Langkau ke kandungan utama

10 Perkara Sukar Dibuat Seorang House Husband

10 perkara sukar dibuat seorang house husband. Ehem ... siapa sini seorang house husband? Atau punyai suami yang merupakan seorang house husband? Jika ada, jangan lupa LIKE blog post ini ye. Saya mahu kongsi pengalaman dan kisah peribadi saya sebagai seorang house husband. Baca jangan tak baca ehh....

Di zaman sekarang, walaupun serba canggih memang terdapat suami yang duduk dirumah, menyara keluarga dengan kerja dari rumah dan isteri pula ke pejabat dengan kerjaya yang tak boleh tidak, kena dilunaskan atas sebab kontrak biasiswa mahupun pinjaman kerja kerajaan. Jadi, sukarkah untuk menjadi seorang house husband ni?

Pengalaman Seorang House Husband

10 Perkara Sukar Dibuat Seorang House Husband

Saya telah menjadi seorang blogger sepenuh masa dan house husband sejak tahun 2011 lagi. Dalam tempoh itu, banyak perkara yang telah saya belajar untuk menjadi seorang suri rumah. Fuhhh .. serius, bukan satu tugas mudah. Apabila dah jadi seorang house husband yang 30 percent ambil tugas seorang isteri, barulah tahu betapa berharganya diri seseorang bergelar isteri. Memang patut ada anugerah Ibu Mithali mahupun Isteri Mithali.


Tugas seorang isteri memang berat, apatah lagi isteri yang ada kerjaya sendiri. Nak tak nak kena pikul tanggungjawab tersebut. Saya tahu ramai antara anda yang terikat dengan kerja kerajaan disebabkan kontrak semasa sambung belajar dulu. Tak terkecuali para isteri ... ye tak?
10 Perkara Sukar Dibuat Seorang House Husband

Hebat weihhh power yang ada pada seorang isteri sehingga boleh menjaga segala hal dalam urusan rumahtangga ni. Bila saya dah menjadi seorang house husband, baru saya akui ada perkara yang sukar nak dibuat ...  bukan sukar apa pun, tetapi sebab dah dicampur dengan sifat malas ... memang jadi macam payah je ... hoho. Cabaran menjadi seorang house husband tak boleh lawan dengan cabaran menjadi housewife yang bekerjaya.

10 Perkara Sukar Dibuat Seorang House Husband

Ok. Berikut adalah 10 perkara yang saya fikir sukar dibuat oleh seorang house husband (dengan nature sebagai seorang lelaki macho macam saya ye).
  1. Melipat kain yang telah diangkat dari jemuran.
  2. Seterika baju termasuk baju sendiri, baju kerja isteri, baju anak-anak untuk ke sekolah.
  3. Memasak hari-hari, sesekali boleh, tapi hari-hari memang payah terutama sarapan dan makan petang.
  4. Bersihkan tandas, terutama mangkuk tandas yang sudah nampak warna berkarat.
  5. Sawang yang menjadi tempat lepak syaitan dan iblis.
  6. Mop lantai rumah terutama bahagian bilik sampai nampak bersinar-sinar.
  7. Bersihkan ruang dalaman peti ais, terutama bila dah banyak barang disumbat dalam tu sampaikan ada bau tidak menyenangkan.
  8. Kemas katil samada katil sendiri mahupun anak-anak.
  9. Sangkut baju dengan penyangkut baju dan simpan dalam almari.
  10. Sapu sampah dan buang sampah ke tong sampah di luar rumah.

Ehemm .. bagaimana dengan senarai saya berikan ini, adakah ia benar untuk anda atau suami anda? Jika ada fikir nak tambah, boleh tambah di ruangan komen jika perlu.

Oh ya, mungkin ada yang perlekeh tugas seorang house husband, tetapi samada anda tahu atau tidak, tugas seorang house husband adalah tugas seorang profesional. Dan contoh terbaik untuk menjadi seorang house husband yang terbaik ialah Nabi Muhammad S.A.W.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. sidai baju kat luar silap silap orang ingat suami kena queen control.. hehehe..

    alhamdulillah husband saya takde masalah nak membantu buat kerja rumah.. tapi betul la macam HH kata.. bukan senang nak buang rasa malas tu.. hihihi

    BalasPadam
  2. saya dan suami pekerja sepenuh masa. alangkah seronoknya kalau salah seorang dari kami boleh duduk rumah bekerja dari rumah. hehe. tapi apa pun, saya bersyukur dengan segala nikmat kurnia yang Allah berikan. dan bersyukur sebab suami membantu dalam kerja rumah. cuci baju dan sidai baju serta seterika baju beliau sendiri dah menjadi rutin wajib beliau. Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saling bantu membantu akan harmonikan rumahtangga .. in Sha Allah.

      Padam
  3. wahh! bapa yang sempoi ini....beruntung anak2 bro kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm ... sampai ada masa derang ni naik lemak tenusu kambing .. hahahaha

      Padam
  4. Usaha yang terbaik untuk family.
    Alah bisa tegal biasa...lama-lama kerja-kerja tu semua akan jadi mudah...sebab dah selalu buat.

    BalasPadam
  5. mr mama ..hehe ..

    #klik nuffnang #visit me on shukranzahari.blogspot.com ..happy blogging

    BalasPadam
  6. wah...sangat bagus..kerja sebagai fulltime blogger..good job bro!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh terima kasih .. terima kasih kerana masih sudi singgah di blog saya ni...

      Padam
  7. Suami saya husband house dan pandai memasak tetapi dia tetap nak isteri dia juga memasak..

    BalasPadam
  8. camne pun nk taknak kene buat jugak, nak harap kat sape lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaha... ye juga kan .. takkan nak biar camtu je .. kang jadi reban ayam lak.

      Padam
  9. hehe.. Yang penting bahagia. :)

    BalasPadam
  10. As'salamualaikum. Bro HH,
    MyGang bekerja dan nina housewife. Tapi syukur Alhamdulillah, MyGang banyak membantu dalam kerja2 rumah. Dia rajin tolong lipat baju, sidai baju, gosok baju dia dan baju sekolah anak2, kemas2 rumah dan lain2
    Cuma Bab dapur mmg dia tak joint.....

    BalasPadam
  11. Good husband. My husband pernah jd househusband...tp di antara yg disenaraikan di atas dia buat 3 item je kut...buang sampah..sidai baju...mop lantai jika isteri dah membebel2...hahaha. Skrg dah back to normal. Huby keje blk...jdlah Diana housewife plus keje...*_*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm bukan semua lelaki 'mampu' buat kerja seorang surirumah ni ...

      Padam
  12. saya and husband dedua kerja. semua 10 benda tu adalah perkara yg sukar dibuat oleh sesiapa pun. kena disiplinkan diri and buang sifat malas tu. and kena korbankan penat. saya bercita2 nak jadi housewife and fulltime blogger juga.. inspired dgn house husband mcm ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, di mana ada kemahuan .. di situ ada jalan.

      Padam
  13. Namapak mudah je, dah buat baru rasa, buat dgn penuh kesabaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kesabaran yang bukan biasa .. tapi kena luar biasa ...

      Padam
  14. Paling malas saya nk buat sapu rumah. da sapu taksmpai 5 minit kotor balik. sgt mencabar iman .. haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…