HotFM RTM Beri Hormat Pada Tok Guru Nik Aziz

HotFM RTM Beri Hormat Pada Tok Guru Nik Aziz. Setakat post ini ditulis, saya dapati hanya radio HotFM dan RTM1 yang memberikan hormat atas pemergiaan tokoh politik berpengaruh PAS, Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Yang lain? Hmm mungkin tidak penting buat mereka.

Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah kembali ke rahmatullah pada usia 84 tahun di rumahnya setelah sejam kembali dari Hospital Kubang Kerian pada 12 Februari 2015, jam 9:40 malam. Berita Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia telah diberitahu oleh anaknya, dan menjadi liputan berita utama hampir semua portal online berita. Datuk Nik Aziz meninggal dunia disebabkan sakit yang telah sekian lama dihidapi iaitu kanser prostat.

HotFM dan RTM Antara Pertama Beri Hormat Pada Tok Guru Nik Aziz


HotFM dan RTM antara yang pertama beri hormat dengan mengurangkan penyiaran berbentuk hiburan, dan dilebihkan kepada bacaan ayat suci Surah Yasin dan al fatihah. Sesuatu yang sepatutnya dicontohi oleh semua stesen penyiaran. Tok Guru Nik Aziz adalah seorang insan dan tokoh hebat, malah beliau antara tokoh politik dan pemimpin yang sangat mesra dengan rakyat, terutama di negeri Kelantan.

Sikap rendah diri yang tiada tolok banding (jika dibandingkan dengan pemimpin politik yang lain) yang ada pada Tok Guru Nik Aziz menjadi satu trademark sehingga dihormati kawan dan lawan. Saya sendiri tidak pernah jumpa dengan mana-mana ahli politik Malaysia yang mendahulukan soal agama lebih baik daripada beliau.

HotFM menerusi laman facebook mereka turut memperlihatkan rasa hormat tersebut kepada Tok Guru Nik Aziz.

Sekali lagi, saya ucapkan takziah kepada keluarga terdekat dan sanak saudara Datuk Nik Aziz Nik Mat. Semoga roh Tok Guru Nik Aziz dicucuri rahmat Allah S.W.T.

Jenazah Datuk Nik Aziz Nik Mat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada jam 10.55 pagi 13 Februari 2015. Sebelum itu, jenazah Tok Guru yang juga Mursyidul Am PAS disolatkan di Masjid Pulau Melaka kira-kira jam 10 pagi. Turut hadir memberi perhormatan terakhir adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin tertinggi negara.

Beberapa rakan blogger saya memberitahu, ribuan orang hadir ke majlis pengebumian tokoh politik disegani ini, malah ia mengingatkan saya dengan kepemergiaan Ustaz Fadhil Mohd Noor satu masa dahulu, yang juga merupakan salah seorang tokoh politik hebat PAS.

p.s: Sebaik sahaja entri ini diterbitkan, saya dapati TV3 mula alunkan bacaan ayat suci Al Quran - Surah Yasin.

Al fatihah.


{ 7 comments.. read them below or add one }

Misya (Aimi Syahirah) Misya (Aimi Syahirah) February 13, 2015
Sebak bila mengenangkan tokoh Islam Malaysia terhebat TGNA dah tiada lagi di dunia ini.. Al-Fatihah..;'(
Isya PurpleZ Isya PurpleZ February 13, 2015
orang dr luar kelantan pun katanya ramai yg pegi kt umah tok guru.. sedihnya xdpt join skali.. :(
Wanie Masduki Wanie Masduki February 13, 2015
Astro Awani ada siarkan mengenai arwah dan juga Al-fatihah sekejap..tapi yg paling baik mmg sepatutnya alunkan bacaan ayat suci Al-Quran..adik saya pun bergerak ke Kelantan malam tadi bersama pemuda yang lain..ramai sgat orang..melebihi 100,000 mungkin..
Kakcik Nur Kakcik Nur February 13, 2015
Stesen TV juga perlu dikejutkan dari lena...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.