Tips blogging palsu, cuma rekaan. Saya banyak terima email, komen mengenai tips dan panduan blogging yang saya kongsikan di blog ini. Namun, saya mengakui ada beberapa tips blogging terutama berkaitan widget blogspot yang sudah tidak lagi relevan. Tak relevan bukan bererti saya berikan tips blogging palsu atau ia cuma rekaan, tapi ia sudah tidak boleh terpakai lagi untuk keadaan semasa.

Ok. Saya mohon maaf seandainya ada beberapa tips dan panduan untuk blogger yang seakan tidak berjaya buat anda. Itu pengalaman lampau saya. Anda kena faham keadaan dan situasi ketika itu. Mungkin situasi semasa ketika entri itu ditulis, saya memang berjaya melakukannya.

Jadi, agak tidak adillah, seandainya disamakan dengan situasi sekarang. Artikel yang dikongsi bukan tiada cacat-cela... mesti ada punya, al maklum ia ditulis oleh seorang lelaki yang duduk dekat kampung yang kononya kacak di dunia maya.

Tips Blogging Palsu, Cuma Rekaan


Tips blogging dan panduan blogger adalah ciptaan manusia. Memang akan ada salah, dan pasti ada yang silap. Kesilapan itu bukan sengaja tapi ia bergantung dengan banyak lagi faktor.

Ya, kadangkala ada entri saya perkatakan mengenai cara nak dapatkan ribuan follower blog. Anda baca penuh minat, penuh tekun, lepas tu praktik. Praktik hari-hari tanpa jemu; tetapi pengakhiran dan hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Anda kecewa.

"Ceh. Ini semua panduan blogger tak berguna."

Kecewa. Lantas dengan bisikan nafsu dan bisikan syaitan yang mula mempengaruhi, anda mengandaikan bahawa selama ini saya memberikan tips-tips yang sebenarnya lapuk tak boleh pakai, segalanya palsu dan hanya rekaan untuk meraih trafik dan jolokan Sifu Blogger.

Sifu blogger kaki penipu.

Sekali lagi saya mohon maaf andai ada entri-entri berkaitan panduan, tips, kaedah, cara, segala benda tentang blog yang anda ikuti tak berapa nak menjadi pada diri dan blog anda. Blog anda masih kekal begitu walau dah cuba segala macam perkongsian di blog ini.

Kejayaan anda adalah di luar kemampuan saya. Saya hanya kongsi perkara yang saya fikir patut dan elok dan boleh anda cuba. Mungkin ada yang tak berapa nak betul atas khilaf saya sendiri. Untuk itu, saya minta maaf atas kekurangan yang ada.

"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (al-Insyirah: 6)"



14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. appaun blog ini telah menjadi rujukan banyak orang dalam berblog terutama yang platform blogspot

    BalasPadam
  2. pada pendapat saya la bro..saya memang banyak dapat tips blogging daripada bro..memang gua dah anggap sifu gua...setiap tips yang itu sentiasa berkembang dan berubah..jadi apabila baca dan buat..kita kena try n error..baca juga dari sumber lain...jangan cepat nak salahkan orang lain..ada jg tips yang laam masih boleh digunakan pakai kini..dan ada juga yang dah tak boleh digunapakai lagi...masing2 kena buat homework sendiri la..jangan harap orang nak suap je semua sekali

    BalasPadam
  3. Banyak info berblogging yg saya dapat daripada blog Bro HH..tq bro..

    BalasPadam
  4. MashaAllah.. Sabar bro. ini dugaan buat blogger hebat mcm bro. Pada ct, bro lebih banyak membantu dari segi memberi tips dan panduan dalam berblog khususnya untuk blogger2 baru. Ct merupakan silent reader bagi blog bro.. so, siapa yang tidak kenal HH janganlah memaki hamun sembarangan. Blogger2 lama lebih mengenali bro. Even ct pun traffic blog kadang2 naik kadang2 turun. tapi takkan nak salahkan bro HH sebab traffic xnaik kan? Follower kurang pun xkan nak salahkan orang lain kalau diri sendiri takde usaha ke arah meningkatkan follower kan? pesan ct pada blogger baru, tidak semestinya entry atau tutorial bro HH ni korang guna sampai skrg.. kalau entry tahun 2002 contohnya, takkan masih dapat digunapakai kalau benda tu sentiasa berubah atau diperbaharui kan? Agak agak la nak kutuk orang tu. Ingat, bahasa anda melambangkan keperibadian anda. Eh, sorry bro HH! Ct plak yang emo.. hehe.. sekadar peringatan untuk blogger baru termasuk ct sendiri.. Anggaplah ini satu ujian dan cabaran bro dalam dunia blogging ni. Doa ct, moga bro tabah mengharunginya dan semakin sukses dalam dunia blogging ni. Semoga Allah swt redha. :) *senyum sket*

    BalasPadam
  5. Dunia IT makin pesat dan berlaku perubahan.. Kadang-kadang cara yang kita gunakan dulu sudah kurang sesuai digunakan sekarang. Blogger yang up-date pasti mahukan kesegaran dalam setiap penyampaian. Apapun blog ini banyak berkongsi info menarik dan bermanfaat. Tahniah!

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Ehhh.... semua tips yang bro bagi sangat membantu.... memberi semangat untuk saya terus blogging.

    BalasPadam
  8. entry ni ikhlas dari hati ke or for the sake of SEO?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bkn perkara baru, benda dah lama berlaku, tapi timbul tenggelam, lagi2 bila saya izinkan guna komen Anonymous melekat ... mereka beri komen ... siap kata macam2 .. saya baca komen tersebut tapi saya padamkan di blog agar tidak menyemarakkan rasa kurang senang pada mereeka yang fikir sebaliknya.

      Padam
  9. dari blog ni byk dpt info bermanfaat. tq bersharing

    BalasPadam
  10. Tuan HH memang ikhlas dalam memberi bantuan..mereka yang diluar sana yang salah tafsir. Manakan tidak ranking beliau lebih baik berbanding beberapa blog ternama hiburan dan lain-lain...teruskan berblog tuan HH, kami sentiasa setia membaca entri tuan sokmo...

    BalasPadam
  11. Nampak sangat yang membaca tips tu sendiri pun tak faham

    BalasPadam
  12. Itulah cabarannya menjadi pakar blogspot. perubahannya sangat pantas dan jika kita gagal mengikuti perkembangannya, timbullah macam-macam komplen. dan lagi, bukan senang nak update ratusan artikel. Nak check satu persatu, test drive dan publish..wah...

    BalasPadam
  13. Salam... Terima kasih letakkan foto saya bersama sifu di entri ini. Bolehlah tumpang glamour. saya cuba buat apa yang selalu tuah Hasrul Hassan kongsikan tip blogging, namun jika tidak berjaya taklah saya makin-hamun beliau. Saya tahu ada banyak sebab ianya tidak menjadi.

    Tidak semua template kita sama dengan template blog orang lain. Bila ada perbezaan, maka sudah pasti kod HTML yang digunakan juga pasti berbeza.

    Tuan punya blog pun dah buat yang terbaik untuk berkongsi dengan rakan-rakan lain. Sekurang-kurangnya apa yang disampaikan itu tidak menjadi, usah berkecil hati. Jika tidak berhasil boleh cuba cara lain pula. Itu yang seelok-eloknya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement