15 blog terbaik pilihan blogger Malaysia. Blog manakah yang dianggap terbaik dan menjadi pilihan ramai blogger Malaysia untuk tahun 2015? Bersandarkan kepada senarai pilihan di dalam Malaysia Best Blog 2015, saya membuat kesimpulan menerusi blog post ini dan menyenaraikan sebanyak 15 blog pilihan terbaik yang telah mendapat perhatian 86 blogger Malaysia.

Saya telah blogwalking dari satu blog ke satu blog peserta di dalam pertandingan SEO Malaysia Best Blog 2015 dan telah mengumpulkan data bilangan (kali) setiap blog disenaraikan oleh peserta kontest ini. Alhamdulillah, usaha saya yang makan minggu ini akhirnya berjaya juga.

15 Blog Terbaik Pilihan Blogger Malaysia

15 Blog Terbaik Pilihan Blogger Malaysia

Jadi, berikut adalah hasil pengumpulan info yang telah saya jadikan di dalam bentuk jadual di bawah.


Blog Pilihan Blogger 2015Jumlah Disenaraikan
Denaihati.com63
AhmadFaizal.com37
HoneyKoyuki.blogspot.com27
Kujie2.com27
BenAshaari.com23
Amanz.my21
TiffinBiru.com20
AkmaOmar.com17
NameeRoslan.blogspot.com14
AbangEnsem.com13
AriffShah.com13
Multees.com13
Mialiana.com10
Paultan.org9
Saifulislam.com9

Saya tidak masukkan blog penganjur kontest iaitu OhDuit.com di dalam senarai kerana perletakkan OhDuit sebagai Malaysia Best Blog 2015 adalah merupakan syarat pertandingan.

Daripada senarai di atas, saya boleh katakan pilihan-pilihan blogger Malaysia adalah tepat kerana setiap blog yang dipilih terbaik oleh blogger Malaysia ini memang mempunyai daya penarik, aura, pendekatan, penulisan, keunikan serta berada di dalam niche tersendiri.

Secara jelas, blog-blog yang terbaik ini punyai pengaruh yang sangat kuat di dalam dunia blogger Malaysia sehingga dijadikan antara blog-blog rujukan dan pembacaan para blogger Malaysia. Saya sendiri tidak nafikan bahawa 15 blog pilihan teratas ini adalah blog yang sedikit sebanyak dijadikan idola buat sesetengah blogger Malaysia terutama yang baru nak buat blog sendiri.

Antara Menjadi Pilihan Blogger dengan Menjadi Pilihan Google

Untuk kontest SEO ini, semua peserta ditandingkan untuk muncul berada di top ranking enjin carian Google Malaysia. Sehingga entri ini ditulis, berikut adalah kedudukan top 5 ranking Google - kata kunci Malaysia Best Blog 2015.
Kedudukan Rank Kontest SEO Malaysia Best Blog 2015
Antara menjadi blog pilihan ramai blogger Malaysia dalam Malaysia Best Blog 2015 dengan menjadi top rank di dalam enjin carian untuk kontest SEO ini adalah dua perkara yang berbeza. Anda tidak perlu menjadi blogger popular pun untuk berada popular dan paling top di enjin carian Google Malaysia, dan anda tidak perlu menjadi blogger dikenali ramai pun untuk menang di dalam kontest ini.

Dua Perkara

Ada dua perkara, dua pendekatan, dua cara yang sama sekali berbeza di dalam kontest yang telah mengumpulkan seramai 86 blogger aktif di Malaysia ini.

Kerana inilah, kontest ini saya anggap satu yang agak istimewa kerana ia memberikan lebih daripada yang sepatutnya.

Keputusan untuk kontest akan diketahui penghujung bulan Mac 2015, blogger mana yang akan bawa pulang wang tunai RM1500 di tempat pertama, in Sha Allah akan diingati oleh 86 peserta lain nanti. Dan dia juga bakal dikenali sebagai salah seorang Pakar SEO Malaysia yang berjaya menakluk kata kunci Malaysia Best Blog 2015.... huhuhu.....

p.s: Seandainya ada kesilapan di dalam penyenaraian, saya mohon maaf ...

21 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kebanyakannya adalah blog kegemaran saya juga. Memang blog yang unik dan kandungan blog yang best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog2 tu dah lama berada di dalam dunia blog Malaysia, jadi memang bukan satu perkara yang pelik berada di dalam senarai Malaysia Best Blog 2015.

      Padam
  2. Blog2 yg hebat2 belaka..They deserve it :)..Tahniah..

    BalasPadam
  3. Memang menarik blog-blog yang disenaraikan ni. Moga jadi inspirasi pada semua.

    BalasPadam
  4. Yang tersenarai memang yang terbaik semua....

    BalasPadam
  5. Semuanya memang terbaik.. Blog tuan blog :)????????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog tuan blog tak tersenarai ... maka tidak hebat lah .. hoho.

      Padam
  6. Top 15 tu macam ada kekurangan jer... Mana blog HH yg sepatutnya ada? Ini tidak adil! hehe!

    BalasPadam
  7. Tahniah buat semua yg tersenarai.

    BalasPadam
  8. Yg dipilih terbaik secara umumnya adalah blog-blog yg telah lama dlm dunia blogging Malaysia. Apapun, tempat rujukan terbaik bagi saya adalah blog hasrulhassan.com. bila ada masalah blog saya taip aje guna keywords hasrulhassan, insyaa Allah dpt jalannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih kerana menggunakan blog saya ini untuk rujukan ilmu dan pengetahuan mengenai blog .. besar hati saya menerimanya. Semoga ia dimanfaatkan hingga menjadi satu perkara yang akan membuatkan ramai makin suka berblog.

      Padam
  9. Tahniah atas senarai malaysia best blog 2015 yang tuan HH umumkan itu.

    Memenangi contest seo tersebut mungkin satu bonus pada penggiat seo cap ayam seperti saya.

    Memasuki contest seo adalah cabaran utama yang saya inginkan selaku penggiat seo cap ayam ni.

    Semoga tuan HH berjaya dalam menakluki contest seo ini dan dijulang selaku pakar seo malaysia nanti... :)

    BalasPadam
  10. saya rasa bro HH duk bawah denaihati tu no. 2... ;)

    BalasPadam
  11. Macam ada kekurangan senarai top 15 Malaysia Best Blog 2015 pilihan peserta. Tiada blog HasrulHassan yang diletakkan. Apa pun semua blog yang berada di carta itu ada keistimewaan tersendiri. Semoga berjaya dengan contest seo Malaysia Best Blog 2015

    BalasPadam
  12. terer betul diorang kan. ramai orang suka baca blog diorang..

    kena kuat usaha lagi la ni..

    BalasPadam
  13. semua blog otai2 tu.. apapun tahniah kepada mereka..

    BalasPadam
  14. Tak dinafikan semua blog di atas saya kenal...tapi apa pun,untuk rujukan,saya sering ke blog HH walaupun sekadar menjadi silent reader...terima kasih atas segala tips yang dikongsikan..^^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement