Gambar Pasangan Pengantin Sweet Jadi Viral

Memang sweet melihatkan gambar pasangan pengantin baru ini. Jadi, memang tak hairan kenapa ia menjadi viral di laman sosial Facebook. Manakan tidak, di sebalik gambar ada kisah yang tersirat yang membayangkan akan keserasian dan akrab perhubungan dua pasangan yang baru menikah ini.

Gambar pasangan pengantin sweet jadi viral kerana ia menunjukkan bahawa tanggungjawab suami itu bukan hanya dikala waktu senang dan gembira, tetapi juga di dalam keadaan sukar dan sengsara. Si suami yang sebelum ini terpaksa bersanding seorang diri di atas pelamin mungkin membawa pelbagai cerita yang tidak sedap didengar andaikata yang hadir tidak dimaklumkan akan keadaan pasangannya.

Gambar Pasangan Pengantin Sweet Jadi Viral

Nah. Langkah jurugambar perkahwinan pasangan ini yang mencadangkan saat-saat indah bersama isteri dirakamkan juga, walaupun dalam keadaan yang tidak begitu mengizinkan akhirnya menzahirkan sesuatu yang manis dan menyentuh rasa. Dan setidak-tidaknya, ia akan merungkai sebab kenapa si pengantin lelaki terpaksa bersandingan seorang diri di atas pelamin.

Hikmah. Allah S.W.T berikan jalan untuk pasangan ini elak fitnah. Dan akhirnya Allah S.W.T mengizinkan gambar pasangan pengantin sweet ini menjadi viral di laman Facebook, sehingga dipaparkan di dalam akhbar Metro.

Mohd Suhairi Md Salleh,26, dan Ainul Aqmar Arzmi,25, ‘berpisah’ seketika di hari persandingan mereka di kediaman pihak lelaki, Ahad lalu selepas Ainul terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Amanjaya Specialist Centre, Sungai Petani, Kedah.

Ainul ketika dihubungi di Sungai Petani, berkata, pada 6 petang Sabtu lalu, dia ke hospital itu selepas tidak dapat menahan kesakitan akibat ketumbuhan pada ovari (cyst).

“Pada 8 malam, doktor memaklumkan saya perlu dibedah bagi membuang ketumbuhan itu kerana ia semakin kritikal." - Harian Metro

Gambar pasangan pengantin sweet jadi viral ini memaparkan foto pengantin lelaki, Mohd Suhairi membawa kek majlis perkahwinan ke hospital tempat isterinya menjalani pembedahan yang terletak hanya 500 meter dari kediaman pengantin pengantin - tempat majlis persandingan berlangsung.

Isteri Mohd Suhairi, iaitu Ainul Aqmar terkejut dengan kehadiran suaminya membawa kek majlis perkahwinan ke hospital. Saat-saat indah lagi unik penuh sejarah ini dilensakan oleh Kawaras iaitu jurugambar majlis berkenaan, yang bertindak kreatif mengabadikan gambar kenangan pasangan sweet ini.

Walaupon Ainul, pengantin perempuan tidak dapat hadir ke resepsi perkahwinan kerana ada " operation " mengejut malam sebelum resepsi dan hanya Ari, pengantin lelaki sahaja yg berada di resepsi dibantu oleh rakan2 yg hebat tetapi this " Handsome gentleman" masih mampu buat kejutan dan ukirkan senyuman di wajab isteri kesayangan . . kami doakan this lovely couple moga berkekalan ke jannah dan dipermudahkan segala urusan . . both of them are totally amazing and charming . . . - Exclusively Engineered by unclekayblog.com - Facebook

Setakat entri ini ditulis, gambar pasangan pengantin sweet ini telah menerima lebih daripada 8000 likes, dan lebih 300 shares. Bukan setakat pengantin baru ini menjadi popular di laman sosial, tetapi juga menaikkan imej dan jenama Uncle Kay Photography.

Sweet. In Sha Allah, semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Sesungguhnya apa yang berlaku merupakan ujian untuk pasangan suami isteri.

