Perubahan rank Alexa yang tidak dijangka. Adakah anda salah seorang blogger yang mementingkan kedudukan trafik blog menerusi Alexa? Jika ya, anda mungkin sedar akan perubahan yang ketara dilakukan pada ranking blog anda. Saya sendiri merasai apabila rank Alexa blog ini naik mendadak dari sekitar 300 untuk rank Malaysia menjadi ke 600 semasa entri ini ditulis.

Saya seperti kebanyakkan blogger lain yang menjadikan Alexa sebagai tanda aras kekuatan dan pencapaian blog, agak tidak berapa gembira dengan perubahan rank Alexa yang tidak dijangka ini. Saya sendiri kurang pasti mengapa ianya berlaku.

Perubahan Rank Alexa Tidak Dijangka

Saya masih cuba memahami mengapa ranking Alexa yang sebelum ini berada di tahap bawah 300 menjadi ke tahap atas 600 dalam tempoh 3 bulan.
Perubahan Rank Alexa Tidak Dijangka

Segalanya berubah apabila Alexa rank mula melakukan perubahan kepada struktur Site Audit yang merupakan servis berbayar yang disediakan oleh Alexa. Site Audit baru di Alexa telah muncul dengan variasi lebih detail, selain daripada antaramuka terkini yang memberikan banyak kelebihan untuk seorang web master atau pemilik blog membuat tafsiran keupayaan blog.
Site Audit terkini Alexa 2015

Saya tidak menggunakan servis Site Audit Alexa berbayar ini. Saya tidak begitu tahu menahu apa yang ada di dalam site audit terbaru. Saya cuma menggunakan listing percuma dan pemasangan Alexa Tool Bar di Firefox dan Internet Explorer. Pemasangan tool bar dipercayai antara cara untuk membolehkan blog mendapat rank yang baik di Alexa.

Tips Rank Alexa Terbaik Yang Tidak Diendahkan

Saya pernah menulis mengenai tips untuk perbaiki rank Alexa, malah saya pernah menulis tips rank Alexa bawah 200. Dan menerusi entri tersebut, saya ada mengatakan bahawa Alexa akan mesra dengan blog yang ada widget rank Alexa, dan yang sering menulis mengenai kelebihan Alexa.

Tetapi, nampaknya cara itu bagai tidak diendahkan lagi oleh Alexa. Saya difahamkan bahawa Alexa sudah mengambil kira banyak aspek baru dan terkini. Ia tidak lagi bergantung dengan Google Pagerank yang dikatakan sebelum ini ada kesan kepada kedudukan trafik di rank Alexa.

Untuk pengetahuan, pihak Google sudah tidak ambil kira soal Pagerank lagi. Ia dianggap sudah tidak relevan dengan keadaan semasa. Buktinya ialah Google sudah lama tidak update kedudukan atau penarafan Google Page Rank ini. Malah tiada sebarang makluman daripada pihak Google mahu update mengenai Page Rank yang selama ini menjadi metod menunjukkan kelebihan sesebuah blog.

Bagi yang cuba nak faham mengenai rank Alexa, anda boleh baca mengenainya di blog Alexa.
Cara Rank Alexa bekerja

Sedikit input yang ingin dikongsikan kepada anda mengenai Alexa.

There are two questions about Alexa traffic rankings that come up quite often:
  1. How can my website’s rank be getting worse when my site analytics clearly indicate that I am getting more traffic?
  2. Why does the rank of my website jump around?
There are two main reasons why ranks change in ways that might not make sense when you look at them.

First, the Alexa Traffic Rank of a given website isn’t only based on traffic to the given site, but takes into account the traffic to all sites and ranks sites relative to each other.   Since your site is ranked relative to other sites, changes in traffic to other sites affect your site’s rank.   The second is something called the "long tail".

