Tips untuk rendahkan bounce rate. Saya mahu kongsikan satu lagi tips penting untuk meningkatkan kualiti blog anda, iaitu berkaitan kadar bounce rate blog. Tahukah anda, salah satu ciri sebuah blog yang bagus ialah kadar bouce rate yang rendah. Ia merupakan antara faktor pihak pengiklan akan berikan iklan premium yang bernilai tinggi jika bounce rate blog anda adalah kecil.

Apakah itu bounce rate? Saya ulang balik pemahaman mengenai bounce rate ini ye. Ia adalah berkenaan kadar atau ratio satu halaman yang dikunjung, atau kadar pengunjung meninggalkan blog anda selepas kunjungan kali pertama. Faham tak ni?
2 Teknik Terbukti Rendahkan Kadar Bounce Rate Blog
Ok. Macam ni. Orang singgah blog kita, dalam jangkamasa waktu tertentu, adakah ia akan terus berada lama di dalam blog atau pun terus keluar dari blog kita. Lagi cepat ia keluar maka ia akan tinggikan bounce rate blog - bermaksud orang tak baca entri lain dah atau baca sekejap je blog kita.

Ada beberapa teknik tertentu untuk turunkan kadar bounce rate ini. Tujuan teknik ini adalah supaya pengunjung untuk lepak lama-lama dalam blog kita. Samada baca satu entri yang sama, atau singgah lompat ke entri-entri lain, asalkan jangan pangkah blog kita atau hilangkan blog kita dari pandangan mata pengunjung itu.

Saya nak kongsikan dua teknik yang telah terbukti sangat berkesan untuk turunkan kadar bouce rate ini.

2 Teknik Terbukti Rendahkan Kadar Bounce Rate Blog

Letak Video Dalam Entri

Ini merupakan teknik yang saya gunakan selepas mengetahui bahawa kadar bounce rate blog saya agak tinggi, malah melebihi 50 peratus! Saya telah gunakan kesempatan untuk uji keberkesanan teknik ini dengan kongsikan entri-entri yang ada video, contohnya entri-entri di bawah:

Entri Video TVC - Iklan

Ia berkaitan iklan TVC menarik sempena sesuatu peristiwa, kebanyakkan adalah TVC berkaitan hari raya. Alhamdulillah, sedikit sebanyak bounce rate blog saya menjunam jatuh ke paras yang saya sendiri tidak sangka. Bukan itu sahaja, entri-entri tersebut antara penyumbang hits dan trafik yang agak baik.

Letak Fail PDF Dalam Entri

Ini merupakan teknik kedua yang saya gunakan untuk merendahkan lagi kadar bounce rate blog saya. Dan memang terbukti teknik perkongsian ini berjaya menjadikan kadar bounce rate di bawah 20 peratus!

Entri-entri berkaitan cara pengisian borang, panduan isi borang, novel online yang menggunakan fail pdf di dalam entri telah berjaya merendahkan lagi kadar bouce rate blog. Pengunjung kekal lama di dalam blog kerana asyik membaca dan memahami entri-entri yang dikongsikan.

Jadi, sekiranya anda mahu merendahkan kadar bounce rate blog anda, cubalah 2 teknik ini yang nyata sangat berkesan. Saya dah buktikan, maka anda juga boleh.

Lihat di bawah ini.

Bukti Teknik Berkesan Turunkan Kadar Bounce Rate

Kadar bounce rate sebelum gunakan teknik video - tempoh Julai hingga September 2014. Kemudian, selepas aplikasi teknik video dalam entri, kadar bouce rate jatuh menjadi 28.87% iaitu tempoh dari Oktober hingga Disember 2014.

2 Teknik Terbukti Rendahkan Kadar Bounce Rate Blog2 Teknik Terbukti Rendahkan Kadar Bounce Rate Blog
Kemudian, saya gunakan teknik meletakkan entri yang ada fail pdf. Hasilnya adalah seperti di bawah ini. Turun menjadi 14.14 peratus dari Januari sehingga Februari 2015.
2 Teknik Terbukti Rendahkan Kadar Bounce Rate Blog
Saya dah tunjuk cara. Sekarang pilihan untuk anda ikut dan amalkan panduan blogger untuk rendahkan kadar bounce rate blog. Jadikan ia modal untuk anda approach pengiklan di luar sana, terutama untuk melakukan pengiklanan advertorial.

Semoga bermanfaat.


11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. baru faham bounce rate tu apa & apa fungsinya... ok ok.. tips yang bagus. sangat berguna untuk saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. terima kasih sbb sudi jenguk blog saya ni ye ... harap tips diberikan ini dapat bantu blogger yang aktif macam Puan Suria ..

      Padam
  2. bagi yang suka membaca perkara menarik..memang mereka akan lekat pada blog kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) ya betul. teknik video ini boleh melekakan pengunjung blog.

      Padam
  3. baguslah info ni..juurnya sy pon baru tahu tentang bounce rate ni.

    BalasPadam
  4. tips yang bagus dan terbaik tu..:D

    BalasPadam
  5. nak cuba l.. mybe letakkan video buat org lama dalam entri kita
    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2

    BalasPadam
  6. Really nice info. Boleh try buat ni :)

    BalasPadam
  7. terima kasih. saya baru buat tips ni harini ^^

    BalasPadam
  8. Salam. Cikla nak tanya. Macam mana kalau bounce rate terlalu rendah. Kenapa ye? Tq

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement