Contoh Invois Keluarkan Income Komli

Contoh invois keluarkan income Komli. Baru-baru ini, ada rakan blogger yang telah berjaya dapatkan pendaftaran percuma dengan medium pengiklanan Komli. Untuk itu, saya ucapkan tahniah. Bukan apa, kadangkala Komli agak strict juga nak benarkan pendaftaran baru untuk blogger. Walaupun strict, tapi best jika dapat medium pengiklanan Komli letak dalam blog, saya ada cerita 6 sebab pilih medium iklan komli. Anda boleh baca selepas baca entri ini berkaitan contoh invois keluarkan earnings dari Komli.

Rakan blogger baru tersebut dah mula merasa dapat PO (Purchase Order) daripada Komli. Jadi, dia bertanyakan kepada saya mengenai contoh invois untuk dihantar kepada pihak Komli. Jadi, atas dasar pengalaman sedikit dengan Komli ini, saya berikan contoh invois yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk blogger berkenaan, malah untuk blogger-blogger lain juga yang mungkin tidak tahu cara nak keluarkan earnings daripada akaun Komli.

Cara Keluarkan Income dari Komli

Cara dan Contoh Invois Keluarkan Income Komli

Ok.

Sebelum itu, biar saya berikan sedikit info mengenai cara nak keluarkan income dari akaun pengiklanan Komli ini.

  1. Daftar Komli secara percuma berdasarkan kriteria dan syarat ditetapkan. Anda boleh rujuk entri Cara Daftar Iklan Komli untuk cara mendaftarkan blog untuk iklan Komli.
  2. Masukkan kod atau script pengiklanan Komli dalam blog - banner 300x250, 300x600, 728x90, 970x250, 120x600 dan banyak lagi. Pilih mana yang sesuai. Anda boleh rujuk entri Tips Letak Iklan Banner di Blog sebagai panduan.
  3. Setiap bulan, iaitu antara 27-31 hb, Komli akan hantar PO menerusi email yang menunjukkan income yang terjana hasil banner iklan yang anda letakkan di dalam blog. Contoh PO adalah seperti di bawah ini.
  4. Cara dan Contoh Invois Keluarkan Income Komli
  5. Dalam PO tersebut, anda akan diminta menghantar satu invois kepada pihak Komli iaitu ke bahagian jabatan akaun Komli (untuk Malaysia di Mid Valley City) berserta dengan salinan PO yang anda terima. Anda boleh hantar samada menerusi faks atau email ke finance.malaysia@komli.com.
  6. Setelah anda hantar salinan PO dan juga invois, anda akan terima income terus masuk ke akaun bank dalam masa 30-60 hari bekerja. Tiada pemberitahuan akan dibuat, anda akan hanya tahu income dah masuk apabila check di penyata akaun bank anda sahaja.

Dah nampak aliran bagaimana proses Komli ni kan? Ok, sekarang masalah adalah bagaimana nak sediakan invois tersebut.

Contoh Invois Keluarkan Income Komli

Invois tu tak susah pun, anda boleh gunakan template invois pengiklanan yang saya ada berikan di entri ini - Contoh dan Template Invois untuk Pengiklanan Blog

Cuma anda perlu buat sedikit penambahan, iaitu dengan memasukkan alamat serta butiran akaun bank untuk proses kemasukkan pendapatan ke dalam akaun. Anda boleh lihat contoh invois lengkap yang saya sediakan seperti di bawah ini.

Contoh Invois Keluarkan Income Komli
Saya selalunya akan hantar penyata invois ini bila cukup 3 bulan atau 6 bulan. Saya kumpulkan semua PO dan masukkan dalam satu invois. Tetapi, kalau ikutkan Komli, dia akan minta kita hantar invois dan salinan PO setiap kali kita terima iaitu pada setiap bulan.

Jadi, terserah pada anda untuk hantar PO dan invois setiap bulan atau buat cara saya ini secara berkala. Saya suka buat berkala untuk dijadikan simpanan sementara atau tabungan. Kalau keluar setiap bulan, maka setiap bulan la habis .. hoho ...

Ok. Saya harap entri ini bantu blogger-blogger yang baru berjinak dengan platform pengiklanan Komli ni.

Oh ya, satu tips daripada saya jika anda gunakan iklan Komli dalam blog. Anda seharusnya tak biarkan iklan Komli anda kosong dan siar iklan default iaitu gambar penumbuk atau iklan tulis 'Komli'. Saya ada kongsikan cara nak optimasi ruang iklan Komli supaya anda boleh letak iklan lain seperti banner iklan affiliate, banner iklan sendiri, banner iklan H12, Nuffnang, Innity, malah Adsense. Dengan ini, apabila tak ada iklan Komli yang best-best, secara automatik akan keluarkan iklan-iklan anda yang lain. Cubalah ye.
Cara dan Contoh Invois Keluarkan Income Komli

p:s - Jangan terpedaya dengan angka-angka yang ada dalam PO dan invois, ia hanya sekadar contoh sahaja... lalalala

{ 14 comments.. read them below or add one }

Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal February 10, 2015
Assalammualaikum... bro HH,

Moga earning komli nie ... membakar semangat bloger2 lain... untuk memilih komli atau nuffnang...

mselim3
aRz MoHa aRz MoHa February 10, 2015
wah menarik pengiklannan dari komli.

alamat HH tu menarik :P
Emma Diana Emma Diana February 10, 2015
saya tak pernah buat lagi komli tu , nk try la , membakar semangat betul

:)

http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/2015/02/1st-giveaway-wanitabesiberbicara.html
Anira Abdul Anira Abdul February 10, 2015
Macam best jer! Macam menarik jer! kena cuba gak ni...esp newbie mcm saya ni.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 10, 2015
Hmmm Komli membayar dalam USD, tetapi dia ada syarat untuk daftar, bukan semua blog boleh apply Komli Ads ni.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 10, 2015
Haha, ada gak yang perasan ye .. hehehehee... huhuhuhu...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 10, 2015
Sama-sama, harap ia dapat menjelaskan cara yang betul untuk cash out dari Komli.
reezluv reezluv February 12, 2015
hebat gile earning dari Komli..hohoh
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 13, 2015
First time dengar pasal Komli ke? Uhh .. biar betui ...
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN February 13, 2015
Hahahaa .. adeh.. ngata gua letew la

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.