Skip to main content

8 Foto Nikah Fadzil Zahari - Yana Samsudin

Foto pernikahan Fadzil Zahari dengan Yana Samsudin. Tahniah buat pasangan sama padan, sama cantik Fadzil Zahari dan Yana Samsudin kerana telah sah menjadi suami isteri. Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 2013), Yana Samsudin sah bergelar isteri kepada adik pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari, selepas sholat Jumaat 13 Februari 2015. Alhamdulillah.

Pasangan Fadzil Zahari bersama selebriti cantik Yana Samsudin telah selamat diijabkabulkan di kediaman keluarga Yana di Yong Peng, Johor. Majlis tersebut dihadiri keluarga serta sanak sedara terdekat dan teman-teman seperjuangan.

Yana Samsudin Sah Isteri Fadzil Zahari

Dalam majlis pernikahan serba ringkas itu, Yana Samsudin  menerima mas kahwin berjumlah RM10,000 berserta lima dulang hantaran yang dibalas tujuh untuk pihak lelaki. Yana turut menerima wang hantaran sebanyak RM50,000; begitulah dilaporkan oleh Berita Harian Online.

Foto Nikah Fadzil Zahari - Yana Samsudin

Terima kasih kepada Project2pi dan CST Production kerana sudi menyiarkan beberapa gambar cantik pernikahan pasangan ini.
Foto Nikah Fadzil Zahari - Yana Samsudin
Foto Nikah Fadzil Zahari - Yana Samsudin
Foto Nikah Fadzil Zahari - Yana Samsudin
 Foto Nikah Fadzil Zahari - Yana Samsudin
Foto Nikah Fadzil Zahari - Yana Samsudin
Gambar pernikahan fadzil zahari yana samsudin
Gambar pernikahan fadzil zahari yana samsudin
Sama-samalah kita mendoakan kebahagiaan pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat dan semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.


Comments

  1. Alhamdulillah. .selamat pengantin baru..nak kawennnnnn jugakkkkkk

    ReplyDelete
  2. Semoga kekal bahagia dunia dan akhirat..amin...tahniah yana.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.