakan pula masak lemak pucuk labu, dicampurkan sekali dengan hirisan Jantung Pisang dan keledek. Pucuk labu dan keledek saya beli semasa bercuti ke Cameron Highlands. Syok layan .... hoho.

Bila suami house husband memasak di rumah
Bila suami house husband memasak di rumah
Tak susah, in Sha Allah, masakan menu begini simple dan menyelerakan... hoho.

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. wah ! terbaikk punya menu dari house husband ! CN pn suka request gak masakan dari suami, kadang2 nak gak rehat dari memasak kan ;)

    BalasPadam
  2. okeylah ni bro..gua ni reti maska meggi je atau goreng ayam dgn ikan je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Pelan-pelan belajar lo .. :P

      Padam
  3. huish... sedap giler semua nih... untungnya wife dan anak2 sifu... sy tengok pun terliur memalam singgah sini ni haa... baru teringat... Codi Belle lom minum... huhu... Slmt malam sifu. Tahniah masakan sedap... Terbaiklah suami mithali ni...

    BalasPadam
  4. Pergh...kecor gak tgk menu2 tue...asam pedas ker sweet sour tue tuan HH?

    Ikan tue buang isi perut jek heh..takde buat sayap2 tue ker.. :D

    Apa2 pon terbaik punya house husband dan ala2 young husband player filipina.. :D

    BalasPadam
  5. Terliur nampak...
    Sedap walaupun nampak simple kan.
    Saya suka ikan rebus goreng.
    Kena pulak nasi panas2 kan.

    BalasPadam
  6. alhamdullilah...ala bukan susah pun nak masak skrg ni ..google je takpun tnya mak...nak taknak je masak..heheheh

    BalasPadam
  7. fuhhh semua pun sedap. terfikir pulak dah lama ni cuti masak, mood hilang. kena kembalikan mood semula..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…