Langkau ke kandungan utama

Kisah Sukar Nak Promosi Blog Sendiri

Saya faham ramai blogger baru rasa sukar nak promosikan blog sendiri. Saya pernah rasa keadaan tersebut, malah saya pernah tulis perasaan sukarnya nak promote blog satu masa dulu. Tak caya? Anda leh baca luahan saya yang ditulis sekitar tahun 2011  - Sukarnya Nak Promote Blog Sendiri.

Saya juga seperti anda. Langkah sukar nak promosikan blog agar blog dikenali. Tiada jalan yang mudah, walaupun tips promosi blog itu dah disediakan ramai rakan blogger yang lain. Dah ikut tapi tak jalan-jalan ketika itu. Apa sebabnya?

Kisah Sukar Nak Promosi Blog Sendiri

Namun, setelah bertahun berlalu, alhamdulillah, saya fikir kejayaan yang ada sekarang boleh dibanggakan walaupun tidak segah blog-blog lain yang lebih hebat.
Tips ringkas promosikan blog

Apa yang boleh saya katakan ialah, dalam mempromosikan blog ini tidak boleh ada rasa lemau dan rasa lelah. Anda perlu buat setiap hari tanpa jemu. Cuma mungkin, kena lakukan agar orang lain tak meluat. Kena buat dengan berhemah dan berhati-hati.

Bukan semua orang suka dengan cara kita promosikan blog. Jadi kaedah promosi itu perlu dipelbagaikan untuk menarik perhatian pelbagai golongan pengunjung dan pembaca. Anda tidak boleh lakukan promosi yang sama untuk target pengunjung umur 18 tahun jika blog anda sedang sibuk cerita hal politik. Golongan umur 18 tahun lebih suka cerita santai, seronok-seronok, kisah cinta, ayat-ayat romantis .... tak sesuai kalau anda nak tarik mereka ke blog jika kongsikan entri di group yang ramai golongan ini.

3 Tips Ringkas Promosikan Blog

Tips ringkas untuk anda perkenalkan blog anda ke dunia blog Malaysia.
  1. Istiqomah
  2. Pelbagaikan teknik promosi
  3. Jangan putus asa

Sebab saya tidak pernah putus harap dengan blog saya, maka saya tetap menulis blog setelah bertahun lamanya. Anda juga boleh buat, in Sha Allah, sebab saya juga seperti anda di awal berblog dahulu. Kita semua bermula dari satu titik yang sama. Tak gitu?


Komen Pembaca ...

  1. setuju dgn sifu HH.. kena istiqamah apa kita buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab istiqomah memang susah sebenarnya .. :) disiplin kena tinggi. Kental jiwa raga.

      Padam
  2. Dari dahulu sehinggalah sekarang saya masih buat blog walking. Sebagai salah satu untuk blogger lain mengenali blog saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya kenal blog biomed pun sbb blogwalking ke BLOG ORANG LAIN .. :) jeng jeng jeng ...

      Padam
  3. Memang kena konsisten untuk berjaya dalam blogging.
    Promosi...promosi...promosi.
    Siapa lagi kalau bukan kita yang boost-up blog sendiri. Cuma perlu belajar macam mana nak promosi cara yang betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Teknik promosi ini berubah, dan dah ada banyak sumber serta platform boleh guna, samada percuma mahupun berbayar.

      Padam
  4. yup...yg penting jgn putus asa...syira ingat lg 1 ayat bro HH di facebook "jika bukan kita yg promote blog kita, siapa lg nak buat" ..hehe..sejak tu terus syira tak malu promote blog :D tq !

    BalasPadam
  5. saya tulis apa yang saya minat, kemudian kongsikan juga pada mereka yang punya minat yang sama, simple...

    BalasPadam
  6. insyaAllah akan istiqamah n xputus asa dalam blogging ni...

    BalasPadam
  7. Benar seperti yang dikatakan oleh Hasrulhassan

    BalasPadam
  8. istiqomah a.k.a konsisten ni yang kadang-kadang susah nak buat.. banyak sangat makan limau jadi lemau..hihi

    BalasPadam
  9. Nak jadi blogger tegar ni.. cabaran banyak...
    Saya sendiri susah nak konsisten dalam blogging..
    Promosi kencang, Pernah dapat hit traffik yang cukup tinggi.
    mantap, tapi tak ada income yang berbaloi dalam blog
    lama lama, down akhirnya.... Kitaran ini akan berlaku dan akan dilalui
    oleh blogger.. Betul... Istiqamah.. bukan suatu yang mudah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seperti juga kehidupan yang ada pasang surut. :) kan ..

      Padam
  10. saya terus mempromosi blog tanpa rasa jemu walaupun kini trafik tak pernah tinggi-tinggi sejak 3 tahun yang lalu..

    BalasPadam
  11. Yeah! Ni jadi lagi semangat hehehe ☺️

    BalasPadam
  12. yup, betul tu...sifu-sifu semua suruh blogwalking 10 blog sehari untuk lebarkan sayap... ada yang kata setting kene betul dekat web. robot txt, crawler bawagi supaya boleh baca. konpius..

    BalasPadam
  13. Banyak teknik sebenarnya, cuma jangan SPAM. Tidak baik untuk jangka panjang..

    BalasPadam
  14. btul..sy dlu byk blogwalking, join giveaway, rjin komen, rjin update status smpi follower pon dh mningkat..tp disebabkan bru ini sy tukar name domain terus down visitor..nk kena naikkan blik bkn mudah kena rajin..ape pon masa yg pting..sibuk dgn keje je..hehe

    BalasPadam
  15. lepas 3 bulan, kalau masih lagi tulis blog, maknanya dia ada passion, bukannya ikutan..kalau kurang dari tu, maknanya dia bukan nak jadi blogger, dia ikut orang je tu..:D

    BalasPadam
  16. Komen di blogspot atau mana2 sahaja web, media sosial seperti FB, whatsapp,wechat etc.. email

    Macam2 boleh dibuat. Hurmm rajin dan senarai yang ada dalam entri ini juga penting.
    Jom ke Ayie Media

    BalasPadam
  17. ye..kena rajin promote & istiqomah..sama je mcm bukak kedai, kalu tak promote, sapo nk dtg iye dok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai yang tak leh nak istiqomah .. :)

      Padam
  18. thank you.abang ensem dan yg pentingnya saya akan terus istiqamah...amin

    BalasPadam
  19. thank you.abang ensem dan yg pentingnya saya akan terus istiqamah...amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Erkkk Abang Ensem? Ohh terima kasih . ... hehehe

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.