Pilih nama dan URL blog perlu dengan berhati-hati. Kenapa? Seandainya anda mengambil jalan mudah untuk 'naik' di dalam dunia blog Malaysia, dengan mengambil nama dan URL laman web lain yang memang dah popular, anda mungkin akan berakhir sebagai pemilik blog yang dikenakan tindakan undang-undang!

Awas. Saya sebelum ini dah pernah menulis mengenai perkara ini, malah saya ada berikan beberapa tips ringkas berkaitan memilih nama serta URL blog. Perlu pilih nama blog dan URL yang sesuai supaya nanti ia tidak mendatangkan masalah di masa akan datang.

Pilih Nama URL Blog Berhati-Hati

Salah satu tips untuk pilih nama dan URL blog ialah ia mestilah mudah, senang diingati dan tidak meniru mana-mana laman web atau blog yang telah sedia ada. Masalah akan timbul apabila berlaku kekeliruan terutama apabila ada entri berkaitan fakta tersilap tulis atau diterbitkan tanpa memikirkan buruk dan baiknya.

Bukan apa, takut jadi seperti ini:
Pilih Nama URL Blog Berhati-Hati
Jangan main-main. Zaman sekarang, media masa aliran perdana sudah mula sensitif dengan berita yang dikaitkan dengannya. Inilah yang terjadi kepada Berita-Harian.net.

Saya petik laporan terkini dari BH Online:
Akhbar Berita Harian (BH) membuat laporan polis susulan penyiaran satu artikel bertajuk "Wajarkah Nik Aziz dikebumikan di tanah perkuburan Islam? - Zainuddin Maidin oleh sebuah laman web menggunakan nama yang sama dengan BH, www.berita-harian.net, hari ini.

BH yang diwakili Ketua Komunikasi Korporat The New Straits Times Press (NSTP), Wan Abdillah Wan Nawi membuat laporan itu di Balai Polis Pantai di sini, pada jam 10.19 malam tadi. Wan Abdillah berkata, laporan polis dibuat bertujuan membersihkan nama BH, sekali gus mengelakkan timbul kekeliruan dalam kalangan orang ramai yang membaca artikel berkenaan.

BH Online merujuk kepada blog berita ini:
Pilih Nama URL Blog Berhati-Hati

Anda kenal dan biasa dengan blog ini? Kenal pemiliknya?

Disebabkan nama Berita Harian yang digunakan oleh pemilik laman web/blog ini; dia bakal berhadapan dengan masalah seandainya pihak polis melakukan siasatan dan laman ini masih lagi beroperasi seperti biasa.

Setakat entri ini ditulis, laman web yang dimaksudkan oleh BH Online masih lagi beroperasi dan ramai yang mengunjungi laman web tersebut.

Hati-hatilah ye pilih nama blog dan URL supaya tidak menyamai mana-mana laman web yang dah establish ini. Kalau nak sama pun, kena pastikan apa yang ditulis dan diterbitkan itu bukan entri atau artikel yang boleh mencemarkan dan membawa kepada fitnah. Silap-silap nanti kena denda dan masuk lokap .. uh mau itu macam?

Sekadar nasihat.


20 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Sesetengah blogger ni dia tak fikir panjang sekarang.. fikirkan traffik je.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Saya doakan ia selesai dengan baik. Boleh je ni selesai cara baik. Saya kenal pemilik blog ni ... :)

      Padam
  3. memang perlu hati-hati pabila nama ada brand yang sesuai bisa kena tuntut

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. buh la nama berita hairan ke.. berita harihari ke.. harian berita ke.. berita ikuthari ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. berita HAIRAN.. mungkin boleh beli domain lepas ni :)

      Padam
  6. Antara blog terkenal. Trafik ribu raban juga.

    BalasPadam
  7. semalam ada tengok orang share artikel tu. Mula-mula ingat berita harian. terkejut jugak. Rupanya url je lebih kurang. tak pasal-pasal kena tindakan mahkamah nanti.

    BalasPadam
  8. Biadap sungguh penulis blog tersebut..menangguk di air yg keruh namanye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silap dia tu, tapi keadaan boleh diperbaiki jika tahu cara berunding dengan elok.

      Padam
  9. siapa la ye pemilik blog tu? trafic mmg tinggi hari2 blog tu

    BalasPadam
  10. Ingatkan ni berita dlm suratkhabar berita harian... memang x beretika langsung.. kok iye pun nak kejar trafik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakala blogger yang kongsi info begini terlupa .... apa yang dia lakukan boleh undang bahaya dan binasa. Moga jadi pengajaran di masa akan datang.

      Padam
  11. Ini penipuan.saya ingatkan memang ori patutlah lain macam.

    BalasPadam
  12. pernah juga jumpa harian metro... cuma tambah huruf "L" je kt blkang.. tapi sebutnya hmpir sama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. itu pun masalah gak tu, saya kenal juga dengan pemilik blog tersebut ... :)

      Padam
  13. ingatkan mmg bh punya ... sendiri cari sengsara tu ... ermmm

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement