Kadar Tarif Elektrik Terkini 2015

Kadar tarif elektrik terkini. Kadar tarif elektrik terkini turun mulai 1 Mac 2015. Satu berita gembira buat rakyat Malaysia. Ia berikutan kejatuhan harga bahan api dunia yang menyebabkan serba sedikit pengurangan kos oleh TNB.

Alhamdulillah, dengan penurunan kadar tarif elektrik ini dapatlah sedikit berjimat dalam perbelanjaan, walau hakikat sebenarnya ialah kita sebagai pengguna boleh kurangkan lagi bil eletrik jika tahu cara menggunakan elektrik dengan betul.

Kadar Tarif Elektrik Terkini Turun Mulai Mac 2015

Kadar tarif baru elektrik bermula 1 Mac 2015 telah ditetapkan pada 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWh). Walaubagaimanapun, kadar atau tarif itu  berkuat kuasa hanya sehingga 30 Jun 2015. Ia akan disemak semula dengan penjimatan semakan semula kos bahan api dan kos penjanaan (ICPT). Kerajaan telah membuat keputusan tersebut dalam Mesyuarat Kabinet yang membolehkan pengurangan memberi manfaat kepada pengguna yang menggunakan melebihi 300 kWh sebulan.
Kadar Tarif Elektrik Terkini 2015

Dengan tarif dan kadar baru elektrik ini, dijangka pengguna akan dapat pengurangan bil elektrik dalam lingkungan RM13.50 sehingga RM45 sebulan berdasarkan kadar penggunaan bulanan elektrik.

Jimat tak jimat sebenarnya bergantung dengan kita, walaupun ada yang gunakan kaedah Smart Card Jimat Elektrik yang ramai dah gunakan untuk dapatkan lebih penjimatan dalam kadar tarif elektrik ini.

Kadar tarif elektrik yang terkini ini mungkin boleh elak kita semua dari buat 6 petua jimat elektik tidak patut diamalkan 

{ 11 comments.. read them below or add one }

ahmad ahmad February 11, 2015
Singgah sini
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jemput join segmen saya yg terbaru ni ye..
Segmen Mencari Bloglist blogahbar

Senarai Peserta

Mari sama2 kita berblogwalking kenali rakan blogger anda..
Syira Lokman Syira Lokman February 11, 2015
semoga mendapat manfaat :)
Wan Fatihanum Wan Rusli Wan Fatihanum Wan Rusli February 12, 2015
boleh dapat lagi satu cabang berjimat..selain dari tips jimatkan elektrik..pastinya satu berita gembira untuk rakyat
Sentiasa Panas Sentiasa Panas February 12, 2015
Harga barang entah bila pula nak turun ye..
Denaihati Denaihati February 12, 2015
Alhamdulillah. Banyak kesan penjimatan sebenarnya. Harap diteruskan nanti.
hafiz hafiz February 12, 2015
kalau berterusan sehingga ke penghujung tahun kan lagi bagus
azimah mohd zainuddin azimah mohd zainuddin February 12, 2015
Bersyukurlah turun sedikit walaupun hanya untuk mereka yang menggunakan elektrik dalam kapasiti yang banyak

http://www.kakyongcun.com
Mohd Ridzwan Abdullah Mohd Ridzwan Abdullah February 13, 2015
Syukur juga atas penurunan ni. Sekurang-kurangnya merasa juga bil-bil berharga rendah.
Maria Hasun Maria Hasun February 13, 2015
Alhamdulillah kurang beban
yangbaik yangbaik February 13, 2015
Alhamdulillah... semakin kurang beban kewangan. Majulah TNB untuk rakyat Malaysia.
Tetapi ada juga orang yang tidak sukan dengan penurunan tarif ini...
AnonymousAnonymous May 03, 2015
2.25 ke 22.5 sen per kWh

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.