Pagerank tidak lagi relevan sebagai penanda aras untuk kualiti sesebuah blog. Itulah perkara yang saya dapat tahu apabila membaca beberapa artikel mengenainya berkaitan pembolehubah pagerank ini untuk blog di tahun 2015.

Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Pagerank (PR) ini boleh dimanipulasi oleh sesetengah webmaster dan juga penulis blog. Setakat ini belum ada berita sahih samada pagerank ini masih digunakan lagi atau tidak sebagai penanda aras kualiti sesebuah blog. Tiada sebarang makluman rasmi dari Google.

Pagerank Tidak Lagi Relevan

Pagerank Tidak Lagi Relevan
Sejak setahun dahulu (2013), tiada sebarang update berkaitan Pagerank. Kalau ikut kebiasaan, Google akan buat analisis dan kemaskini nilai Pagerank untuk laman web dan blog. Namun, sehingga entri ini ditulis tiada sebarang tanda yang Google akan kemaskini nilai PR ini.

Saya tidak mahu peningkan kepala, samada kepala otak saya mahupun anda. Soal Pagerank walaupun tidak sekompleks Flow Metrics oleh Majesic SEO, saya fikir adalah tidak perlu lagi dipedulikan secara serius untuk penarafan kualiti sesebuah blog.
Google Pagerank Tidak Lagi Relevan Untuk Tanda Aras Kualiti Blog

Walaupun hakikatnya sejak bertahun lamanya, ramai blogger yang cuba buat perbandingan antara beza Google Pagerank dan Alexa Ranking, sebagai tanda aras untuk menentukan keunggulan sesebuah blog.

Sebenarnya, ada banyak lagi penanda aras berkaitan kualiti kandungan sesebuah blog selain Google Pagerank. Ini termasuklah:

Jadi, usah gusar sangat mengenai nilai PR dan kesan Google Pagerank ini.

Apapun penanda aras kehebatan sesebuah blog itu segalanya adalah berkaitan konten atau kandungan blog. Wujudkan blog yang kaya dengan konten, tulis dan terbitkan entri-entri yang bermanfaat dan boleh memberikan sesuatu - lebih dari sebuah cerita dan berita.

Senyum-senyumlah selalu di hadapan blog anda, dan berseronoklah dengan blog anda!

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

15 Komen

Kehilangan Pagerank yang masih misteri sehingga kini

Reply

wahhhh jahilnya saya sebagai blogger picisan... ada pagerank... baru hari ni dengar... hehehe

Reply

Assalammualaikum.... bro HH,

mselim3 sentiasa tersenyum setiap kali membaca entry bro HH yang sentiasa ada informasi yg terkini..

mselim3

Reply

Banyak ilmu yang dikongsikan dari blog ini. Saya suka dan terima kasih bro HH atas ilmu dan
perkongsiannya.

Reply

banyak blog yang tak pernah update aih dapat PR tinggi tak kisah lagi masalah PR ini

Reply

Pagi-pagi masuk kelas di sini. Selamat pagi cikgu!

Reply

tak pernah guna menda alah nih

Reply

OKje sendiri tak pernah serious ambik tau pasal page rank ni HH..... Mungkin bagi sesetengah blogger penting kot. Apa yg penting blogger picisan mcm okje ni, ada ornag datang komen dah sangat alhamdulilah

Reply

Benar tu HH. Kualiti sangat penting. Pembaca la sebenarnya penilai blog terbaik..:)

Reply

Ya, tanpa pembaca ... blog boleh dianggap satu paparan hitam dalam kelas kosong.

Reply

Ia digunakan bila ada pengiklan besar bertanyakan perkara ini. Selalu pengiklan yang mahu berikan advertorial atau job review akan tanya berapa PR blog.

Reply

Hahahaa... itulah kan .. hmm peliks betul.

Reply

dulu, selain pagerank, selalu tgk alexa rank. kini dh malas. makin menggemuk angka AR. hihi

Reply

sekadar kajian sendiri..dah tengok laman web yang pagerank lagi tinggi .tapi takleh beat beberapa keyword dengan blog atau web yang tiada ranking lansung..sebab utama.saya rasa page yang ada rankinng tinggi macam mudah dan lelong.com.my masih menggunakan adwords untuk iklan mereka..google akan tak bagi web yang ada adwords tu page depan sesuatu keyword..kedua laman ni menggunakan program sepeti asp dan php yang melambatkan loading

Reply

Pagerank nak buat suka2 tayang kat anak2 kat rumah laa tuan HH...

Kurang2 bila ada page rank, blog anak takde pagerank bleh laa "X" sket...hoho

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.