Rahsia Menjadi Agen Hartanah Berjaya

Apakah rahsia untuk menjadi seorang agen hartanah yang berjaya? Kepada mereka yang nampak peluang untuk jana income menerusi bidang hartanah sudah pasti ingin tahu bagaimanakah cara untuk menjadi seorang agen/ejen/broker hartanah yang berjaya.

Mengapa hartanah? Kalau anda dah mengikuti seminar 7 hari WTF Sarjana Hartanah pada tahun 2014 tentu dah sedia maklum akan potensi besar dalam bidang ini. Malah di dalam seminar hartanah murah lagi berbaloi yang dianjurkan oleh blogger hartanah terkenal Abang Ensem pun dah ada cerita.

Buku-buku berkaitan hartanah yang mesti baca pun banyak dah bongkar segala rahsia dan teknik-teknik tertentu untuk menjadi seorang agen hartanah berjaya, dan cara menjadi seorang pelabur hartanah yang bertaraf jutawan.

Rahsia Menjadi Agen Hartanah Berjaya

Rahsia Menjadi Agen Hartanah Berjaya
Ada dua cara untuk jana income menerusi hartanah ini.
  1. Menjadi pelabur atau membuat pelaburan dalam bidang hartanah
  2. Menjadi agen atau broker yang menjual hartanah.

Antara dua cara tersebut, satu memerlukan modal, dan satu lagi hampir tidak memerlukan modal. Mana-mana satu pilihan, ia tetap menguntungkan. Bezanya ialah, menjadi pelabur akan memberikan income secara berterusan atau residual income; manakala menjadi agen pula adalah one time income atau komisen. Setiap satu memberikan pulangan yang menguntungkan.

No Higher Academic Qualification Require Mahupun Lesen Menjadi Agen!

Oh lupa, untuk beli hartanah anda tidak perlu ada sebarang kelulusan akademik atau kepakaran. Tetapi, untuk menjadi seorang agen hartanah, rahsianya ialah anda hanya perlu pandai memilih hartanah yang value-for-money; anda tidak perlu kelulusan tinggi, malah anda tidak perlu lesen pun untuk menjadi seorang agen hartanah berjaya!

Saya dah pernah cerita dan bagi tips bagaimana nak menjadi seorang agen hartanah dari zero ke hero. Anda boleh baca menerusi artikel How To Be Real Estate Negotiator in Malaysia 

Agen Hartanah - Ia boleh menjadi antara kerjaya yang lumayan jika dibuat secara bersungguh-sungguh. Anda boleh baca ebook daripada seorang real estate agent yang saya anggap berjaya di Malaysia iaitu Iffah Zaimi, seorang wanita dan ibu yang telah banyak mendapat komisen lebat hebat menerusi menjadi seorang agen hartanah.
Rahsia Menjadi Agen Hartanah Berjaya
Anda tentu tidak percaya bahawa menjadi seorang agen hartanah boleh dilakukan secara sambilan, malah anda boleh lakukan walaupun anda hanya seorang pelajar, surirumah mahupun pesara! Rahsianya ada dinyatakan oleh Iffah Zaimi di dalam panduan yang ditulis olehnya.

Seandainya ada seorang pemujuk yang bagus, dan minat dalam bidang ini, boleh cuba baca panduan yang diberikan oleh Iffah Zaimi menerusi ebook Rahsia Ejen Hartanah, antara panduan terlaris berkaitan kerjaya ini di Malaysia.

p.s: Iffah Zaimi juga merupakan pengarah urusan EH EH Bazaar.

4 comments.. read them below or add one

Sani Sini Sana Sani Sini Sana February 07, 2015
Kena ada ilmu juga kalau nak terjah bidang hartanah ni..bukan boleh main sembrono aje..
fira_sya@yahoo.comfira_sya@yahoo.com February 07, 2015
Saya berminat nak ceburi bidang ni..mohon pencerahan 1st step untuk menjadi sehebat anda.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 07, 2015
Pertama sekali nak kena ada minat. Lepas tu carilah agensi hartanah di kawasan anda yang menguruskan bidang hartanah ini. Mohon temuduga dengan mereka.

Untuk lebih info lengkap, baca ebook oleh iffah zami yang saya berikan di atas.
Azizah Roslan Azizah Roslan February 22, 2015
Salam. Bagaimana kaedah untuk melibatkan diri dalam pelaburan hartanah?

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.