Every day, Alexa estimates the average daily visitors and pageviews to every site over the past 3 months. The site with the highest combination of visitors and pageviews over the past 3 months is ranked #1. The site with the least is ranked somewhere around 30 million. If no one in our measurement panel visited a site over the past 3 months there is no rank at all for that site.

Anda boleh baca lebih lanjut mengenainya di sini - What's Going On With My Alexa Rank?

Berikut adalah perbandingan umum rank Alexa terkini Februari 2015 bersandarkan kepada senarai top ranking kedudukan 15 blog terbaik di Malaysia bulan Januari 2015.

Perbandingan rank alexa top rank malaysia best blog 2015

Rakan blogger saya, Denaihati pernah berada di top #1 rank Alexa Rank sebelum ini sehingga berjaya mengalahkan blog gossip cerita artis Beautifulnara.com sehingga saya zahirkan entri bertajuk Blog Terlampau Atasi Beautifulnara

Ini realiti di mana tahun 2015 adalah tahun mencabar untuk blogger Malaysia. Banyak blog dah diwujudkan dengan masing-masing sudah tahu cara nak tingkatkan trafik blog sehingga berada di top Alexa rank, dan antaranya telah berjaya disenaraikan dalam Top Senarai Malaysia Best Blog 2015.

Tak Perlu Kagum Sangat dengan 100K-200K Pageviews Sebulan

Kalau dulu, boleh kagum dapat trafik 10-20 ribu pageviews sebulan, tapi kini .. dapat 100K-200K pageviews sebulan sudah dianggap sebagai angka biasa untuk sesetengah blogger (yang tidak dinafikan adalah blogger baru).

Apapun, rank Alexa bukanlah satu-satunya petunjuk kelebihan dan kekuatan sesebuah blog. Ada banyak aspek lain yang boleh dijadikan penanda aras. Usah bermuram durja bila melihat ranking yang semakin lama semakin menggusarkan ini, biarkan ia buat kerjanya, tetapi kita tetap terus buat apa yang kita suka iaitu menulis blog ... tak gitu?


15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. aku punya ranking pun dah kelaut...tunggu dan lihat apa yang alexa perbaharui..tapi rasanya dah stabil sikit kot selepas bulan feb nie

    BalasPadam
  2. Itulaah, boss pon ada cakap, page rank dah tak relevant untuk tentukan kualiti blog. Dia nak ida fokus pada domain/page authority dan power trust sesuatu blog. macam banyak sangat nak belajar tentang blog ni . Alexa pon dah kelauttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes. Itu yang patut dilihat sekarang .. :) penting tu, antara pendapat yang membolehkan blog rank terbaik di Google.

      Padam
  3. Tulis tips banyak2 berkaitan Alexa, pasti naik balik..

    BalasPadam
  4. hebat betul ranking tu ye...tahniah bro

    BalasPadam
  5. sekarang nih alexa memang meluncur turun banyak sekali blogger tutorial yang alexanya begitu hebat

    BalasPadam
  6. Alexa, satu-satunya penanda kepopularan blog yang tinggal (paling popular) selepas goole pr tidak lagi diupdate. Tumpuan beralih kepada alexa hampir sepenuhnya. Mungkin itu sebabnya kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada penanda aras lain yang lebih baik, iaitu Page Authority dan Domain Autority .. tapi untuk blogspot tak leh pakai dua pembolehubah ni kecuali guna domain sendiri.

      Padam
  7. aku dah agak ayat yang last sekali tu, kita tulis je apa yang kita suka, tak gitu? hehehe

    BalasPadam
  8. Sudah lama saya tak peduli lagi dengan pagerank maupun alexarank, maka saya setuju dengan apa yang bro Hassan tulis di paragraf terakhir entri ini

    BalasPadam
  9. Nampaknya Sha juga tak perlu risau tentang ranking... sebelum ni down jugak... tapi biarlah... asalkan orang masih berminat nak baca..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeah. usah pandang2 dah .. teruskan dengan menulis.

      Padam
  10. banyak lagi fyna nak kena belajar nih.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement