10 Gambar dan Video Ribuan Rakyat Iringi Jenazah Tok Guru Nik Aziz

Gambar Video Ribuan Rakyat Iringi Jenazah Tok Guru Nik Aziz. Sedih dan pilu. Tok Guru Nik Aziz seorang tokoh hebat. Kehadiran puluhan ribu orang ramai ke rumah Tok Guru yang berhampiran dengan Masjid Pulau Melaka menunjukkan bahawa beliau seorang yang sangat disenangi dan disayangi.

Semua hadir kerana mahu memberikan penghormatan kepada tokoh politik ini, yang pernah dianggap antara pemimpin politik Islam paling berpengaruh di dunia! Ramai yang mengangumi sikap rendah diri yang memang ada dalam diri beliau. Jadi tidak menjadi satu kepelikkan bila mana ada rakan-rakan saya yang sanggup terbang dari jauh ke Kelantan untuk memberikan penghormatan terakhir.

Semua Orang Sayangkan Tok Guru

"Semua orang sayang Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat), sebab itu ramai yang datang hari ini," kata isteri Mursyidul Am Pas, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak - Memetik Sinar Harian.

Saya kongsikan beberapa gambar menunjukkan betapa ribuan rakyat datang untuk melihat dan mengiringi jenazah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dari Masjid Pulau Melaka ke tanah perkuburan Islam Pulau Melaka.

10 Gambar Video Ribuan Rakyat Iringi Jenazah Tok Guru Nik Aziz

Gambar Ribuan Rakyat Iringi Jenazah Tok Guru Nik Aziz
Gambar Ribuan Rakyat Iringi Jenazah Tok Guru Nik Aziz
Gambar Ribuan Rakyat Iringi Jenazah Tok Guru Nik Aziz
Gambar Ribuan Rakyat Iringi Jenazah Tok Guru Nik Aziz
Gambar Ribuan Rakyat Iringi Jenazah Tok Guru Nik Aziz
Gambar Ribuan Rakyat Iringi Jenazah Tok Guru Nik Aziz
Gambar Ribuan Rakyat Iringi Jenazah Tok Guru Nik Aziz
Gambar Ribuan Rakyat Iringi Jenazah Tok Guru Nik Aziz
Gambar Ribuan Rakyat Iringi Jenazah Tok Guru Nik Aziz

Dihadiri Pelbagai Pemimpin Negara

Beberapa pemimpin negara dan negeri turut hadir ke majlis penuh syahdu dan hiba ini, antaranya Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin tertinggi Pas.

Turut kelihatan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir di Masjid Pulau Melaka bagi memberi penghormatan terakhir serta menyertai solat jenazah. Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah adalah antara orang kenamaan yang memberi penghormatan terakhir.

Saya difahamkan bahawa Datuk Seri Najib menerima berita kembalinya ke rahmatullah Datuk Nik Aziz Nik Mat malam tadi dalam satu majlis, dan beliau berhenti berucap lantas terus meminta semua hadir untuk membacakan Al Fatihah untuk arwah Tok Guru.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga turut hadir.

Video Ribuan Orang Iringi Jenazah Datuk Nik Aziz


Nah. Semua ini bukti bahawa Datuk Nik Aziz Nik Mat bukan calang-calang tokoh politik. Beliau seorang ulamak, ahli politik, ustaz, guru, bapa yang disayangi, disegani dan disukai semua orang, hatta kepada mereka yang sebelum ini pernah 'bermusuh' dan berselisih pendapat dengannya.

Sikap bersederhana, rendah diri dan kaya ilmu agama bekas menteri besar Kelantan ini patut dijadikan ikutan semua.

Semasa Lutfi Othman, pengarang Majalah Detik ketika itu ingjn mewawancara.. Tok Guru sign dokumen seakan melayangkan pen sahaja. Lutfi berseloroh.."Tekan kuat sikit mata pen tu tok guru baru clear.." Sambil tersenyum tok guru membalas,"Ambo guno pen pejabat. Hok rakyat.. Tekan kuat takut membazir. Kito tok buleh wat mudoh harto rakyat nih".. Dakwat pen pun jadi perhitungan untung rugi...itulah Tok Guru Nik Aziz.  - Sumber Rakan

Al Fatihah buat Tok Guru Nik Aziz.


{ 7 comments.. read them below or add one }

shukran TQ shukran TQ February 13, 2015
Al-fatihah..

#nuffnangclick #visit me on shukranzahari.blogspot.com #Happy blogging
ejulz ejulz February 13, 2015
Kepimpinan melalui tauladan..
blogger lelaki blogger lelaki February 13, 2015
al-fatihah..satu kehilangan buat rakyat Kelantan pastinya pemergian TGNA amat dirasai
ANIM ANIM February 13, 2015
sebak menonton video yg dipaparkan. matinya ulama, Allah angkat angkatkan keberkatan dan ilmunya. semua musuh menyanjunginya...Alfatihah buat TGNA
nor hidayah mohd nor nor hidayah mohd nor February 14, 2015
Tak pernah jumpa Tok Guru Nik Aziz depan-depan. Biasa dari kaca tv , social media dan akhbar. Terkejut bila tahu berita arwah. Lagi-lagi baru dikejutkan dengan kehilangan Datuk Hasbullah Awang. Dah agak akan datang seramai ni sebab arwah sentiasa disenangi oleh orang ramai. :(
KERJA KOSONG TERBARU KERJA KOSONG TERBARU February 14, 2015
Sedih dan hiba rasa dalam diri. Pemergian Tok Guru Nik Aziz adalah suatu kehilangan besar kepada barisan ulamak yg disegani kawan dan lawan. Kali terakhir dapat ku kucupi tangan beliau pada bulan Jun 2014... Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang beriman dan para syuhadah....'perginya seorang idola'...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.