Seorang rakan saya (ahli jemaah tabligh) pernah berkata kepada saya - "Dalam sepanjang kehidupan suami isteri, akan datang 3 ujian besar yang menguji kerukunan rumahtangga. Ujian ini akan datang pada awal perkahwinan, pertengahan dan di lewat usia sebuah rumahtangga. Jika dapat menempuhnya, in Sha Allah, akan beroleh rahmat dari Allah S.W.T"


{ 25 comments.. read them below or add one }

✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ February 24, 2015
Ya Allah sweetnya. Beruntung gegel tu dapat suami macam tu.
ahkak gojes ahkak gojes February 24, 2015
memang beruntung si isteri dpt suami mcm tu..semoga jodoh mereka hingga ke jannah
Inspirasi Huda Inspirasi Huda February 24, 2015
Pengorbanan yang sangat bermakna dan mendapat perhatian serta pengajaran dari masyarakat. Setiap ujian yang datang tersembunyi di sebaliknya kemudahan. Mudah-mudahan dengan akal yang bersih, kita dapat memahami hikmah tersembunyi.
Dulu Lain Sekarang Lain Dulu Lain Sekarang Lain February 24, 2015
Wah! tahniah pada pasangan ini. Ni yang buat kawe rasa hendak postkan gambar kawin lama kawe.. He he.. Boleh viral tak? Alahai.. ketinggalan zaman weh. Tapi tetap ada Kilauan Emas nya. :D
Apa-apa pun kalau gambar kawin dengan isteri muda tapi wife tak tahu, pasal kawin tu, kawe rasa kalau terlepas di FB atau media sosial, garenti viral punya terutama sekali dalam group family.
nor hidayah mohd nor nor hidayah mohd nor February 24, 2015
Wahhhhh, bagus husband dia, si isteri takde la kecewa sangat bila tak dapat hadir resepsi. Benda macam ni la bagus jadi viral dari benda2 mengarut yang ramai orang share. Hehehehe
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK February 24, 2015
So sweet..
Ade dengar kisah ni kt Hot FM pagi tadi:)
Lynn Munir Lynn Munir February 24, 2015
Bakal menjadi memori indah kepada pasangan ini.Moga kekal hingga ke anak cucu.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 24, 2015
Ehemm .. nak ciri2 suami macam tu Ina Ainaa?
perubatan khalifah perubatan khalifah February 25, 2015
:)
semoga gambar dan moment ini akan menjadi pembakar semangat kepada kasih yang sejati.
nak dapat jodoh yang baik, kita kenalah jadi yang terbaik dulu....insya-Allah
#muhasabah diri-ku sendiri.
zana baijurie zana baijurie February 25, 2015
Selamat Pengantin Baru, semoga jodoh berkekalan hingga ke alam jannah dan semoga dikurniakan zurait yang solleh dan salleha, amin yo rabbal alamin
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 25, 2015
In Sha Allah, kita doakan bersama-sama.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 25, 2015
In Sha Allah, pengalaman unik di hari bahagia yang tidak semua orang perolehi.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 25, 2015
Boleh je. CUbalah bersanding sekali lagi ... :) buat sesuatu yang unik, bukan takat viral .. masuk frontpage paper pun boleh.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 25, 2015
Ohh ye ke .. saya sendiri tak perasan
perubatan khalifah perubatan khalifah February 26, 2015
yup, setuju....FB saya jer ada hampir 8ribu gambar....kebanyakkannya gambar keluarga. nanti bila saya dah tua, dah jadi moyang, bila cucu cicit tanya, "moyang, ada gambar moyang masa muda tak??? ada gambar keluarga kita semua masa muda-muda tak?"...boleh la saya jawab, "cu...ni password FB moyang, semua gambar ada kat dalam tu...".
kita tak tahu bila mereka semua akan pergi meninggalkan kita.
p/s : serius neh....tak main-main punyer planning masa depan. haha.
Nao Mei Nao Mei February 27, 2015
Waw.....memang beruntung kan kalau dapat boy macam dia nie..hiho..
hafizmd hafizmd March 02, 2015
Mmg sweeeeet n ohesem betullah.

Moga bahgia till jannah utk pasangan ni. ameen
Yana Nana Yana Nana March 02, 2015
Jatuh hati Cik Yana..
AnonymousAnonymous March 10, 2015
Ainul kwn 1 batch sy, Ari senior sy. were same school. korg mmg sweet dr dulu smpai skg. moga hubungan korg kekal till jannah.amin2.
Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman March 12, 2015
Memang sangat sweet pengantin ni..
Mek ila Jual Vitamin Mek ila Jual Vitamin March 13, 2015
Moga bahagia hingga ke akhir hayat, Amin.
AnonymousAnonymous March 26, 2015
pengantin pompuan cantik laa..pengantin laki pulak nampak baik je muka dia.muka tenang.bestnyer nengok..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.