Dedah Rahsia Suami Isteri di Media Sosial

Dedah rahsia rumahtangga suami isteri di media sosial. Apakah rahsia kebahagiaan rumahtangga? Bagaimana nak dapatkan keharmonian dan kemesraan berpanjangan dalam hubungan suami isteri? Ramai pasangan yang mahu bahagia hingga ke akhir hayat, namun ironinya; ramai pasangan yang tanpa fikir panjang dedah rahsia suami isteri di media sosial.

Sejak akhir-akhir ini, laman sosial dijadikan tempat untuk meluahkan segala rasa di hati. Ada yang menulis ringkas, ada yang tulis panjang. Hal demikian sudah menjadi satu kebiasaan pula. Apabila dikongsikan rasa yang adakala tanpa sedar dedah rahsia rumahtangga suami dan isteri; ia berkemungkinan akan membawa kepada satu pengakhiran yang tidak diminta.

Dedah Rahsia Suami Isteri Media Sosial

Dedah Rahsia Suami Isteri Media Sosial
Lihat sahaja bagaimana kisah rumahtangga menjadi tatapan umum di kalangan selebriti. Sedikit sebanyak perkongsian rasa mereka menerusi medium seperti Facebook dan Twitter mengundang pelbagai komen yang berbentuk spekulatif. Almaklumlah, mereka ada ramai pengikut dan peminat yang tak boleh ditutup mulut, apatah lagi pemikiran. Sedikit sebanyak komen-komen tersebut adakala membuatkan si suami dan isteri terbabit mula 'diracuni' pemikiran orang lain tanpa mereka ketahui kisah sebenar.

Jadi, perkara seperti ini boleh membawa kepada permasalahan lain - fitnah dan juga penceraian. Siapa mahu kehidupan bekeluarga punah dan musnah, ye tak?

Antara punca utama penceraian adalah berkaitan seks. Baca mengenainya di sini - http://goo.gl/mCbP6c

Daripada pengalaman sayalah, ada yang kongsi cerita mengenai suami buat itu buat ini di laman sosial, yang kemudiannya melarat kepada rakan dan sanak saudara yang cuba tambah rencah dan perisa. Siap bagi gambar tanpa tajuk tanpa fakta benar untuk menyemarakkan status dikongsi. Yang membaca tanpa tahu asal usul, terus komen sehingga ada yang membibitkan rasa amarah tanpa fikir yang jejaskan rasional.

Silap. Ini adalah kesilapan tindakan bagi pasangan yang mahu rumahtangga bahagia.
Dedah Rahsia Suami Isteri Media Sosial
Kisah rumahtangga terutama berkaitan masalah dan isu sensitif tidak perlu diluahkan menerusi media sosial. Mungkin ada yang fikir cara itu adalah terbaik untuk redakan rasa di hati, tetapi sebenarnya ia mengundang parah yang mungkin sukar untuk diubati. Jangan bawa permasalahan rumahtangga menjadi bualan satu dunia. Kelak nanti anda akan ditertawa, dan paling sadis, ia akan babitkan anak-anak yang tidak mengerti apa-apa.

Jangan dedah rahsia suami isteri di media sosial. Tapi kongsikan kebahagiaan sebenar agar semua boleh mendoakan ia berpanjangan hingga akhir hayat. In Sha Allah.


{ 13 comments.. read them below or add one }

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid February 11, 2015
ramai jer yang macam tu abang Hasrul Hassan, kadang-kadang tak pasti apakah yang mereka nak sebenarnya... errrr...
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ February 11, 2015
Ena ramai je tengok status macam tu. Terutama mereka yang kahwin pada awal umur ni. Gaduh sedikit upstatus.
Anira Abdul Anira Abdul February 11, 2015
Sekarang ni ramai yang menggunakan media sosial utk update rahsia rumah tangga...walhal x perlu pun...takut....harap dijauhkan dari kita semua ye. Kalau nak gaduh gak...bisik2 dlm bilik je suami isteri.
Ismail Ahmad Ismail Ahmad February 11, 2015
hurmm.. minta-minta kita semua dijauhkan..
timm bill timm bill February 11, 2015
betul2, fb ni klau elok cara guna jdilah elok, klau xelok, jadilah mcm2..
mna taknyer, masalah dlm kain pun semua nk crita kt org..
mintalah dijauhkan..
Sentiasa Panas Sentiasa Panas February 12, 2015
Itulah namanya kebodohan mutlak..
Denaihati Denaihati February 12, 2015
Salah tempat melepaskan geram dan mengadu. harap kita semua dihindarkan.
aizamia3 aizamia3 February 13, 2015
Moga hubungan atas nama suami isteri itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat hendakNYA.
Maria Hasun Maria Hasun February 13, 2015
Belum kawen lg tapi fhm msg msg kena jaga aib pasangan.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 13, 2015
Meluahkan di tempat yang tidak kena ... undang ramai yang nak jadi psikopetri .. err apa ke namanya ehhh ... susah lak nak eja.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 13, 2015
Hmm tula .. gaduh je la dalam bilik ye tak .. hoho .. :P
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 13, 2015
Semua kita semua dilindungi dari melakukan perkara2 yang mengaibkan ini.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 13, 2015
In Sha Allah, kena banyak berdoa kepada Allah S.W.T

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.