Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). Tawaran terbuka untuk mereka yang mahu mendapatkan Skim Latihan 1Malaysia. Tawaran terbuka ini khas untuk pencari kerja seluruh Malaysia khas untuk graduan dan lepasan universiti. Skim ini melibatkan latihan kerjaya di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan iaitu GLC, dan ianya dibuka sepanjang tahun.

Kepada anda, samada salah seorang lepasan graduan atau kenal sesiapa yang dah keluar IPT tetapi masih tidak dapat kerja, bolehlah cuba untuk memohon skim secara online ini. Ia skim yang disediakan bagi membantu para graduan dan lepasan universiti termasuk diploma, ijazah dan sarjana untuk mendapatkan kerjaya yang diinginkan.

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Progam SL1M ini merupakan program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

 Cara Daftar Online Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Jika anda berminat, anda boleh daftar secara online menerusi pautan berikut - Pendaftaran Pencari Kerja. Ia aplikasi online disediakan oleh JobsMalaysia, salah satu laman web cari kerja yang utama di Malaysia.
Cara daftar online untuk Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Apabila anda mendaftar, anda akan nampak borang SL1M tersedia di laman tersebut. Klik pada borang Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) tersebut dan isi maklumat-maklumat yang diperlukan.

Ada banyak tawaran kerjaya untuk lepasan siswazah dalam skim ini. Maka, jangan lepaskan peluang ini untuk memohon dan mengisi borang Skim Latihan 1Malaysia yang disediakan.
Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Untuk para lepasan graduan dan siswazah yang mahu tahu cara terbaik mendapatkan kerja samada dalam sektor swasta mahupun kerajaan, pastikan anda ikuti iKerjayaGraduan.com; in Sha Allah ada banyak pengisian penting untuk anda mendapat kerja yang diinginkan.


5 comments.. read them below or add one

Ija Rased Ija Rased February 13, 2015
menarik untuk mereka yang mencari kerja
Maria Hasun Maria Hasun February 13, 2015
utk org yg nak cari kerja baru boleh ke bro ;)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 13, 2015
Boleh. Dialukan sbb nak tingkatkan daya tu .. apa tu ... susah lak nak eja .. adeh.
Sue Sopian Sue Sopian February 13, 2015
bagus sebenarnya program SL1M ni dah diharap ianya dah bertambah baik lagi sekarang compare dengan awal2 dulu.. hehe..

~ex-SL1M batch 01~
Rai OurKizuna Rai OurKizuna February 13, 2015
ingatkan program untuk yang nak slim.. hehehe

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.