Hiburan Jalanan Kota Bandung

Hiburan jalanan di Kota Bandung adalah satu pemandangan biasa ketika matahari melabuhkan tirai di ufuk senja. Golongan penghibur jalanan akan keluar mencari rezeki di medan-medan selera serta gerai tepi jalan yang berderetan di lokasi-lokasi terpilih.

Semasa awal tiba di Kota Bandung, saya, keluarga dan rakan-rakan lainnya telah berkesempatan mencuba hidangan rakyat Kota Bandung di sebuah gerai yang agak terkenal juga. Kami bercadang mahu mencuba salah satu menu antara istimewa di situ, iaitu Nasi Goreng Kambing.
Hiburan Jalanan Kota Bandung

Hiburan Jalanan Kota Bandung

Suka Hati Seafood, berbeza dengan namanya, saya telah memilih untuk mencuba hidangan Nasi Goreng Kambing. Mungkin selera rasa yang berbeza, saya hanya mampu menjamah setengah dari nasi goreng yang telah tersedia. Rasanya sangat kuat dengan 'bau' hamis kambing yang menyukarkan deria rasa untuk menerima isyarat dari deria bau yang tidak mahu kompromi.
Hiburan Jalanan Kota Bandung
Di awal mula duduk sahaja di Suka Hati Seafood ini, kami telah didatangi oleh seorang anak muda yang cukup semangat dengan gitarnya. Tanpa diminta, anak muda ini terus sahaja melagukan Aku Yang Dulu Bukannya Yang Sekarang. Sedikit lain rentak dan liriknya, salah seorang dari kami mohon dipersembahkan lagu lain yang lebih terkini.

Dengan lentok suara terendiri, anak muda itu melagukan Selimut Tetangga kepada kami semua. Sebagai tanda sokongan pada anak muda ini, dan karingatnya untuk hiburkan kami .... salah seorang daripada kami hulurkan RPXX,000 kepadanya. Kami juga sama-sama menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Kumpulan Band Republik ini.
Hiburan Jalanan Kota Bandung

Chorus Lirik Selimut Tetangga

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian
Hiburan jalanan seperti ini memang selalu ada. Di mana tempat makan yang jadi tarikan pelancong, pasti akan ada penyanyi jalanan seperti anak muda ini. Keadaan yang sukar di Kota Bandung menjadikan apa sahaja pekerjaan dilakukan demi sesuap nasi.

Awas Dengan Peminta Sedekah

Namun awas, jangan sampai kebaikan yang ada dalam diri anda menyumbang kepada jenayah peminta sedekah yang juga agak banyak di Kota Bandung.

Sekilas saya dan rakan-rakan juga ada perhatikan seorang ibu muda dengan bayi kecil dikendong mohon diberikan uang walaupun sudah berada di dalam van, sesudah van mula bergerak, nampak kelibatnya memberikan hasil uang tersebut pada seorang lelaki tegap sedang duduk di atas sebuah motorsikal tidak jauh dari situ.

"Tolonglah pak, RP10,000 pun sudah cukup, kami bisa nasi dengan tauhu ... tolonglah pak .. tolonglah beri ..." Gitulah rayuan ibu muda tersebut sampai hulurkan tangan menerusi tingkap van yang terbuka.